Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090603

Bulan Dakwah 2009 (01) Sudut Pameran

Sebagai menyokong usaha Jawatankuasa Program Bulan Dakwah 2009 Peringkat Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pameran Buku-buku Dakwah di Perpustakaan Awam Daerah Bera.
.
Buku-buku yang dipilih adalah yang mempunyai kaitan dengan perkataan "DAKWAH". Bila buku-buku ini diletakkan setempat barulah ada pengunjung perasan mengenai buku-buku berkaitan. Kadang-kadang ada juga pengunjung yang pergi ke perpustakaan tetapi tiada cadangan khusus tentang buku yang hendak dibaca. Bila diadakan pameran sebegini mereka difokuskan kepada tema "DAKWAH". Tanpa berfikir panjang mereka menetapkan niat untuk membaca buku-buku sebegini.
.
Mungkin jika keadah pameran sebegini sesuai diperluaskan kepada buku-buku bagi kategori lain. Cara sebegini akan dapat menarik minat pengunjung untuk mengunjungi perpustakaan. Keadah yang sama sering digunakan oleh Pasaraya Tunas Manja Bera, Big 10 Bera, Aktif Bera, Sakan Bera dan Eng Hong Bera. Pasaraya-pasaraya ini akan meletakkan barangan terpilih dibahagian tertentu untuk menarik perhatian pembeli. Pembeli yang asalnya ingin membeli satu barang, akhirnya terpujuk untuk membeli dua barang.
04
03
http://hariridaud.wordpress.com/2009/02/19/semarakkan-bulan-dakwah-2009/

20090528

Tukar Wajah

Setelah berjaya menerbitkan 180 tajuk dan mendapat seorang 'Follower' (http://mohdhazairi.blogspot.com/) kini Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera berwajah baru bermula Jun 2009.

20090522

Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPAP (02) Tangan

Tarikh: 7 April 2009
Tempat: Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Kumpulan KMK/KIK Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
09
Dinyatakan dalam ( ) adalah wajaran

1. Pengenalan (3)
1.1 Latar belakang jabatan, kumpulan dan pemilihan kumpulan diterangkan. (1)
1.2 Kumpulan menjelaskan bukti penyertaan dan perancangan projek (2)
08
2. Pemilihan Projek (14)
2.1 Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian latarbelakang dan maklumat serta data-data masa lepas. (5)
2.2 Projek yang dipilih memenuhi atau menepati kehendak pelanggan organisasi, bahagian atau unit di mana kumpulan itu berkhidmat. Ia juga menepati wawasan, matlamat, objektif atau piagam pelanggan unit/bahagian/organisasi. (5)
2.3 Pemilihan projek dilakukan secara sistematik. (4)
07
3. Penjelasan Projek (8)
3.1 Projek diterangkan dengan jelas. Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan. (6)
3.2 Cara penetapan objektif / sasaran projek diterangkan dengan jelas berdasarkan analisa data atau Penanda Arasan. (2)
06
4. Penggunaan Kaedah/Alat Kawalan Kualiti Projek (19)
4.1 Pendekatan secara sistematik kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk tujuan mengumpul data berkaitan dengan projek. (7)
4.2 Pendekatan secara sistematik kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk tujuan mengenalpasti dan mengesahkan sebab-sebab masalah yang paling mungkin atau isu yang berkaitan. (7)
4.3 Penggunaan kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian secara berkesan dalam mempersembahkan data. (5)
05
5. Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan dan Pelaksanaan (19)
5.1 Beberapa alternatif cadangan penyelesaian / strategi dipertimbangkan. (7)
5.2 Pendekatan secara sistematik dalam memilih cadangan penyelesaian / strategi (7)
5.3 Pelaksanaan cadangan penyelesaian / strategi dapat dilakukan dengan berkesan dan baik dalam tempoh percubaan (trial run). (5)
04
6. Pencapaian Hasil Projek (16)
6.1 Faedah-faedah sama ada: Pengurangan kos operasi Penjimatan masa Peningkatan output/hasil kerja Penjimatan sumber manusia Faedah-faedah lain sama ada : Tahap kepuasan hati pelanggan Tahap kepuasan pekerja Imej Jabatan (10)
6.2 Sumbangan pelaksanaan cadangan penyelesaian kepada pencapaian objektif organisasi diterangkan dengan jelas. (3)
6.3 Pendekatan secara sistematik kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai faedah-faedah diperolehi dengan kos pelaksanaan cadangan penyelesaian. (3)
03
7. Tindakan Penyeragaman (Standardisation) (8)
7.1 Cadangan penyelesaian telah diterima dan kaedah pemantauan yang sesuai dan sistematik untuk memastikan tindakan pembetulan yang perlu telah dijalankan sebelum tindakan penyeragaman. (3)
7.2 Tindakan susulan diambil untuk memastikan cadangan projek dikekalkan sebagai cara bekerja baru dengan pindaan atau tambahan kepada Arahan Kerja, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja atau Standard Operating Procedures. (5)
02
8. Penilaian Kumpulan (6)
8.1 Pendekatan secara sistematik kaedah/alat kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai kemajuan Kumpulan dalam pengendalian aktiviti KMK. (2)
8.2 Kumpulan mengambil tindakan-tindakan untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli semasa penyelesaian dijalankan demi kebaikan masa hadapan. (2)
8.3 Pembelajaran-pembelajaran yang diperolehi oleh Kumpulan. (2)
01
9. Persembahan Projek (7)
9.1 Persembahan yang kemas, turutannya yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan. (4)
9.2 Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik. (3)
.
Kalau ada sesiapa yang nak meneka tangan siapa pada gambar-gambar tersebut, sila klik pada 'comments', nyatakan nombor gambar dan tangan siapa.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPAP (01) Peserta

Tarikh: 7 April 2009
Tempat: Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Foto 08
Raub, Jengka, Bentong, MPC & Maran.

"Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan seluruh jabatan serta agensi di Negeri Pahang dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengadakan satu Taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi seluruh pentadbiran kerajaan di Negeri Pahang yang turut dihadiri oleh Yang Hormat Dato’ Haji Mohammad Ridzwan bin Haji Mohd Tahar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Operasi) semalam di Dewan Pahang Skill Development Centre (PSDC) pada 3 Mac 2009 (Selasa) "
Foto 07
Cameron Hihgland, Bentong, Raub & Jengka.

"Program ini rentetan daripada Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-25 di Serawak yang lalu, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah mengumumkan (KMK) akan ditukarkan kepada nama baru iaitu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Pada Konvensyen tersebut juga, Ketua Setiausaha Negara telah mengalakkan supaya semua jabatan dan agensi kerajaan supaya mengamalkan konsep KIK ini. "
Foto 06
Jerantut, Lipis & Bentong.

"Beliau berkata, sehingga kini perkhidmatan kerajaan sering dikritik dan ditegur kerana dianggap tidak cekap dan berkesan dalam menjalankan perkhidmatan. Karenah birokrasi merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada permasalahan ini."
Foto 05
Bentong, Jerantut & Maran.

"Oleh yang demikian, dengan adanya konsep KIK ini, ia diharapkan dapat membantu jabatan-jabatan kerajaan supaya lebih inovatif dan kreatif dalam sistem penyampaian perkhidmatan."
Foto 04
Cameron Highland, Raub & Jengka.

"Katanya lagi, konsep ini diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan semua jabatan kerajaan supaya lebih kreatif, inovatif dan sentiasa berusaha untuk menambahbaik prosedur-prosedur kerja sedia ada serta mempunyai inisiatif untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ."
Foto 03
Bentong, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran & Temerloh.

“Selaras dengan saranan tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dengan kerjasama MPC Wilayah Pantai Timur mengambil inisiatif untuk memperluaskan konsep KIK ini untuk diamalkan di seluruh jabatan serta agensi Negeri Pahang” katanya ketika berucap di majlis berkenaan."
Foto 02
Cameron Highland, Raub & Jengka.

“Dengan adanya amalan KIK ini di tiap-tiap jabatan, ia bukan sahaja memudahkan para kakitangan dan pelanggan, malah dapat menjimatkan kos operasi dan mempertingkatkan prestasi serta mempertingkatkan imej jabatan”
Foto 01
Lipis, Temerloh, Bentong, Maran & Pekan.

"Dalam pada itu, Kumpulan PKQ daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Taman Tas yang telah memenangi Anugerah Pengarah Mampu semasa Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Peringkat Kebangsaan yang ke 25 yang telah berlangsung di Kuching Sarawak serta pasukan D. Bendahara dari Majlis Perbandaran Kuantan telah dijemput khas bagi berkongsi pengalaman dan membuat persembahan di dalam taklimat ini."


20090521

Pak Kob Tukang Gunting

Orang lelaki yang pernah bertugas di Bandar Bera mungkin pernah gunting rambut dengan Pak Kob atau Yaakob bin Harun. Penduduk Kampung Kerayong dan Kampung Paya Pagar tentu lebih lagi mengenali Pak Kob. Kedai gunting rambut beliau bersebelahan dengan rumah kediaman beliau di Kampung Paya Pagar. Memang jelas untuk kita perasan kepada mereka yang selalu ulang alik menggunakan jalan Temerloh-Bera.

Pak Kob telah meninggal dunia pada 19 hb Mei 2009 pada jam lebih kurang 12.00 tengah malam. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada esoknya jam 10 pagi. Pak Kob adalah golongan awal yang meninggalkan Negeri Kelantan untuk menetap di Daerah Bera. Banyak kemajuan dan pembangunan telah disaksikan oleh Pak Kob.

Sebelum ini Haji Mohamed Shahdan telah kembali menemui Allah swt. Haji Mohamed Shahdan pernah bertugas sebagai anggota polis semasa zaman sebelum Merdeka. Serba sedikit cerita mengenai Haji Mohamed Shahdan sempat saya tulis. Klik DISINI untuk membacanya. Kini hanya tinggal gambar beliau dan empat anak-anak beliau yang masih kecil ada di pamirkan di Galeri Foto Sejarah Daerah Bera. Gambar tersebut dirakam semasa Haji Mohamed Shahdan bertugas di Balai Polis Mengkarak. [Galeri Foto Sejarah Daerah Bera ] [Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu ]

Sebelum Haji Mohamed Shahdan meninggal dunia, Haji Latif ayah kepada Hajjah Manila telah meninggal dunia. Rumah Haji Latif yang terletak jauh di Kampung Batu Papan menyebabkan usaha mencatatkan pengalaman beliau sering ditangguhkan. Akhirnya tiada sebarang maklumat sempat ditulis tentang Haji Latif.

Kejadian yang sama telah berulang kepada Pak Kob. Tiada sebarang cerita sempat ditulis tentang Pak Kob. Untuk melihat gambar kedai Pak Kob sila klik DISINI.

Sering terlepas peluang, adakalanya disebabkan usaha sendiri, kadang-kadang disebabkan oleh usaha orang lain. Sentiasa berdoa supaya dikurniakan peluang yang lebih baik dengan limpah rezeki dan rahmat Allah swt. Amin.