Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090114

Disenaraikan Dalam BlogMalaysia.Com

Pada 5hb. Disember 2008 BlogMalaysia.com "a human edited web directory" telah senaraikan Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera dalam 'directory' mereka. 'Thanks to Blog Malaysia'. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sering mengunjungi blog ini. Serta terima kasih juga kepada rodong-rodong yang memberikan pelbagai idea untuk menceriakan Foto & Info dalam perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com ini.


DETAIL:
01.14.09: [Hits: 0] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 27,964,547] [Google IP: 109]
02.04.09: [Hits: 2] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 27,634,126] [Google IP: 131]
02.17.09: [Hits: 2] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 28,321,121] [Google IP: 114]
02.23.09: [Hits: 2] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 28,487,967] [Google IP: 133]
03.05.09: [Hits: 2] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 28,706,736] [Google IP: 103]
03.18.09: [Hits: 3] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 28,924,971] [Google IP: 141]
03.26.09: [Hits: 3] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 9] [Google IP:188]
04.03.09: [Hits: 3] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:145]
05.09.09: [Hits: 6] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:164]
05.14.09: [Hits: 7] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:144] [177 Posts]
05.21.09: [Hits: 9] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:184] [177 Posts]
05.25.09: [Hits: 10] [Pagerank:0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:184] [180 Posts]
06.02.09: [Hits: 10] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:217] [181 Posts]
06.12.09: [Hits: 10] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 8] [Google IP:308] [184 Posts]
07.31.09: [Hits: 13] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 26,746,832] [Google IP:169] [200 Posts]
09.09.09: [Hits: 17] [Pagerank: 0] [Alexa Rank: 26,746,832] [Google IP:187] [274 Posts]
.

20090112

Bekas Kakitangan: PD Batu Papan

BERA. 30hb. Disember, 2008. (Ahad)
Encik Mohamad Nassir Jaafar pernah menjadi kakitangan desa di Daerah Bera dan bertugas di Perpustakaan Desa Batu Papan pada tahun 2006. Khidmat beliau di Perpustakaan Desa Batu Papan sehingga 31hb. November, 2006. Seterusnya Encik Nassir dapat masuk maktab untuk jadi cikgu. Kini beliau adalah cikgu Pendidikan Khas di Jengka. Cikgu Nassir telah datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera bersama isteri baru beliau. Baru kahwin semalam, dengan cikgu juga. Inilah gambar Cikgu Nassir bersama Cikgu Nor Nazirah Jamaluddin. Guru Pendidikan Khas yang bertemu jodoh dengan Guru Kafa. Pasangan muda ini mengajar di SK Jengka 22. Semoga berbahagia selalu.

3. Macam pasangan kekasih yang baru berkenalan, takut nak duduk dekat-dekat.

2. Puan Nor Nazirah sedang memperkenalkan diri kepada kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera.

1. Bila bergambar dekat-dekat baru nampak macam pasangan suami isteri. Tak sabar pula rasanya nak melihat pasangan cikgu ini menimbang 'cahaya mata'.

[12.01.09] [13.01.09]Perpustakaan Awam Daerah Bera

Taklimat: Penurunan Kadar Caruman KWSP (Syer Pekerja) dan Kadar Baru Cuti Rehat

TEMERLOH. 23hb. Disember 2008.
Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera telah berkumpul di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh untuk mendengar taklimat tersebut. Turut dijemput adalah kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Temerloh dan kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Jerantut. Taklimat Penurunan Kadar Caruman KWSP (Syer Pekerja) dan Kadar Baru Cuti Rehat telah disampaikan oleh Puan Murni Wizana Binti Abd. Ghani, PKC.

Taklimat ringkas ini dijalankan dalam dua sesi, iaitu:
Sesi 1: Borang Opsyen Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 Tahun 2008 -Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan bagi kakitangan tetap.
Sesi 2: Borang KWSP 17A (AHL) -Pengurangan Kadar Caruman KWSP Pekerja untuk kakitangan yang belum tetap.

