Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
Untuk Solat dan makan tengahari bas syarikat Tazben telah membawa peserta Pahang singgah di Restoran Nusantara Endau milik Encik Abu Bakar Kamu. Kata Encik Zamri Sham harga makanannya pun murah. Sebuah restoran yang terkenal. Restoran yang sungguh menarik pembinaannya. Sebahagian tempatnya masih dalam proses ukiran. Bila siap sepenuhnya Restorant Nusantara Endau ini akan menjadi tempat tarikan pelancong. Sudah tentu banyak wang yang dihabiskan oleh Encik Abu Bakar untuk mengindahkan Restoran Nusantara Endau ini. Cerita-cerita orang kononnya, pemilik restoran ini mendapat wang pampasan insuran kemalangan bagi menaik taraf Restoran Nusantara Endau sehingga seindah ini. (Saya tak sempat nak bertanya kerana masih kelu lidah bila dikenakan harga RM7.00 oleh Encik Abu Bakar untuk sepinggan nasi dengan sedikit daging cincang dan sedikit sayur taugeh serta air suam.)
Pada pendapat Encik Abu Bakar b Abd Kadir, AMN, PJK. Ketua Kampung Seri Buntar Triang, "Makanan tak sesuai untuk orang tua", beliau tak ada selera nak makan nasi. Maklumlah orang orang lama suka makanan cara kampung. Macam ikan bakar, ada sambal kicap yang diperah dengan limau nipis dan pucuk ubi kayu celur. Jadinya, kumpulan Tok Empat berempat (Tok Empat Seri Buntar, Tok Empat Batu Papan, Tok Empat Batu Sawar dan Tok Empat Sanggang) ambil keputusan untuk makan mi sahaja. Harga untuk mi hanya RM4.00 sepinggan.
Orang-orang muda mana cukup dengan makan mi, mesti makan nasi. Harga nasi yang dikenakan adalah RM6.50 paling murah. Belum campur air. Ambil lebih lauk, lebih banyak kena bayar. Kalau di warung boleh dapat dua pinggan nasi kat sini boleh dapat satu pinggan. Ada juga yang makan roti, lagi jimat 60 sen sahaja. Maklumlah gaji belum masuk. Datang pulak dengan bas bukan dengan kereta mewah. Tetapi tempat memang cantik. Sedap makanannya, sedap mata memandang dan sedap tangan membayar. Diharap semua peserta Pahang merasa gembira kerana dapat merasa singgah dan makan di Restoran Nusantara Endau Rompin yang terkenal. Lihatlah foto-foto sekitar Restoran Nusantara: 20
LINKS BERKAITAN RESTORAN NUSANTARA ENDAU:
(3) http://suerianni.blogspot.com/2008/05/last-weekend.html -Kami singgah Restoran Nusantara yang paling famous kat Endau.