Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20100111

Satu Hati PPA Pahang

Pada hari ini iaitu 11.01.2009, blog ini perlu bertukar wajah. Pertukaran wajah ini bersempena pertukaran nama blog ini kepada Blog Satu Hati PPA Pahang. Bukan lagi Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk tahun 2010 ini nama Perpustakaan Awam Daerah Bera tidak lagi sesuai dengan isi kandungan blog ini. Banyak bahan-bahannya telah berkisar kepada skop yang lebih luas lagi. Kalau dahulu, blog ini menjadi sumber rujukan untuk Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Mungkin selepas ini boleh menjadi sumber rujukan untuk wartawan-wartawan Sinar Harian Pahang yang berada di daerah lain.

Sehingga kini sebanyak 342 bahan telah disiarkan dalam Blog Satu Hati PPA Pahang. Sehingga kini juga Blog Satu Hati PPA Pahang telah menerima 27 kali hits. Sementara google telah indekskan sebanyak 293 halaman daripada kandungan dalam blog ini.

Memang pada mulanya dirasakan perlu dibina satu blog lain yang tidak menggunakan nama daerah. Supaya dapat gambaran bahawa isi kandungan blog ini adalah meluas. Meliputi hal-ehwal perpustakaan yang berlaku di seluruh Pahang atau dinegeri-negeri lain. Tetapi disinilah "http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/" semuanya bermula. Saya sendiri tidak sangka ianya akan berkembang sehingga ke peringkat ini. Blog ini dibina ketika menghadiri kursus komputer USP di Flaminggo Hotel di Ampang.

Sebenarnya masih banyak gambar-gambar 2009 yang tidak sempat disimpan dalam blog ini. Antaranya adalah gambar di Gambang City Resort dan Kursus di Batu Rakit. Jika berkesempatan saya akan 'uploadkan' gambar-gambar ini.

Selain gambar-gambar terbaru, saya juga ingin berkongsi gambar-gambar lama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Rasanya ramai sangat antara kita yang tidak mengenali pengarah yang pertama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu En. Yunus. Bagi kakitangan yang baru tentu tidak akan menegur bekas pengarah yang tidak pernah mereka kenali. Jika ada kesempatan saya ingin menunjukkan koleksi gambar-gambar lama En. Yunus. Semoga En. Yunus akan merasa dihargai apabila ada kakitangan baru dan muda yang menegur beliau. Kerana kita semua mahu dihargai.

20100108

Perpustakaan Desa Sg Pelong

Blog Satu Hati PPA Pahang ucapkan terima kasih kepada blog Perpustakaan Desa Sg Pelong kerana sudi senaraikan blog kami dalam blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Harap pengunjung blog Satu Hati PPA Pahang sudi berkunjung ke blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Sama-sama kita bertukar info.

Untuk pergi ke blog Perpustakaan Desa Sungai Pelong sila klik link ini:
[http://pdsungaipelong.blogspot.com/]

20091225

Vistana Kuantan (04) tamat dah

Minum petang di akhir program.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

20091223

Vistana Kuantan (3) semasa rehat

08
Gaya orang senang-senang.
07
Dimana ni?
06
Ini pula kat mana?
05
Dimana pulak yang ni?
04
Gaya dua orang pemerhati.
03
Gaya pemimpin dunia yang sedang diperhati.
02
Perhati betul-betul, gaya siapa ni?
01
Tan Cheng Lock ... bukan. Tan Sri Muhyiddin ... bukan. Tan Sri Khalid ... bukan. Cuba-cuba jangan putus asa, dah dekat dah betul.

20091221

Vistana Kuantan (02) semasa berlangsung

Pada sebelah pagi berlangsung pembentangan tajuk 'Pengurusan Aset' oleh Jabatan Audit Pahang. Menurut penceramah, kita kena memeriksa keseluruhan koleksi buku yang kita ada. Baru kita dapat tahu ada buku hilang atau tidak. Jika ada buku hilang, kita perlu membuat laporan polis.

Buku yang tak dipulangkan dengan buku hilang, tak sama. Buku hilang dengan buku yang rosak, tak sama. Buku rosak dengan buku dengan buku lupus, tak sama. Buku lupus dengan buku yang dah pupus, tak sama.

Ini belum lagi kita belajar tentang senarai borang-borang yang berkaitan iaitu KEW.PA-1 hingga KEW.PA-32.
09
1 KEW.PA-1 BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH
2 KEW.PA-2 DAFTAR HARTA MODAL (Kew.312)
3 KEW.PA-3 DAFTAR INVENTORI (Kew.313)
4 KEW.PA-4 SENARAI DAFTAR HARTA MODAL
5 KEW.PA-5 SENARAI DAFTAR INVENTORI
08
6 KEW.PA-6 DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL (Kew.315)
7 KEW.PA-7 SENARAI ASET DI LOKASI
8 KEW.PA-8 LAPORAN TAHUNAN HARTA MODAL DAN INVENTORI
9 KEW.PA-9 BORANG ADUAN KEROSAKAN ASET ALIH
10 KEW.PA-10 LAPORAN PEMERIKSAAN HARTA MODAL
07
11 KEW.PA-11 LAPORAN PEMERIKSAAN INVENTORI
12 KEW.PA-12 SIJIL TAHUNAN PEMERIKSAAN HARTA MODAL DAN INVENTORI
13 KEW.PA-13 SENARAI ASET MEMERLUKAN PENYELENGGARAAN
14 KEW.PA-14 DAFTAR PENYELENGGARAAN HARTA MODAL
15 KEW.PA-15 SURAT PELANTIKAN LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN
06
16 KEW.PA-16 PERAKUAN PELUPUSAN @ PEP
17 KEW.PA-17 LAPORAN LEMBAGA PEMERIKSA
18 KEW.PA-18 SIJIL PENYAKSIAN PEMUSNAHAN ASET ALIH
19 KEW.PA-19 SIJIL PELUPUSAN ASET ALIH
20 KEW.PA-20 LAPORAN TAHUNAN PELUPUSAN ASET
05
21 KEW.PA-21 KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
22 KEW.PA-22 BORANG TENDER PELUPUSAN ASET ALIH
23 KEW.PA-23 JADUAL TENDER PELUPUSAN ASET ALIH
24 KEW.PA-24 KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH
25 KEW.PA-25 BORANG SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH
04
26 KEW.PA-26 JADUAL SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH
27 KEW.PA-27 KENYATAAN JUALAN LELONG ASET ALIH
28 KEW.PA-28 LAPORAN AWAL KEHILANGAN ASET ALIH
29 KEW.PA-29 SURAT PELANTIKAN JAWATANKUASA PENYIASAT BAGI KEHILANGAN ASET ALIH
30 KEW.PA-30 LAPORAN AKHIR KEHILANGAN ASET ALIH
03
31 KEW.PA-31 SIJIL HAPUS KIRA ASET ALIH
32 KEW.PA-32 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ TATATERTIB
02
Selesai bercerita tentang pengurusan Aset pada sebelah pagi. Pada sebelah petang diadakan Mesyuarat Khas Pengurusan bersama. Semua yang menghadiri taklimat pengurusan aset telah menghadiri mesyuarat ini.
01
Kalau ada sesiapa yang inginkan contoh borang KEW.PA tersebut boleh klik DISINI.