8 Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera bergambar untuk kenang-kenangan bersama Puan Murni. Encik Fatah telah menjadi juru gambar kami, beliau berpengalaman bertugas berhampiran dengan sebuah kedai gambar di Jerantut.
7 Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Zarina, Zura, Amilin dan Amrul.
6 Lagi kaktangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Ina, Afzan, Su dan Lizun.

5 Ada lagi kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Nani, Pidah dan Fiza.
4 Pegawai Tadbir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Murni Wizana Binti Abd. Ghani sedang memberikan penerangan dengan jelas dan terang supaya tiada yang keliru.

3 Puan Suzi dan Puan Siti. 2 Cik Amilin dan Cik Afzan, anak orang.

1 Encik Napi dan Encik Mizan, suami orang.

Links:[ http://cuepacs.blogspot.com/ ] [http://www.jpa.gov.my/ ]

[01.12.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Bangkel Awet & Jilid: Peserta

KUANTAN. Pada 15hb. hingga 18hb Disember 2008, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Bangkel Pengawetan dan Penjilidan Siri Lanjutan di dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Bangkel ini telah dihadiri oleh 20 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dari negeri dan daerah. Tiga orang kakitangan yang berpengalaman dari Arkib Negara Malaysia telah datang memberikan tunjuk ajar. Berikut adalah dua set gambar peserta kursus bersama 'cikgu' dan Pegawai Tadbir. Kepada sesiapa yang berminat boleh 'download' gambar yang menjadi pilihan hati.

GAMBAR SET B

Foto B4 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto B3 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto B2 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto B1 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)

GAMBAR SET A

Foto A4 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto A3 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto A2 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto A1 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
.
Harap klik pada 'comments' untuk menyatakan gambar yang paling anda minat.

[01.12.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera
[03.18.09]
.
Atas permintaan seseorang gambar beliau mohon 'dibuang' semua dari blog ini kerana sebab yang tidak dinyatakan. Bermula pada hari ini 18.03.2009 (Rabu) dimaklumkan bahawa perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com tidak lagi menyimpan sebarang gambar beliau. Kalau ada lagi gambar atau maklumat yang berkaitan dengan beliau yang masih disimpan dan tidak 'dibuang' harap dimaklumkan.
.
Maklumlah sehingga kini terdapat 139 tajuk dalam blog perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com. Blog ini telah mula merakamkan sejarah berkaitan dengan Perpustakaan Awam Daerah Bera dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula 5hb. Disember, 2008 iaitu setelah mengikuti kursus USP di Flamingo di Ampang. Kadang-kadang tak ingat semua bahan-bahan yang telah dimasukkan.
.
Akhir sekali saya mohon maaf kepada beliau kerana keluarkan gambar yang timbulkan rasa tidak seronok kepada beliau.
[13.04.2009]
Semua foto dalam "Bangkel Awet & Jilid: Peserta" perlu dikeluarkan kerana masih menimbulkan rasa tidak seronok dihati sesorang.
.
Jika ada sesiapa lagi yang tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah yang dilakarkan melalui perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com harap maklumkan segera.

20081212

Kursus Jahit Manik: Makanan

Bila ada kursus tentu ada makan. Inilah resepi yang di sediakan pada hari terakhir kursus. Resepi yang sedap dan lazat ini disediakan oleh Ibu Katering. Pada asalnya Jabatan Pembangunan Wanita telah menempah makanan untuk 40 orang peserta. Namun sambutan luar dugaan telah menyebabkan Nadwa bt Abd Hamid (wakil Jabatan Pembangunan Wanita) terpaksa memohon tambahan 15 orang lagi menjadi 50 orang. Dengan pantas dalam tempoh satu jam Ibu Katering telah dapat membeli bahan dan memasak untuk 15 orang lagi.

6 Limau

5 Sambal

4 Ikan Masin

3 Ulam

2 Sayur

1 Gulai Daging
Kalau sesiapa yang berminat untuk membuat tempah bolehlah mencari Ibu Katering.

[12.30.08] [01.07.09] [01.12.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera