Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090428

Agensi Nuklear Malaysia

2 April 2009
Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2009
Hotel Cititel, Kuala Lumpur
21-22 julai 2009

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mahu mendedahkan kepada masyarakat tentang dunia penulisan dan penerbitan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti penulisan sainstifik. Kepada sesiapa yang ingin menyertai Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2009, mereka perlu membayar RM780.00 seorang. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertama seminar jika terdapat kekosongan.

Seminar ini akan membincangkan:
-Cabaran penulisan dan penebitan sainstifik
-Hak cipta penulisan dan penerbitan saintifik
-Keselamatan maklumat
-Pengurusan editorial dan penyuntingan
-Masa depan penulisan dan penerbitan saintifik
-Aspek bahasa dan gaya dalam penulisan dan penerbitan
-Penulis dan penerbitan elektronik
-Undang-undang dan akta dalam penulisan dan penerbitan
-Pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik

Menurut iklan seminar ini, penulis dan penerbit bahan saintifik adalah kunci dalam pembentukan dan penyebaran ilmu. Ia adalah nadi kepada sistem pendidikan dan pembentukan budaya bangsa. Kemajuan sesebuah negara dan masyarakat biasanya dilandas oleh khazanah penulisan dan penerbitan yang kukuh. Sejarah kebudayaan dan tamadun manusia membuktikan bahawa tanpa penulisan dan penerbitan yang aktif, kemajuan masyarakat tidak akan berkekalan.

Menurut iklan seminar ini lagi, prinsip penerbitan adalah mendukung aspirasi budaya, intelektual, sosial dan moral dalam menyampaikan ilmu. Penerbitan saintifik perlu diperkasakan dan dihidangkan dalam gaya yang menarik agar sampai kepada khalayak sasaran sejajar dengan saranan kerajaan untuk menjadikan membaca sabagai budaya di dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

Kita perlu sedar bahawa dunia penulisan dan penerbitan saintifik berdepan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi. Lambakan penulisan dan penerbitan bahan hiburan telah memberikan saingan hebat kepada bahan saintifik. Penulis dan penerbit akan fokus pada bahan hiburan kerana mereka berpendapat itu minat masyarakat. Mungkin ada juga kebenarannya. Jika dilihat senarai Buku Popular 2008 di Perpustakaan Awam Daerah Bera, kesemuanya adalah buku novel. Bukan nak kata tak bagus baca novel, bagus. Cuma statistiknya begitu. Kerana fokus minatnya begitu. Keseronokan membacanya ada disitu.

Sebab itu ada usaha untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat rekreasi dan infomasi. Mahu disediakan cafe di dalam perpustakaan. Tetapi susah nak jumpa orang yang menganggap membaca bahan saintifik sebagai aktiviti rekreasi yang dapat tenangkan fikiran. Ramai yang menganggap jika membaca bahan saintifik akan kusutkan fikiran yang dan sedia kusut. Fikiran menjadi tidak tenang jika mengetahui data-data yang terperinci mengenai perkara yang kita minat.