Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
20110105
Berpindah ke Laman Perpustakaan
Bermula pada 4 januari 2010 saya tidak lagi menulis untuk blog perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com yang menggunakan nama Satu Hati. Lebih banyak masa ditumpukan ke lamanperpustakaan.blogspot.com yang menggunakan nama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.
Hari ini 5 Januari 2011, setelah setahun meninggalkan blog ini, saya merasakan saya benar-benar tidak dapat memberikan tumpuan kepada blog ini. Tumpuan diberikan kepada:
-http://lamanpahang.blogspot.com/
dan
-http://lamanperpustakaan.blogspot.com/
Perkara ini disebabkan saya bukan lagi Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kini saya Ketua Bahagian Rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Saya berharap Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera yang baru sudi mengambil alih tanggungjawab sebagai penulis blog Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Berikut adalah link ketua yang baru untuk Daerah Bera:
-mohdhazairi.blogspot.com
-Mohdhazairi-B-Ariffin
Dengan ini saya menjemput Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera yang baru menjadi penulis jemputan di blog ini.
20100111
Satu Hati PPA Pahang
Pada hari ini iaitu 11.01.2009, blog ini perlu bertukar wajah. Pertukaran wajah ini bersempena pertukaran nama blog ini kepada Blog Satu Hati PPA Pahang. Bukan lagi Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk tahun 2010 ini nama Perpustakaan Awam Daerah Bera tidak lagi sesuai dengan isi kandungan blog ini. Banyak bahan-bahannya telah berkisar kepada skop yang lebih luas lagi. Kalau dahulu, blog ini menjadi sumber rujukan untuk Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Mungkin selepas ini boleh menjadi sumber rujukan untuk wartawan-wartawan Sinar Harian Pahang yang berada di daerah lain.Sehingga kini sebanyak 342 bahan telah disiarkan dalam Blog Satu Hati PPA Pahang. Sehingga kini juga Blog Satu Hati PPA Pahang telah menerima 27 kali hits. Sementara google telah indekskan sebanyak 293 halaman daripada kandungan dalam blog ini.
Memang pada mulanya dirasakan perlu dibina satu blog lain yang tidak menggunakan nama daerah. Supaya dapat gambaran bahawa isi kandungan blog ini adalah meluas. Meliputi hal-ehwal perpustakaan yang berlaku di seluruh Pahang atau dinegeri-negeri lain. Tetapi disinilah "http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/" semuanya bermula. Saya sendiri tidak sangka ianya akan berkembang sehingga ke peringkat ini. Blog ini dibina ketika menghadiri kursus komputer USP di Flaminggo Hotel di Ampang.
Sebenarnya masih banyak gambar-gambar 2009 yang tidak sempat disimpan dalam blog ini. Antaranya adalah gambar di Gambang City Resort dan Kursus di Batu Rakit. Jika berkesempatan saya akan 'uploadkan' gambar-gambar ini.
Selain gambar-gambar terbaru, saya juga ingin berkongsi gambar-gambar lama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Rasanya ramai sangat antara kita yang tidak mengenali pengarah yang pertama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu En. Yunus. Bagi kakitangan yang baru tentu tidak akan menegur bekas pengarah yang tidak pernah mereka kenali. Jika ada kesempatan saya ingin menunjukkan koleksi gambar-gambar lama En. Yunus. Semoga En. Yunus akan merasa dihargai apabila ada kakitangan baru dan muda yang menegur beliau. Kerana kita semua mahu dihargai.
20100108
Perpustakaan Desa Sg Pelong
Blog Satu Hati PPA Pahang ucapkan terima kasih kepada blog Perpustakaan Desa Sg Pelong kerana sudi senaraikan blog kami dalam blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Harap pengunjung blog Satu Hati PPA Pahang sudi berkunjung ke blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Sama-sama kita bertukar info.
Untuk pergi ke blog Perpustakaan Desa Sungai Pelong sila klik link ini:
[http://pdsungaipelong.blogspot.com/]
Untuk pergi ke blog Perpustakaan Desa Sungai Pelong sila klik link ini:
[http://pdsungaipelong.blogspot.com/]
20091225
20091223
Vistana Kuantan (3) semasa rehat
08Gaya orang senang-senang.
Dimana ni?
Ini pula kat mana?
Dimana pulak yang ni?
Gaya dua orang pemerhati.
Gaya pemimpin dunia yang sedang diperhati.
Perhati betul-betul, gaya siapa ni?
Tan Cheng Lock ... bukan. Tan Sri Muhyiddin ... bukan. Tan Sri Khalid ... bukan. Cuba-cuba jangan putus asa, dah dekat dah betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)