Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090120

Organisasi Ahli Kanak-kanak 2008

Dalam SURAT PEKELILING IKSTISAS Bil. 13/1998 (Program Membina Tabiat Membaca) yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ada menyatakan Kajian Literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kadar membaca dua buah buku setahun adalah amat rendah. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah menyediakan bahan bacaan yang boleh diperolehi di luar sekolah.

Pembacaan menggunakan buku-buku luar dapat meluaskan pemikiran pelajar. Buku-buku yang ada di Perpustakaan Awam Daerah Bera boleh menambahkan jumlah buku-buku yang boleh dibaca oleh pelajar sekolah. Untuk meminjam buku di Perpustakaan Awam Daerah Bera, pelajar perlu menjadi ahli dengan bayaran RM7.00. Kalau tak mampu nak bayar RM7.00 kerana terlalu mahal, pelajar boleh membaca di Perpustakaan Awam Daerah Bera tetapi tak boleh dibawa balik. Elok juga, buku tak rosak dan tak hilang.

Berikut adalah Senarai Sekolah Yang Paling Banyak Meminjam Buku Pada Januari-Disember 2008 bagi Kategori Ahli Kanak-kanak

1. SK Kerayong = 1,266
2. SK Durian Tawar = 154
3. Pasti Al-Huda = 104
4. Belum Sekolah = 96
5. SRJK (C) Kerayong = 60
6. SK (F) Kumai = 47
7. SRJK (C) Triang = 36
8. SK Seri Buntar = 28
9. SK (F) Bukit Kepayang = 26
10. Pra Sk Kerayong = 25
11. Pasti Al-Ihsan =24
12. Tadika Kemas Kerayong = 24
13. Tadika Dunia Kecil = 24
14. Tadika Cina Triang = 20



Links: #statistik-organisasi-2007 #statistik-organisasi-2006 #

[29.01.09][18.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera