Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20091013

Jamuan Hari Raya Daerah Bera

Hari ini (12.10.2009 - Rabu) telah diadakan jamuan hari raya perdana antara jabatan-jabatan kerajaan. Jamuan ini telah diadakan di Laman Kerayong (berhampiran Perpustakaan Awam Daerah Bera). Dengan diketua oleh Pejabat Daerah Bera, pejabat-pejabat kerajaan di Daerah Bera telah berkumpul untuk sama-sama mengadakan jamuan hari raya bersama.

Antara hidangan yang disediakan adalah:
1. ABC & cendol oleh TNB Bera
2. Buah-buahan oleh JKR Bera, Pejabat Perpaduan Bera & Pejabat Pelajaran Bera.
3. Lemang & Rendang oleh Felda Wilayah Mempaga
4. Aneka Mee oleh Jabatan Penerangan Bera, Jabatan Kesihatan Bera dan Perpustakaan Awam Daerah Bera.
5. Satay & Nasi Impit oleh Gabungan agensi Kementerian Pertanian
6. Nasi Briyani oleh Pejabat Daerah Bera, Majlis Daerah Bera, Bomba & Penyelamat Triang serta Pejabat Belia dan Sukan Bera.
7. Roti Jala oleh Risda, Kemas, JHEOA dan Ramsa
8. Laksa oleh Kementerian Dalam Negeri
9. Kerepek dan kueh oleh Pejabat Agama Islam Bera dan Mara Bera.

Bersempena dengan Jamuan Hari Raya ini adalah Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009.
07
06
05
04
03
02
01
Pada masa ini Lizune a/l Met, Norsuaida binti Jamaludin, Nor Hafiza binti Md Nor dan Arul Nor Azlin Binti Abdullah sedang berkursus di Kuantan. Tak merasa aneka mee yang ditaja oleh Perpustakaan Awam Daerah Bera.

PD Mengkarak- aktiviti 11.10.09

PD Mengkarak adalah bangunan yang disiapkan oleh Pejabat Daerah Bera seterusnya diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan akhirnya dirasmikan oleh Ahli Parlimen Temerloh semasa Ahli Parlimen Maran menjadi pengarah.

Dugaan yang paling hebat dihadapi oleh PD Mengkarak adalah dilanda banjir pada bulan Disember 2007. PD Mengkarak telah bermandikan air banjir hampir keparas bumbung. Buku siap proses dan buku belum proses habis melekat menjadi seketul. Sedih sungguh melihat nasib yang menimpa buku-buku yang amat disayangi dan dijaga selama ini.
05
Setelah diduga dengan banjir besar 2007, kakitangan PD Mengkarak yang telah telah bersama dengan PD Mengkarak bermula pada tahun 2002 telah berhenti. Terhentilah seketika perkhidmatan perpustakaan desa di Kg. Mengkarak.

Kakitangan yang telah lama bersama PD Mengkarak terpaksa melangkah pergi meninggalkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Rezeki beliau telah bersambung di Klinik Kesihatan Purun (masih dalam daerah Bera, Pahang). Rupanya masih ada 'ayat-ayat cintanya' kepada PD Mengkarak, pada hari ini beliau turut hadir untuk turut membantu kakitangan baru PD Mengkarak menjayakan aktiviti hari ini.
04
PD Mengkarak telah mengadakan promosi kepada penduduk sekitar Kg. Mengkarak tentang perkhidmatan PD Mengkarak. Bersempena dengan promosi ini diadakan gotong royong membersih sekitar PD Mengkarak. Pertandingan membuat kad ucapan dan pertandingan mewarna turut diadakan.
03
Pada awal pagi lagi telah ramai kanak-kanak yang teruja untuk menyerti aktiviti yang telah lama terhenti. Macam-macam gelagat boleh dilihat. Ada yang terlampau seronok hingga tak terkata. Ada yang masih malu-malu dan takut-takut. Tak kurang juga yang sibuk mengusik rakan-rakannya. Itulah kanak-kanak, kadang-kadang orang dewasa pun masih ada yang macam kanak-kanak.
02
Hasil sokongan kuat Cikgu Mat Syah, En Johari, En. Abdulah dan En. Baharom, program hari ini berjalan lancar. Semak samun yang terhimpun dihadapan bangunan perpustakaan telah menjadi bersih. Macam-macam idea untuk memajukan perpustakaan timbul. Sama-samalah kita tunggu hasil kerjasama pemimpim-pemimpim tempatan memajukan kampung yang disayang.

Sebenarnya ramai lagi orang-orang seperti Cikgu Mat Syah, En Johari, En. Abdulah dan En. Baharom. Mereka semua turut sama berusaha membangunkan semula perpustakaan yang pernah dilanda 'Tsunami Sungai Pahang' ini. Semoga usaha gigih mereka akan menjadi contoh kepada penduduk kampung lain di Daerah Bera ataupun di Negeri Pahang.
01
Selepas ini adalah diharapkan promosi dapat diperluaskan kepada penduduk kampung berhampiran dengan Kampung Mengkarak. Bukan semestinya PD Mengkarak untuk penduduk Kampung Mengkarak sahaja. Penduduk Jelam, Durian Tawar, Balai Polis Mengkarak Stesyen, Tuk Tangguk, Seberang Guai dan sekitanya. Satu Perpustakaan Satu Mukim.

Setelah penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta aktivi, maka berakhirlah program.

Rupanya program kecil-kecilan yang dijalan di PD Mengkarak ini dapat juga dihidu oleh Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Semalam (12.10.09) beliau telah singgah di Perpustakaan Awam Daerah Bera bertanyakan tentang program promosi Perpustakaan Desa Mengkarak. Malu juga rasanya bila Wartawan Sinar bertanyakan tentang program yang tak seberapa yang takat mampu diusahakan.

Apa-apa pun terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung. Terima kasih daun keladi, kalau boleh bantulah lagi.

20091011

Kursus Di Janda Baik (19) siapa saya?

08 Tangkap
07 Catat
06 Petik
05 Jaga
04 Cakap
03 Petik lagi
02 Terus memetik
01 Pasal botol

20091009

Kursus Di Janda Baik (18) siapa saya?

04 Berpegangan (akhbar dan sebiji bola ping pong) dengan Abang Zul.
03 Terfikirkan sesuatu
02 Menghantar email kepada Abang ...
01 Bersiap sedia untuk memulakan latihan dengan botol dan 5 biji batu. Bersebelahan dengan Abang Zul lagi.

20091007

Bangkel Pengkelasan Bahan Perpustakaan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut, 25000 KUANTAN
oooooooooooooooooooooooooo

Tarikh: 13 - 15 Oktober 2009
Tempat: Hotel Sri Malaysia, Kuantan
Pendaftaran: 12.10.2009 (3.00 - 6.00 petang)

Kakitangan yang dipilih adalah:

Bahauddin, Latifah, Roslah, Zafwan, Rohani, Azharani, Armah, Norzuraida, Sabariah, Norzini, Kamisah, Juriah, Amrul Nor Azli bin Abd Manaf, Salizan, Suzilawana, Norsuaida binti Jamaludin, Rosliyana, Yusnani, Zaliha, Faridah, Farah, Fa'aisz, Norizan, Norhisham, Lizune a/l Met, Norsuhaili, Nor Hafiza binti Md Nor, Natasha, Azlan & Fazlina.

Selamat berkursus dengan jaya.