Tempat: Perpustakaan Daerah Cameron Highlands
Tarikh: 27.05.2008 hingga 29.05.2008
--------------------------------------------------------------------------------
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan kursus Penataran Bahasa Melayu dan penulisan bermula pada 27-29hb. Mac 2008. Kursus ini telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands. Kebanyakan peserta adalah Ketua Perpustakaan Daerah bersama seorang kakitangan Perpustakaan Desa dari daerah masing-masing.
Semua peserta perlu melapurkan diri di Perpustakaan Daerah Cameron Highlands pada 27.05.2008 (Selasa) antara jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas pertama bermula pada 8.30 malam hingga 10.30 malam. Tajuk yang dibincangkan adalah "Perancangan Bahasa: Dasar dan Pelaksanaan".
Pada 28.05.2008 (Rabu) kursus bermula dengan tajuk "Kesalahan Umum Tatabahasa (Ejaan)" pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sebelum bermula tentulah pihak Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands telah menyediakan makanan dan minuman pagi. Selepas rehat jam 11.00 pagi kursus disambung dengan tajuk "Kesalahan Umum Tatabacaan (Tanda Baca)".
Pada sebelah petang, peserta kursus dibentangkan dengan tajuk "Kesalahan umum Tatabahasa (Kata dan Ayat)". Akhir sekali pada sebelah malam diadakan "Bangkel Bahasa".
Pada 29.05.2008 (Khamis) pula peserta belajar mengenai "Penyediaan dan Penulisan Minit Mesyuarat". Selepas minum pagi, peserta dihidangkan dengan tajuk "Etika Dalam Mesyuarat". Kursus disambung semula pada jam 2.30 petang dengan tajuk yang dibentangkan "Penulisan Surat Rasmi dan Penulisan Memo". Sampai jam 4.30 petang kursus Penataran Bahasa Melayu dan Penulisan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berakhir.
Sebelum majlis tersebut, diadakan terlebih dahulu solat magrib, ceramah agama dan solah Isyak. Pegawai Agama Islam Cameron Highlands telah sudi hadir pada sesi ini.
Seterus diadakan jamuan makan malam dan ramah mesra.
Ada yang menggunakan peluang ini untuk bergambar.
Ada yang bertanya khabar. Ada juga yang merenung masa depan.
Sesungguhnya semua peserta telah menimba pengalaman yang baru dan berharga. Sama-samalah kita ucapkan terima kasih kepada semua yang berusaha bersungguh-sungguh untuk jayakan kursus ini. Jangan lupa nyatakan penghargaan kita.
Sekian.
-------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Perpustakaan Desa Negeri Pahang