Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090803

PD Mengkarak 3.8.2009 - Atap dan longkang

Sebenarnya kerja-kerja ini telah lama siap . Tetapi pihak kontraktor tiada masa untuk memaklumkan bahawa semuanya telah siap. Tambahan Pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak telah mendapat kerja tetap dengan Kementerian Kesihatan.
03
Longkang.
02
Longkang.
01
Atap.

PD Mengkarak 3.8.2009 - Grill

Semua grill telah digantikan dengan yang baru. Begitu juga dengan tingkap
05
04
03
02
01

PD Mengkarak 03.08.09 - Dalam bangunan

Pada jam 2.00 ptg hari ini (3.8.2009) kontraktor yang membaiki telah menunjukkan kerja-kerja pembaikan yang telah dijalankan oleh beliau. Bahagian dalah telah di cat mengikut warna bahagian dalam Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kesemua pintu kayu telah digantikan dengan pintu baru.
05
04
03
02
01
Bahagian dalam masih berselerak. Rak masih belum disusun kembali seperti asal. Pihak kontraktor akan menyiapkan dalam tempoh terdekat, mungkin hari ini.

20090802

Temerloh - Bengkel Bercerita (01) Rasmi

Inilah gambar ini dirakamkan semasa majlis perasmian Bangkel Teknik Bercerita Untuk Kanak-kanak pada 27 Julai 2009. Bengkel ini adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Bengkel ini berlangsung di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh.
06
Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak menerangkan tentang buku terbaru keluaran Utusan.
05
Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak Pengarah DBP Wilayah Timur sedang mengalu-alukan kesudian Puan Saki Sasamori menjadi pembimbing bengkel.
04
Ucapan motivasi oleh Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak. Beliau mahu kumpulan ini menjadi penggerak kepada gerakan membaca di Negeri Pahang. Satu susulan akan dibuat untuk melihat keberkesanan kumpulan ini.
03
Puan Saki Sasamori yang masih nampak cergas dan bersemangat walaupun telah berusia melebihi 50 tahun. Puan Saki Sasamori dilahirkan pada tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
02
Bacaan doa disempurnakan oleh Encik Amizan.
01
Terima kasih kepada Puan Siti kerana dapat mengadakan Bengkel Teknik Bercerita Kanak-kanak untuk kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

20090730

Malaysian Environmental NGOs

Pada 22 Julai 2009, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah menerima senaskah buku bertajuk "Journeys Taken, Lessons Learnt: Empowering Malaysia Communities for Conservation and Sustainable Resource Use". Buku ini diterbitkan oleh Malaysian Environmental NGOs (MANGO).
01
First published 2009
Edit by Dr Sundari Ramakrishna and Ann Teoh
Foreword by Dato' Dr Dionysius Sharma
02
Buku yang setebal 128 halamah ini mempunyai banyak gambar-gambar warna. Antara kandungan dalam buku ini adalah "Tasek Bera Integrated Management Plan, Pahang" by Lee Shin Shin.

Perpustakaa Awam Daerh Bera ucapkan terima kasih kepada En. Awang Muzaiddin Bin Ahat daripada MANGO Support unit kerana menghadiahkan senaskah buku ini.

Tahniah juga kepada Dato' Dr Dionysius Sharma, Chairperson MENGO, Executive Director/CEO WWF-Malaysia kerana berjaya menerbitkan buku ini (harap-harap Dato' Dr Dionysius Sharma dapat faham sikit-sikit Bahasa Malaysia).

Mungkin ada perpustakaan lain yang menerima buku ini. Kalau ada bolehlah maklumkan dengan klik pada 'comment' dibawah.

Sekian.