Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090719

Kg Asli Bongkok 16.7.2009

Pada 16hb julai 2009 saya bersama Lizuni telah menghadiri majlis penutup program 3 hari di Kampung Bongkok bersama pejabat Agama Islam Daerah Bera. Pada hari ini diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera. saya dan Lizuni mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaa. Alhamdulilah kami berdua sihat dan tiada penyakit.

Akhir sampai kepada saat-saat yang ditunggu-tunggu. Salah seorang daripada ibu telah bertanya bagaimana hendak menjadi ahli perpustakaan Awam Daerah Bera. Lizuni telah menerangkan kepada ibu tersebut dalam bahasa Semelai. Kelihatannya ibu tersebut berminat untuk datang datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kerana selama ini dia sangkan hanya budak sekolah sahaja yang boleh pergi ke perpustakaan.

Sekurang-kurangnya soalan ini menunjukkan tahap ilmu masyarakat Semelai telah meningkat. Beberapa hari lepas ketika minum di Restoran Kerana Mu, saya telah ditanya oleh pembuat roti canai (Melayu) di Restoran Kerana Mu dengan soalan "Kerja bahagian apa?". Saya jawab "Perpustakaan" Setelah termenung beberapa ketika dia bertanya lagi "Perpustakaan ni buat apa?".

20090716

PD Mengkarak 15.7.2009

Pada hari semalam 15.7.2009 saya sempat juga melihat perkembangan kerja kerja mengecat di bangunan PD Mengkarak. Selain itu pintu juga telah diganti dengan pintu kayu yang baru.
01
02
03
04
05

Kampung Asli Bongkok 15.7.2009

01
02
03
Pada jam 4.00 ptg saya sampai di Kampung Bongkok. pasukan Bomba Triang ada membuat sedikit tentang bahaya api dirumah. Saya mengambil kesempatan untuk ramah mesra dengan kanak-kanak dan remaja di Kampung Bongkok. Ada yang telah berhenti sekolah setakat darjah empat dan lima sahaja.

Pada jam 5.30 pth diadakan permainan sepak takraw. Sementara pada sebelah malamnya diadakan pertandingan 'Kara OK'.

20090715

Kg Asli Bongkok 14.7.09

Pada 14.7.2009 (Selasa) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Bina Menara untuk pelajar Tadika Kemas Kg Bongkok. Sepatutnya pergi berdua dengan Lizune. Barulah senang untuk kendalikan program. Nani terpaksa bercuti pada hari ini kerana ayah mertuanya masih di hospital Temerluh. Tiba-tiba Amrul juga tak dapat datang. Terpaksalah Lizune pergi seorang ke Kg Asli Bongkok. Nasib baik orang Kampung Bongkok dan Guru Tadika boleh menjadi jurugambar.

Terpaksalah saya yang bertugas di kaunter. Dalam masa yang sama orang Peladang Bera datang nak sambung belajar tentang pengandalian blog mereka (http://peladangbera.blogspot.com/)
05
Sebenarnya ramai ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan kepada program Perpustakaan Awam Daerah Bera ini. Tetapi maklum lah, ramai yang malu-malu untuk bergambar.
04
Terima kasih kepada pembantu guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana memberikan kerjasama. Berulang setiap hari dari Felda Purun ke Kampung Bongkok.
03
Terima kasih daun keladi kepada guru Tadika Kemas Kg Bongkok kerana tetap memberikan kerjasama dan sokongan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera. Beliau tetap memberikan sokongan kepada mana-mana jabatan atau organisasi yang ingin memajukan masyarakat Kg. Bongkok.
02
Inilah Johan Pertandingan Bina Menara Sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera, Izrol a/l Salim. Izrol telah mengalahkan Raziman pada peringkat akhir dengan 2-1. Izrol seorang kanak-kanak yang tenang semasa membina menara, tangisan dan jeritan kanak-kanak yang lain tidak mengganggu tumpuan Izrol.

Raziman seorang kanak-kanak lasak dan aktif. Kerja-kerja membina menara dilakukan dengan cepat dan pantas tetapi kurang teliti. Aspek kurang teliti inilah yang menyebabkan Raziman kalah kepada Izrol.

Dalam pada itu ada juga kanak-kanak yang takut-takut dan ada yang menangis apabila tiba masa nak berlawan. Pertandingan Bina Menara ini memang boleh menyebabkan kanak-kanak yang tiada keberanian dan keyakinan diri takut untuk bertanding. Permainan ini memang direka cipta untuk mengesan keberanian, ketenangan, kepantasan dan teliti. Untuk menang, kanak-kanak perlu mata yang tajam, tangan yang pantas, hati yang tenang dan fokus yang tetap.
01
Johan Kedua adalah Raziman a/l Wi, Johan Ketiga adalah Norsyakina a/p Mayudin, Johan Keempat adalah Elisa a/p Ramli. Lain-lain peserta adalah Faiz a/l Ismadi, Lamri a/l O, Norsafiza a/p Jamri, Nursamilah a/p Badri, Razlan a/l Udin, Rusdina a/p Rosli, Surina a/p Acing, Emy Natasa a/p Hairi, Syazarina a/p Amani, Syarizal a/l Hazizan, Yusma Syah a/l Nizal dan Mohd Adi Putra Bin Rosli.

Semua peserta menerima hadiah.

20090714

PD Mengkarak: kerja-kerja pembaikan.

Sebelah pagi pergi ke Kg Asli Bongkok untuk mengatur program Perpustakaan Awam Daerah Bera sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera di kampung tersebut. Sebelah petang membuat tinjuan ringkas bagi melihat kerja-kerja pembaikan di Perpustakaan Desa Mengkarak. Kerja-kerja mengecat telah siap dijalankan. Pintu telah diganti dan nampak cantik. Cuma warna atap sahaja nampak pudar.