Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090328

Johor: Konvensyen PD (PNM) -LC Catering (04)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Sebelum sampai ke Tropical Inn kami telah singgah di Simpang Felda Tenggaroh. Ada urusan yang perlu ditunaikan. En. Abu Bakar (Tok Empat Zul Kampung Seri Buntar) sempat berkenalan dengan seorang peneroka Felda Tenggaroh. Beliau telah menjadi peneroka Felda Tenggaroh selama 20 tahun.













Pukul 6.00 petang sampai di hadapan Tropical Inn Johor. Semua selamat sampai.
.
Sebelum menghadiri taklimat "Perkhidmatan Pintu-pintu", peserta Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 telah di bawa menjamu selera di LC Catering.

LC Catering menyediakan menu dan sajian yang beraneka jenis maskan seperti Masakan Thailand, Masakan Indonesia, Masakan Barat dan berbagai-bagai lagi. LC Catering juga menyediakan khidmat HomeStay bagi yang memerlukan 'privacy' bagi mengadakan majlis keluarga seperti menyambut Hari Jadi, Majlis Perkahwinan, atau untuk berriadah bersama keluarga.
Restoran LC Catering di Jalan Tebrau ini terkenal dengan menu nasi ayam penyek. Harga Nasi ayam penyek mereka RM8.90. Sebaik saha pelanggan LC Catering duduk di meja pilihan, mereka terus dihidangkan dengan kacang rebus (tak perlu mintak). Harga kacang rebus ni RM3.00 sebekas kecil.
Hj. Zaini bin Atan dan isteri, Roslina Bte Ahmad telah bermula dengan sebuah warung yang kecil pada tahun 1992 di Jalan Kuning, Tmn Pelangi Johor. Pada tahun 1995 Hj. Zaini dan Roslina telah berjaya menaikkan taraf warung mereka kepada sebuah restoran juga di Jalan Kuning, Tmn Pelangi Johor. Akhirnya pada tahun 2000 berdiri megah Restoran LC Catering di Jalan Tebrau.
Hari hujan. Penyambut tetamu bersedia dengan payung.





[30.03.09] [02.04.09] Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

20090325

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Restoran Nusantara (03)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Untuk Solat dan makan tengahari bas syarikat Tazben telah membawa peserta Pahang singgah di Restoran Nusantara Endau milik Encik Abu Bakar Kamu. Kata Encik Zamri Sham harga makanannya pun murah. Sebuah restoran yang terkenal. Restoran yang sungguh menarik pembinaannya. Sebahagian tempatnya masih dalam proses ukiran. Bila siap sepenuhnya Restorant Nusantara Endau ini akan menjadi tempat tarikan pelancong. Sudah tentu banyak wang yang dihabiskan oleh Encik Abu Bakar untuk mengindahkan Restoran Nusantara Endau ini. Cerita-cerita orang kononnya, pemilik restoran ini mendapat wang pampasan insuran kemalangan bagi menaik taraf Restoran Nusantara Endau sehingga seindah ini. (Saya tak sempat nak bertanya kerana masih kelu lidah bila dikenakan harga RM7.00 oleh Encik Abu Bakar untuk sepinggan nasi dengan sedikit daging cincang dan sedikit sayur taugeh serta air suam.)

Pada pendapat Encik Abu Bakar b Abd Kadir, AMN, PJK. Ketua Kampung Seri Buntar Triang, "Makanan tak sesuai untuk orang tua", beliau tak ada selera nak makan nasi. Maklumlah orang orang lama suka makanan cara kampung. Macam ikan bakar, ada sambal kicap yang diperah dengan limau nipis dan pucuk ubi kayu celur. Jadinya, kumpulan Tok Empat berempat (Tok Empat Seri Buntar, Tok Empat Batu Papan, Tok Empat Batu Sawar dan Tok Empat Sanggang) ambil keputusan untuk makan mi sahaja. Harga untuk mi hanya RM4.00 sepinggan.

Orang-orang muda mana cukup dengan makan mi, mesti makan nasi. Harga nasi yang dikenakan adalah RM6.50 paling murah. Belum campur air. Ambil lebih lauk, lebih banyak kena bayar. Kalau di warung boleh dapat dua pinggan nasi kat sini boleh dapat satu pinggan. Ada juga yang makan roti, lagi jimat 60 sen sahaja. Maklumlah gaji belum masuk. Datang pulak dengan bas bukan dengan kereta mewah. Tetapi tempat memang cantik. Sedap makanannya, sedap mata memandang dan sedap tangan membayar. Diharap semua peserta Pahang merasa gembira kerana dapat merasa singgah dan makan di Restoran Nusantara Endau Rompin yang terkenal. Lihatlah foto-foto sekitar Restoran Nusantara:
20

19

18
17
16
15
14
13 Ketua Kampung Sanggang, Encik Osman.
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Semasa perjalanan balik, nasib baik pemandu bas Tazben tak singgah sekali lagi di Restoran Nusantara Endau. Kalau tak kena sekali lagi. Kami dibawa singgah di Mersing. Pemandu bas tak perlu risau pasal harga makanan, kat mana mereka singgah selalunya restoran yang berkenaan akan bagi mereka makan, minum, rokok dan buah percuma. Pemandu bas 'Perpustakaan Bergerak' tak dapat ke makan minum percuma macam pemandu bas eksperss?
.
LINKS BERKAITAN RESTORAN NUSANTARA ENDAU:
(1) http://haniefkhalid.blogspot.com/2008/12/cheras-pagoh-kluang-mersing-endau.html - kami sekeluarga dgn 3 org staff ayah aku tu g la makan makanan laut kat restoran nusantara,endau,johor....sgt laa byk mknn yg ayah aku pesan
(2) http://kelab-sahabat.blogspot.com/2007/12/jumpa-kak-g.html -kat Restoran Nusantara yang memang dekat dengan Seri Malaysia tu.
(3) http://suerianni.blogspot.com/2008/05/last-weekend.html -Kami singgah Restoran Nusantara yang paling famous kat Endau.

20090323

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Leban Condong (02)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Perjalanan rombongan Pahang ke KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009 di Johor bermula pada jam 11.05 pagi dengan menaiki dua buah bas syarikat Tazben. 11.25 pagi bas no. 2 menungu bas no. 1 di hadapan Giant Hypermarket Kuantan. 11.50 pagi bas memasuki Daerah Pekan Bandar Diraja Pahang. 12.48 tengahari berhenti di sekatan polis. 12.19 tengahari berselisih dengan konvoi motosikal besar.(Suzuki, Kawasaki, Honda, Ducati, Yamaha dan Aprilia) 12.22 tengahari berhenti sekejap. 12.36 tengahari jarak menunjukkan 250km ke Johor Bahru. 12.44 tengahari penumpang bas dihidangkan dengan vcd senario. 1.15 petang berhenti di Leban Condong. 2.15 petang singgah di Restoran Nusantara untuk makan dan solat. 3.00 bas meninggalkan Restoran Nusantara Endau bagi meneruskan perjalanan ke Johor. 4.15 petang berhenti sekita d Simpang Felda Tenggaroh. Jam 6.00 sampai di Tropicana Inn.
12 Leban Condong. Ketua Kampung Sanggang sedang berihat sambil menunggu penumpang yang lain membuat urusan di tempat khas (lihat foto no. 11).
11 Tempat khas di Leban Condong. Ramai yang sedang beratur.
10 Leban Condong.
9 Leban Condong. Superman, Ultraman, Spiderman dan macam-macam man lagi.
8 Leban Condong.
7
6
5 Pekan Bandar Diraja.
4 Pekan Bandar Diraja.
3
2 Puan Hajah Faridzah bt Jaafar mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua kampung yang sudi menerima jemputan untuk menyertai Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009.
1
Bas yang disediakan adalah milik syarikat Tazben Travel & Tours. Mereka boleh dihubungi di alamat Level 1, Lorong Lengkuk Kanan 2, Taman LKNP, Tanah Putih, 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur. Menurut cerita pemandunya, nama Tazben ini berasal dari gabungan dua nama iaitu Taz= Tengku Azlan dan Ben=adalah nama seorang India. Tengku Azlah telah berkongsi dengan Ben untuk membuka syarikat Tazben ini. Tetapi syarikat ini telah dijual oleh mereka berdua dan di beli oleh seorang Haji Kadir.

20090321

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Peserta Pahang (01)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009.
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.

Kini tibalah masanya untuk Perpustakaan Negara Malaysia mengadakan satu konvensyen khas untuk perpustakaan desa. Sebelum ini, cerita-cerita tentang perpustakaan desa seolah-olah "Biarlah Rahsia" kata Siti Norhaliza (bukan kata PNM). Bila kita bertanya kepada orang kampung ada yang berkata "Tak Tau" (Adam AF). Kini semuanya bukan rahsia lagi. Akan berubah dari tak tau kepada tahu. Jangan pula ada orang kampung kata "Aku Lebih Tahu" (Mila) dari petugas perpustakaan Desa.

Melalui Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009 banyak perkara dapat kita kongsi bersama. Banyak info telah dihebahkan kepada semua yang hadir terutama Ketua Kampung (Pengerusi) JKKK. Saya lihat ada Tok Empat (Ketua Kampung) yang mengangguk-angguk kepala mendengar penerangan yang disampaikan. Lepas Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009 marilah kita Jomheboh (ambil kata TV3) kepada orang-orang kampung. Kita kunjungi mereka dari Pintu ke Pintu.

Lebih 900 orang telah dapat dikumpul semasa Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009 ini. Seramai 71 orang dari Negeri Pahang telah turut serta menyertai Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009. Konvensyen kali ini amat bermakna kerana inilah pertama kalinya Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) dapat mengumpul ramai ketua-ketua kampung seluruh Pahang. (Terima kasih kepada PNM). Seramai 20 orang ketua kampung berpeluang untuk melibatkan diri dengan lebih mendalam dalam dunia perpustakaan. Mungkin dunia yang masih asing bagi mereka. Ada ketua kampung yang sanggup melepaskan urusan lain semata-mata untuk bersama-sama dengan kakitangan perpustakaan seluruh Pahang di Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009.

Banyak ilmu yang dapat ditimba melalui Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009 ini. Jika ada sesiapa yang berminat untuk belajar sesuatu yang tentang Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009 ini, ikutilah blog perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com. Satu siri yang agak panjang akan disiarkan diblog ini untuk renungan kita bersama. Tulisan dan gambar akan disiarkan secara berperingkat. Mereka yang berpeluang untuk hadir akan dapat membayangkan semula peristiwa-peristiwa yang berlaku. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk hadir pula, akan mendapat gambaran keseluruhan aktiviti-aktiviti yang telah kami lalui. Adalah diharapkan tulisan dan gambar dalam blog ini (perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com) akan menjadi info bersejarah untuk:
1. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

2. Perpustakaan Negara Malaysia

3. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

4. Perbadanan perpustakaan Awam Johor (PPAJ)

5. Perpustakaan-perpustakaan Awam Seluruh Malaysia

6. Perpustakaan-perpustakaan Desa Seluruh Malaysia

7. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)

8. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

9. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

10. dan untuk semua yang terlibat dan berminat dengan hal ehwal perpustakaan.

Berikut adalah senarai nama 20 orang ketua-ketua kampung seluruh Pahang yang telah mencatat sejarah sebagai peserta di Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009 yang berlangsung di Johor.
4
Seterusnya adalah senarai nama 50 orang kakitangan PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang), PD PPAP (Perpustakaan Desa PPAP) dan PD PNM (Perpustakaan Desa PNM Pahang) yang berpeluang untuk hadir di Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009.
3
2
1
Rombongan dari Pahang ini telah diketuai oleh Puan Murni Wizana bt Abd Ghani, PKC. Puan Murni adalah Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Links berkaitan Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009:
1. http://pdsgbakap.blogspot.com/2009/03/konvensyen-perpustakaan-desa-2009.html -Forum Memperkasa Perpustakaan Desa.
2. http://rossizam.blogspot.com/2009/03/konvensyen-perpustakaan-desa-2009.html -gambar ngan Tuan Sayed Munawar.
3. http://uthayasb.blogspot.com/2009/03/konvensyen-perpustakaan-desa.html -Antara pandangan yang akan saya kemukakan.
4. http://pdbantura.blogspot.com/2009/02/konvensyen-perpustakaan-desa.html -Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor,Johor Bharu.
5. http://pdsbtk.fotopages.com/?entry=1824443&back=http://pdsbtk.fotopages.com/?page=0 (En. Razif dari Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar telah siarkan info bergambar yang menyeluruh mengenai Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009)
6.http://pdsgpinangaktv.blogspot.com/2009/03/konvesyen-perpustakaan-desa-2009.html -persembahan kuda kepang.
7. http://libtititeras.blogspot.com/2009/03/konvensyen-perpustakaan-desa-2009.html (Perpustakaan Desa Titi Teras) -berkonsep ruang santai yang menarik.
8. http://ezyyan.blogspot.com/2009/03/konvensyen-perpustakaan-desa-09.html -Kami sumer bermalam di asrama Kompleks Pertubuhan Peladang Johor.
9. http://rizwanmy.multiply.com/journal/item/80/Konvensyen_Perpustakaan_Desa_2009 (terdapat info bertulis yang lengkap mengenai Konvensyen Perpustakaan Desa (PNM) 2009) bermulam 15-16hb.
10. http://carmcqueen.blogspot.com/2009/03/konvensyen-perpustakaaan-desa-2009.html (catatan peribadi Faiza) DLoad lambat sikit.
11. http://carmcqueen.blogspot.com/2009/03/majlis-makan-malam-anjuran-ppaj.html (lagi catatan peribadi Faiza) DLoad lambat sikit.
12. http://winx85.blog.friendster.com/2009/03/ [@baru sampai kuala selangor] [@dari Shah Alam Ke Johor Bahru] [@Hari Pertama Konvensyen 3 kpg foto][@Dinner & Lawatan Ke PPAJ 4 kpg foto] [@Selamat Kembali Ke Selangor]
13. http://www.geocities.com/uthayasb/pnm090315 -Rangka Aturcara Konvensyen


[22.03.09] [23.03.09][14.04.09] Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

20090313

Osman Hitam (04.08.59 - 12.03.09)

SATU -Kemestian
Pada 8.1.2009, Cikgu Osman Hitam telah dimasukkan ke Hospital Daerah Temerloh. Isteri cikgu Osman Hitam menjaga beliau setiap hari. Anak-anak, sudara-mara, kawan-kawan dan rakan-rakan seperjuangan di SMK Hwa Lian Mentakab datang melawat setiap hari. Tetapi, keadaan semakin lemah. Setiap kali ada tetamu datang melawat, isteri Cikgu Osman Hitam akan memaklumkan kepada Cikgu Osman Hitam siapa yang datang. Kadang-kadang Cikgu Osman Hitam membuka mata untuk melihat siapa datang. Kadang-kadang beliau hanya memberi isyarat sahaja.

Keadaan semakin lemah. Setelah lebihkurang sebulan di wad biasa, cikgu Osman Hitam dipindahkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Isterinya terus menjaga dengan sabar setiap hari. Hati semakin cemas. Rasa marah mula terbit kalau ada yang mengatakan Cikgu Osman Hitam telah tiada harapan. Menangis telah mula menjadi tabiat. Katanya, "Saya akan kuatkan hati, saya tak nak mengalah".

Jam 12.00 tengah malam, Mardiah bt Yatim isteri Cikgu Osman Hitam meminta ayahnya Nordin b Yatim datang segera ke Hospital Daerah Temerloh. Saatnya telah tiba, kemestian sudah pasti. Jam 12.00 tengahari, 12.03.2009 (Khamis) Cikgu Osman Hitam telah pergi meninggalkan dunia kita ini. Pergi yang tak akan kembali. Dihadapan isteri, anak, mertua dan adik-adik. Al Faatihah. (Saya dimaklumkan jam 12.48 tengahari. Jam 12.55 tengahari menerima sms tentang perkara yang sama). Ramai yang datang melawat. Adik arwah Cikgu Osman Hitam, Rabiah Bt Hitam ditenangkan olah ramai rakan-rakan daripada Pejabat KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI PAHANG turut sama datang melawat. (http://www.customsphg.gov.my/direktori%20kdrm.asp)

12.03.2009 (Khamis) adalah hari yang sama keputusan SPM 2008 diumumkan. Ikram anak sulung arwah Cikgu Osman Hitam sepatutnya mengambil keputusan SPM 2008 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah. http://www.mrsmkm.edu.my/muadzam/.

Jenazah siap dimandi, dikapankan dan disembahyangkan di Hospital Daerah Temerloh. Sampai dirumah di Kampung Batu Satu Temerluh disembahyangkan sekali lagi. Selepas solat asar disembahyangkan sekali lagi. Jam 5.00 petang, jenazah dibawa dengan van ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Disinilah juga Sudirman Haji Arshad dikebumikan. Al Faatihah.

DUA -Keinsafan
Andai kita tahu bila tiba ajal kita. Kita akan memohon semoga Allah tolong panjangkan umur kita. Kita akan memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa kita. Kita takut akan semua dosa-dosa kita. kita takut dosa yang terus mambayangi kita. Andai kita tahu bila malaikat maut akan menjemput kita. Kita mohon diizinkan untuk mengucap kata taubat. Mohon Allah ampuni kita dari segala dosa-dosa kita. Ampuni lah kita, menagis kita kerana bertaubat. Kita manusia yang takut akan neraka. Namun kita juga belum layak terus masuk syurga.

Andai kita tahu bila akan tiba ajal kita. Izinkan kita mengucap kata taubat. Kita takut akan semua dosa-dosa kita. Kita takut dosa yang terus mambayangi kita. Ampuni kita dari segala dosa-dosa kita. Ampuni kita, menagis kita bertaubat padaNYA. (Unggu)

TIGA -Ketokohan
Osman Hitam adalah adik kepada Datuk Haji Zakaria Hitam atau Pak Zek
(http://ariselba.blogspot.com/2003_10_12_archive.html). Tokoh yang banyak menulis mengenai Negari Pahang. Cerita asal usul nama tempat dan pantun yang menggunakan nama-nama tempat di Pahang. Zakaria Hitam juga adalah anggota jawatankuasa yang dilantik bagi menyiasat dakwaan Mat Siam atau Mat Din yang kononnya beliaulah Mat Kilau bin Datuk
Imam Perang Indera Gajah Rasu. (http://groups.yahoo.com/group/Sejarah-Melayu/message/650). Besar jasa abang Osman Hitam kepada Negeri Pahang. Dapat mengenali adik Zakaria Hitam sudah cukup untuk membangkitkan semangat saya untuk terus mengali maklumat mengenai Pak Zek dan lain-lain Tokoh Pahang.

Ketika bertugas di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh, ada juga sikit-sikit buku yang ditulis oleh Zakaria Hitam dapat dikumpul. Sayang rasanya kerana saya tidak membuat salinan fotostat buku-buku Zakaria Hitam untuk simpanan. Usaha mengumpul buku-buku penulis Pahang yang dilakukan semasa di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh mendapat sokongan Sahmad Malaya (Saiyed Ahmad bin Saiyed Abdullah dan Aripin Said. Kedua tokoh ini telah hadiahkan buku-buku koleksi beliau untuk disimpan di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh.

Selain Perpustakaan Awam Daerah Temerloh, Koleksi Negeri Pahang di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga mempunyai koleksi yang banyak mengenai Zakaria Hitam. Perhatian yang serius memang diberikan oleh Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar (Pemangku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) dalam menjadikan Koleksi Negeri Pahang
sebagai salah satu tempat rujukan mengenai tokoh Zakaria Hitam. Kesungguhan Puan Maria dengan dibantu oleh Encik Saiful dapat memastikan matlamat tersebut dicapai juga perhu dihargai. Tambah pula dengan Encik Saiful adalah seorang yang amat minat dengan sejarah Pahang dan barang-barang lama. Saya, Encik Mohd Noor dan Puan Maria terkejut melihat gambar koleksi barang-barang lama yang dimiliki oleh Encik Saiful. Mungkin Encik Saiful boleh hasilkan buku mengenai Zakaria Hitam, berdasarkan pengalaman bertugas di Koleksi Khas Negeri Pahang.

Akhir sekali saya berdoa semoga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dapat turut sama menjaga kedudukan Zakarai Hitam sebagai Tokoh Pahang.

[13.03.09]