Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090112

Taklimat: Penurunan Kadar Caruman KWSP (Syer Pekerja) dan Kadar Baru Cuti Rehat

TEMERLOH. 23hb. Disember 2008.
Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera telah berkumpul di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh untuk mendengar taklimat tersebut. Turut dijemput adalah kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Temerloh dan kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Jerantut. Taklimat Penurunan Kadar Caruman KWSP (Syer Pekerja) dan Kadar Baru Cuti Rehat telah disampaikan oleh Puan Murni Wizana Binti Abd. Ghani, PKC.

Taklimat ringkas ini dijalankan dalam dua sesi, iaitu:
Sesi 1: Borang Opsyen Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 Tahun 2008 -Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan bagi kakitangan tetap.
Sesi 2: Borang KWSP 17A (AHL) -Pengurangan Kadar Caruman KWSP Pekerja untuk kakitangan yang belum tetap.

8 Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera bergambar untuk kenang-kenangan bersama Puan Murni. Encik Fatah telah menjadi juru gambar kami, beliau berpengalaman bertugas berhampiran dengan sebuah kedai gambar di Jerantut.
7 Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Zarina, Zura, Amilin dan Amrul.
6 Lagi kaktangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Ina, Afzan, Su dan Lizun.

5 Ada lagi kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Nani, Pidah dan Fiza.
4 Pegawai Tadbir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Murni Wizana Binti Abd. Ghani sedang memberikan penerangan dengan jelas dan terang supaya tiada yang keliru.

3 Puan Suzi dan Puan Siti. 2 Cik Amilin dan Cik Afzan, anak orang.

1 Encik Napi dan Encik Mizan, suami orang.

Links:[ http://cuepacs.blogspot.com/ ] [http://www.jpa.gov.my/ ]

[01.12.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera