Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090413

Johor: Konvensyen PD (PNM) -Pelakon (20)

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) 2009
Tarikh: 15-16hb. Mac, 2009. Tempat: The ZONE Regency Hotel, Johor Bahru.
Kehadiran Awal Ashaari Impak Maksima.
.
Peserta Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 dikejutkan dengan kehadiran Awal Ashaari. Pada permulaan kehadiarn Awal Ashaari ramai yang tidak sedar. Dapat lah Awal Ashaari menikmati jamuan makan malam. Setelah peserta menyedari kehadiran Awal Ashaari, masing-masing sibuk hendak bergambar. Hinggakan Awal Ashaari tak selesa nak menikmati makan malam. Tetapi mana boleh tak layan peminat.

Awal Ashaari ni nama sebenar adalah Ahmad Awaluddin Ashaari. Dilahirkan pada 6hb Ogos 1981, kalau ada sesiapa yang lahir pada 6 hb Ogos boleh la sambut hari jadi bersama Awal Ashaari. Beliau dilahirkan di Kampung Baru Kuala Lumpur.

Awal Ashaari pernah belajar di Lim Kok Wing College. Awal Ashaari mempunyai kelulusan "Bachelor of Arts in Film & Television". Awal Ashaari pada awalnya pernah bekerja dengan Yasmin Ahmad di Leo Burnett Advertising. Awal Ashaari pernah menjadi pembaca berita di 8TV (Twenty Hundred News) selama lapan bulan pada tahun 2003. Nama Awal Ashaari juga mula terkenal selepas bermulanya "Malaysian Idol".Bermula dari sini bakat Awal Ashaari terus berkembang sebagai pelakon, pengacara, model, penyanyi dan penulis.

Semoga gambar ini menjadi kenangan kepada kakitangan perpustakaan.
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
[13.04.09]Perpustakaan Negara Malaysia. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Perpustakaan Awam Daerah Bera. "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"