SATU -KemestianPada 8.1.2009, Cikgu Osman Hitam telah dimasukkan ke Hospital Daerah Temerloh. Isteri cikgu Osman Hitam menjaga beliau setiap hari. Anak-anak, sudara-mara, kawan-kawan dan rakan-rakan seperjuangan di SMK Hwa Lian Mentakab datang melawat setiap hari. Tetapi, keadaan semakin lemah. Setiap kali ada tetamu datang melawat, isteri Cikgu Osman Hitam akan memaklumkan kepada Cikgu Osman Hitam siapa yang datang. Kadang-kadang Cikgu Osman Hitam membuka mata untuk melihat siapa datang. Kadang-kadang beliau hanya memberi isyarat sahaja.
Keadaan semakin lemah. Setelah lebihkurang sebulan di wad biasa, cikgu Osman Hitam dipindahkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Isterinya terus menjaga dengan sabar setiap hari. Hati semakin cemas. Rasa marah mula terbit kalau ada yang mengatakan Cikgu Osman Hitam telah tiada harapan. Menangis telah mula menjadi tabiat. Katanya, "Saya akan kuatkan hati, saya tak nak mengalah".
Jam 12.00 tengah malam, Mardiah bt Yatim isteri Cikgu Osman Hitam meminta ayahnya Nordin b Yatim datang segera ke Hospital Daerah Temerloh. Saatnya telah tiba, kemestian sudah pasti. Jam 12.00 tengahari, 12.03.2009 (Khamis) Cikgu Osman Hitam telah pergi meninggalkan dunia kita ini. Pergi yang tak akan kembali. Dihadapan isteri, anak, mertua dan adik-adik. Al Faatihah. (Saya dimaklumkan jam 12.48 tengahari. Jam 12.55 tengahari menerima sms tentang perkara yang sama). Ramai yang datang melawat. Adik arwah Cikgu Osman Hitam, Rabiah Bt Hitam ditenangkan olah ramai rakan-rakan daripada Pejabat KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI PAHANG turut sama datang melawat. (
http://www.customsphg.gov.my/direktori%20kdrm.asp)
12.03.2009 (Khamis) adalah hari yang sama keputusan SPM 2008 diumumkan. Ikram anak sulung arwah Cikgu Osman Hitam sepatutnya mengambil keputusan SPM 2008 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah.
http://www.mrsmkm.edu.my/muadzam/.
Jenazah siap dimandi, dikapankan dan disembahyangkan di Hospital Daerah Temerloh. Sampai dirumah di Kampung Batu Satu Temerluh disembahyangkan sekali lagi. Selepas solat asar disembahyangkan sekali lagi. Jam 5.00 petang, jenazah dibawa dengan van ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Disinilah juga Sudirman Haji Arshad dikebumikan. Al Faatihah.
DUA -KeinsafanAndai kita tahu bila tiba ajal kita. Kita akan memohon semoga Allah tolong panjangkan umur kita. Kita akan memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa kita. Kita takut akan semua dosa-dosa kita. kita takut dosa yang terus mambayangi kita. Andai kita tahu bila malaikat maut akan menjemput kita. Kita mohon diizinkan untuk mengucap kata taubat. Mohon Allah ampuni kita dari segala dosa-dosa kita. Ampuni lah kita, menagis kita kerana bertaubat. Kita manusia yang takut akan neraka. Namun kita juga belum layak terus masuk syurga.
Andai kita tahu bila akan tiba ajal kita. Izinkan kita mengucap kata taubat. Kita takut akan semua dosa-dosa kita. Kita takut dosa yang terus mambayangi kita. Ampuni kita dari segala dosa-dosa kita. Ampuni kita, menagis kita bertaubat padaNYA. (Unggu)
TIGA -KetokohanOsman Hitam adalah adik kepada Datuk Haji Zakaria Hitam atau Pak Zek
(
http://ariselba.blogspot.com/2003_10_12_archive.html). Tokoh yang banyak menulis mengenai Negari Pahang. Cerita asal usul nama tempat dan pantun yang menggunakan nama-nama tempat di Pahang. Zakaria Hitam juga adalah anggota jawatankuasa yang dilantik bagi menyiasat dakwaan Mat Siam atau Mat Din yang kononnya beliaulah Mat Kilau bin Datuk
Imam Perang Indera Gajah Rasu. (
http://groups.yahoo.com/group/Sejarah-Melayu/message/650). Besar jasa abang Osman Hitam kepada Negeri Pahang. Dapat mengenali adik Zakaria Hitam sudah cukup untuk membangkitkan semangat saya untuk terus mengali maklumat mengenai Pak Zek dan lain-lain Tokoh Pahang.
Ketika bertugas di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh, ada juga sikit-sikit buku yang ditulis oleh Zakaria Hitam dapat dikumpul. Sayang rasanya kerana saya tidak membuat salinan fotostat buku-buku Zakaria Hitam untuk simpanan. Usaha mengumpul buku-buku penulis Pahang yang dilakukan semasa di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh mendapat sokongan
Sahmad Malaya (Saiyed Ahmad bin Saiyed Abdullah dan
Aripin Said. Kedua tokoh ini telah hadiahkan buku-buku koleksi beliau untuk disimpan di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh.
Selain Perpustakaan Awam Daerah Temerloh, Koleksi Negeri Pahang di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga mempunyai koleksi yang banyak mengenai Zakaria Hitam. Perhatian yang serius memang diberikan oleh Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar (Pemangku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) dalam menjadikan Koleksi Negeri Pahang
sebagai salah satu tempat rujukan mengenai tokoh Zakaria Hitam. Kesungguhan Puan Maria dengan dibantu oleh Encik Saiful dapat memastikan matlamat tersebut dicapai juga perhu dihargai. Tambah pula dengan Encik Saiful adalah seorang yang amat minat dengan sejarah Pahang dan barang-barang lama. Saya, Encik Mohd Noor dan Puan Maria terkejut melihat gambar koleksi barang-barang lama yang dimiliki oleh Encik Saiful. Mungkin Encik Saiful boleh hasilkan buku mengenai Zakaria Hitam, berdasarkan pengalaman bertugas di Koleksi Khas Negeri Pahang.
Akhir sekali saya berdoa semoga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dapat turut sama menjaga kedudukan Zakarai Hitam sebagai Tokoh Pahang.
[13.03.09]