Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20091015

Jamuan Raya TM Pahang

Perpustakaan Awam Daerah Bera mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato' Wan Danial bin Wan Ibrahim Pengurus Besar, TM Negeri Pahang kerana memilih Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk dijadikan lokasi jamuan Hari Raya TM Pahang di Peringkat Daerah Bera.

Jamuan ini telah menjadi kempen kenali perpustakaan kepada pelanggan-pelanggan TM di Bera. Secara tidak langsung juga Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat promosikan Galeri Foto Sejarah Daerah Bera.

Keadah ini juga boleh dianggap sebagai salah satu cara Telekom Malaysia Pahang membantu membina budaya membaca di Daerah Bera. Adalah diharapkan ada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk membawa pelanggan mereka ke Perpustakaan Awam daerah Bera.

23 Dato' Wan Danial bin Wan Ibrahim
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan"
22
"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau"
21
"Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis."
20
"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."
19
"Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa."
18
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
17
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"
16
"Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal."
15
"Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh."
14
"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."
13
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
12
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan tidak bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
11
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
10
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
09
"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."
08
"Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama."
07
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"
06
"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah"
05
"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
04
"Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak."
03
"Apabila sempuran akal, kurang perkataan"
02
"Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna"
01
"Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu."

sumber mutiara kata:
blog.mixterr.com
[http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/]

Pelanggan Yang Berilmu
Pelanggan Yang Berpotensi

20091013

Kursus Di Janda Baik (20) siapa saya?

04 Mencari petak yang tidak berbunyi
03 Menjaga akhbar dan bola ping pong
02 Menghantar email
01 Mengira peribadi

Jamuan Raya KRT Bera (3) penyanyi lama

Kalau selalu sangan beri peluang pada orang-orang baru, bila orang-orang lama nak berpeluang nak asah bakat. Kanak-kanak turut memberikan sokongan kepada atok yang pandai menyanyi.
05
04
03
02
01

Jamuan Raya KRT Bera (2) penyanyi baru

Ini penyanyi yang diundang secara spontan oleh DJ. Dengan gaya 'Gadis Melayu' yang segan-segan dan malu-malu mereka naik ke pentas dan memberikan persembahan yang memukau gegendang telinga penonton.
05
04
03
02
01

Jamuan Raya KRT Bera (1) kanak-kanak

Selepas menghadiri program di PD Mengkarak pada Hari Ahad 11.10.2009, terus menghadiri program jamuan hari raya anjuran KRT/Perpaduan Daerah Bera di Dewan Padang Luas. Bila sampai ramai yang bertanya kenapa lewat. Kebanyakan orang dan siap makan, tetapi masih ada persembahan yang belum tamat. Sempat juga rakamkan serba sedikit kemeriahan jamuan hari raya di padang luas ini.
08
07
06
05
04
03
02
01
Salah seorang kanak-kanak tersebut adalah anak salah seorang kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Cuba teka yang mana satu?