[Home]
Orang lelaki yang pernah bertugas di Bandar Bera mungkin pernah gunting rambut dengan Pak Kob atau Yaakob bin Harun. Penduduk Kampung Kerayong dan Kampung Paya Pagar tentu lebih lagi mengenali Pak Kob. Kedai gunting rambut beliau bersebelahan dengan rumah kediaman beliau di Kampung Paya Pagar. Memang jelas untuk kita perasan kepada mereka yang selalu ulang alik menggunakan jalan Temerloh-Bera.Pak Kob telah meninggal dunia pada 19 hb Mei 2009 pada jam lebih kurang 12.00 tengah malam. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada esoknya jam 10 pagi. Pak Kob adalah golongan awal yang meninggalkan Negeri Kelantan untuk menetap di Daerah Bera. Banyak kemajuan dan pembangunan telah disaksikan oleh Pak Kob.
Sebelum ini Haji Mohamed Shahdan telah kembali menemui Allah swt. Haji Mohamed Shahdan pernah bertugas sebagai anggota polis semasa zaman sebelum Merdeka. Serba sedikit cerita mengenai Haji Mohamed Shahdan sempat saya tulis. Klik DISINI untuk membacanya. Kini hanya tinggal gambar beliau dan empat anak-anak beliau yang masih kecil ada di pamirkan di Galeri Foto Sejarah Daerah Bera. Gambar tersebut dirakam semasa Haji Mohamed Shahdan bertugas di Balai Polis Mengkarak. [Galeri Foto Sejarah Daerah Bera ] [Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu ]
Sebelum Haji Mohamed Shahdan meninggal dunia, Haji Latif ayah kepada Hajjah Manila telah meninggal dunia. Rumah Haji Latif yang terletak jauh di Kampung Batu Papan menyebabkan usaha mencatatkan pengalaman beliau sering ditangguhkan. Akhirnya tiada sebarang maklumat sempat ditulis tentang Haji Latif.
Kejadian yang sama telah berulang kepada Pak Kob. Tiada sebarang cerita sempat ditulis tentang Pak Kob. Untuk melihat gambar kedai Pak Kob sila klik DISINI.
Sering terlepas peluang, adakalanya disebabkan usaha sendiri, kadang-kadang disebabkan oleh usaha orang lain. Sentiasa berdoa supaya dikurniakan peluang yang lebih baik dengan limpah rezeki dan rahmat Allah swt. Amin.