Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
Pada jam 9.00 malam selepas menikmati makanan di LC Catering kami dibawa ke Hotel Selesa untuk menikmati penerangan mengenai perkhidmatan Pintu ke Pintu. Kisah Pintu ke Pintu ini bermula di Dewan Parlimen pada 11 Disember 2008. Ahli Parlimen Padang Terap YB Mohd Nasir Zakaria bertanya tentang langkah agresif kerajaan bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dari aspek teknologi dan minat membaca. Soalan Ahli Parlimen Padang Terap telah dijawab oleh Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon yang juga Ahli Parlimen Tebrau.
Secara mudahnya, melalui perkhidmatan 'Pintu ke Pintu' ini kita perlu menawarkan pinjaman buku kepada penduduk luar bandar dengan berkunjung dari 'Rumah ke Rumah' oleh petugas perpustakaan desa. Matlamat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan adalah hendak kurangkan jurang pencapaian maklumat dan tingkatkan kadar membaca di kalangan rakyat khususnya di luar bandar. Kakitangan perpustakaan desa perlu melaksanakan tugas ini secara proaktif dengan cara berjumpa pelanggan/pembaca/peminjam/ahli dari rumah ke rumah. Sebanyak 1,089 perpustakaan desa seluruh negara akan menjalankan perkhidmatan ini secara berjadual.
Semasa sesi menjawab, YB Teng Boon Soon menerangkan satu lagi perkhidmatan yang akan dijalankan. Perkhidmatan ‘meja ke meja’ pulak. Perpustakaan Negara akan dapatkan kerjasama perpustakaan yang terdapat di setiap kementerian/ jabatan/institusi latihan bagi melancarkan perkhidmatan pinjaman buku dari 'meja ke meja' untuk pegawai dan kakitangan agensi masing-masing. Dan satu lagi yang juga diterangkan adalah, program 'Bacaton Penulis Sasterawan Negara' juga akan diadakan bagi membolehkan karya sasterawan dibaca kepada murid-murid sekolah menengah. Penulis-penulis tempatan akan dijemput untuk melakukan kegiatan berkenaan supaya dapat tingkatkan minat membaca di kalangan pelajar. Wow! hebat tugas perpustakaan desa pada tahun 2009 ini.
(Rujukan: Program 'pintu ke pintu' galak penduduk membaca. SINAR HARIAN: JUMAAT 12 DISEMBER 2008.)
.
.
.
.
.
.
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) : Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Encik Raslin Abu Bakar berkata menerusi perkhidmatan dari 'Pintu ke Pintu' itu, para pertugas perpustakaan desa akan pergi ke rumah penduduk desa dengan buku yang sesuai untuk mereka baca tanpa menunggu penduduk datang ke perpustakaan untuk membuat pinjaman. Respons yang diterima setakat ini amat menggalakkan terutamanya di kalangan masyarakat Orang Asli. Kempen agresif yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara kini berjaya meningkan kadar pembacaan seorang rakyat Malaysia sebanyak lapan hingga 12 buku setahun.
Jangan bimbang dan jangan risau. Belum cuba belum tau. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Akhir sekali, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Sama-sama kita jayakan. Apa yang penting ... kerjaaaaaa...samaaaaaaa.