Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20140425

03 Bird Count 2014 - botak, but-but, cecawi, cegar, cekup dan cekup daun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Burung pun ada juga yang botak, Ada lebih kurang 12 jenis burung botak. Berikut adalah senarai nama burung botak antaranya adalah:
1. Burung Botak Burung Botak Babi
2. Burung Botak Babi Besar
3. Burung Botak Besar
4. Burung Botak Hutan
5. Burung Botak Kecil
6. Burung Botak Leher Hitam
7. Burung Botak Padang
8. Burung Botak Padi
9. Burung Botak Siput
10. Burung Botak Storm
11. Burung Botak Upeh
12. Burung Botak Upih
2. Jenis-jenis burung but-but adalah: 1. Burung But-but Cari Anak 2. Burung But-but Carik Anak 3. Burung But-but Hutan 4. Burung But-but Jari Pendek 5. Burung But-but Kecil
3. Antara nama-nama pelik burung adalah burung carik, burung coklat dan burung caladi kalau ada yang bernasib baik mungkin berkesempatan untuk berjumpa dengan Burung Carik Kafan, Burung Cakar Coklat dan Burung Caladi Batu.
4.Ada juga burung yang dinamakan cecawi, ada 6 jenis burung cecawi antaranya adalah:1. Burung Cecawi
2. Burung Cecawi Anting-anting 3. Burung Cecawi Hamba Kera 4. Burung Cecawi Hitam 5. Burung Cecawi Paruh Tebal 6. Burung Cecawi Rantau
5.Ada tempat yang dinamakan Felda Chegar Perah di kuala Lipis Pahang. Ada pula burung dinamakan Burung Cegar Besar.
6. Terdapat juga burung yang dinamakan burung cekup iaitu Burung Cekup Alis Hitam dan Burung Cekup Belakang Perang.
7.Selain Burung Cekup Alis Hitam dan Burung Cekup Belakang Perang ada juga burung cekup daun, antaranya adalah 1. Burung Cekup Dada Kuning  2. Burung Cekup Daun Artik  3. Burung Cekup Daun Bakau  4. Burung Cekup Daun Paruh Pendek 5. Burung Cekup Daun Tongkeng Kuning

20140418

02 Bird Count 2014 - Kumpulan Mutiara Resot

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Kumpulan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dimasukkan dalam kumpulan yang akan membuat Bird Count di sekitar Mutiara Resort. Peserta dalam kumpulan ini terdiri dari UiTM dan IKIP. Nama mereka adalah seperti berikut:

IKIP
Nur Shahirah Aminena
Nur Atikah Bt Mohd Nazri
Nur Adrina bt Mohd Yassin
Sakila a/p Atan
Ahmad Qayyum b Azmi

UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don
Syaza Ulfah Ghazali
Lailatul Maghfiroh bt Ansah
Mohd Nazrin b Abd Malek
Mohammad Khidir Asri b Musta'alim
Huzuin Jan bt Abdul Hamid
Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri
Amirudin b Razhali
Rabiatul Nabilah bt Rohaizan

Kumpulan Mutiara Resot ini diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengenali burung.

Perkara yang paling penting sebelum memulakan Bird Count adalah tentang TEROPONG.

Terdapat tiga reka bentuk asas teropong moden:

Porro Prism
Mempunyai bentuk tardisional, lebih besar serta berat tetapi mempunyai 'depth perception' yang lebih baik berbanding Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang terbaik.

Roof Prism
Mempunyai bentuk lebih moden kerana mempunyai 'straight barrels'. Lebih ringan dari Porro Prism tetapi lebih mahal berbanding Porro Prism. Manakala  'depth perception' tidak sebaik Porro Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang baik tetapi lebih ringan.

Reverse Porro Prism
Teropong ini adalan berbentuk 'Inverted design'. Ianya kecil dan ringan. Manakala 'Depth perception' tidak sebaik Porro Prism dan Roof Prism . Harga teropong Reverse Porro Prism lebih rendah berbanding Porro Prism dan Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan teropong yang murah dan senang dibawa.

Mono
Teropong mono mempunyai satu kanta sahaja. Ianya tidak kelihatan seperti sebuah teropong. Terdiri dari pelbagai 'depth perception' bergantung kepada harga yang sanggup. Saiznya terdiri dari segengam tangan hingga kepada sebesar peha.
1. Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland
Teropong perlu diselaraskan dengan mata kita. Mereka yang menggunakan cermin mata perlukan penyelarasan yang berbeza berbanding mereka yang tidak menggunakan cermin mata.
2. Jika teropong tidak dilaraskan dengan bentu dan tepat untuk mata masing-masing, mata kita akan cepat letih dan kita akan pening kepala. Kesudahannya aktiviti Bird Count akan menjadi aktiviti yang tidak seronok.
3. Bukan perkara yang mudah untuk kita melihat menerusi teropong dan terus jumpa burung yang kita nak lihat.
4. Baru sahaja memulakan aktiviti Bird Count, sudah ada yang rasa sakit tengkok.
5. Wakti pagi adalah waktu yang baik untuk melihat burung.
6. Tidak semestinya kita memandang ke atas untuk melihat burung. Ada juga burung yang akan turun ke tanah.
7. Paling penting adalah untuk tidak mudah putus asa untuk melihat burung.
8. Ada ketikanya kawan-kawan boleh nampak burung tersebut tetapi kita tidak nampak walaupun berulang kali (berbuih mulut) kawan menunjukkan arahnya.
9. Aktiviti Bird Count adalah aktiviti yang sesuai untuk semua golongan umur.

20140416

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)


Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

20140411

01 Bird Count 2014 - Count For Fun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot
1. Kain rentang yang mempromosikan Taman Negara Bird Count 2014
2. Peta Semenanjung Tanah Melayu. Ditengah-tengan adalah Taman Negara Pahang.
3. Kumpulan Mutiara Resot diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland. Kumpulan ini adalah gabungan IKIP, UiTM dan PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

4. Peserta  IKIP Kuantan
Nur Shahirah Aminena, Nur Atikah Bt Mohd Nazri, Nur Adrina bt Mohd Yassin, Sakila a/p Atan dan
Ahmad Qayyum b Azmi
5.Peserta UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don, Syaza Ulfah Ghazali, Lailatul Maghfiroh bt Ansah, Mohd Nazrin b Abd Malek, Mohammad Khidir Asri b Musta'alim, Huzuin Jan bt Abdul Hamid, Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri, Amirudin b Razhali dan Rabiatul Nabilah bt Rohaizan
6. "Burung! Mu Tunggu Aku Datang"
7. Kami datang dengan 'Langkan Kanan', Encik Ismail Mama mahukan kumpulan ini mengesan 40 jenis burung.

20140404

Bird Count 2014 Taman Negara Pahang (Kuala Tahan - Jerantut-Pahang-Malaysia)

Pada 15 dan 16 Mac 2014, telah berlangsung acara perintis "Bird Count 2014 Taman Negara Pahang". Bird Count 2014 Taman Negara Pahang ini telah dianjurkanoleh Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang.

"Bird Count 2014 Taman Negara Pahang" adalah bagai kali yang pertama sebagai usaha untuk menambahkan Produk Pelancongan di Taman Negara Pahang Malaysia.



Bird Count 2014 Taman Negara Pahang ini mendapat kerjasama:
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
- Majlis Daerah Jerantut
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Bird Count 2014 Taman Negara Pahang telah berjaya mendapat penyertaan seramai 133 orang:
- PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang): 3 orang
- UiTM (Kuantan dan Shah Alam): 64 orang
- IKIP (Kuantan) : 41 orang
- Pelancong asing: 10 orang