Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090812

Temerloh -Bengkel Bercerita (06) Sampul surat

Seterusnya pada jam 11.30 pagi Cikgu Saki Sasamori telah menjadikan kami Ralit (Kusyuk/memberi tumpuan terlalu sangat) dengan gunting dan sampul surat. Sebelum ini ada yang dah tau tentang kraftangan sebegini, tetapi ini adalah pengalaman pertama belajar dengan seorang guru. Yang lebih menarik gurunya guru Jepun. Cikgu Saki Sasamori siap ajar bagaimana nak buat selipar jepun dengan sampul surat.
09
Membuat bangunan dengan sampul surat. Kata Cikgu Saki Sasamori, ini adalah kali pertama mereka mengajar menggunakan sampul surat besar. Selalunya menggunakan sampul surat kecil. Bertuah sungguh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
08
Masih dalam proses menyiapkan bangunan kertas masing-masing. Ada yang jadi empat segi dan boleh diletakkan tegak. Ada juga yang jadi lembek dan senget. Biasa la, ada yang boleh buat kraftangan dan ada yang keras tangan.
07
Dua gadis jelita sedang dalam proses mengerat sampul surat untuk dijadikan sotong kertas warna putih. Dua gadis jelita yang bercermin mata.
06
Puan Siti sedang menguji teropong kertas yang berjaya disiapkan. Ada yang sedang melekatkan getah pengikat pada teropong kertas. Ada juga yang telah siap membuat teropong kertas dan menunggu cerita selanjutnya oleh Cikgu Saki Sasamori dari Education kanak-kanak Organization.
05
Proses menyiapkan sotong kertas warna perang sedang dijalankan. Yang berambut-rambut tu adalah janggut sotong. Untuk menjadikan janggut tu melengkung, ianya perlu digosok/diurut dengan gunting.
04
Selain dijadikan sotong kertas, pelbagai idea kreatif boleh dijana untuk mempelbagaikan penggunaan sotong kertas. Cubalah kita fikir apa lagi yang boleh dibuat.
03
Pada hari bengkel tersebut aksi Cikgu Saki Sasamori turut dirakamkan oleh jurufoto/jurukamera khas.
02
Seronok mendengar penerangan Cikgu Saki Sasamori. Tak sabar nak mulakan aktivit kraftangan dengan sampul surat.
01
Terpaku melihat gelagat Cikgu Saki Sasamori bercerita dalam Bahasa Melayu dengan sikit-sikit pelat Jepunnya.
01.08.2009

20090811

PD Mengkarak 5.8.2009 - Siap dikemas

Kini Perpustakaan Desa Mengkarak telah bersedia untuk menerima kedatangan Pembantu Perpustakaan yang baru bagi menggantikan Puan Rafidah yang telah memulakan tugas baru di Poliklinik Purun. Terima kasih Puan Rafidah atas perkhidmatan yang diberikan selama ini. Semoga Puan Rafidah akan lebih berjaya di tempat baru bersama Kementerian Kesihatan.
07
06
05
04
03
02
01
Warna bahagian dalam ini adalah seperti warna bahagian dalah Perpustakaan Awam Daerah Bera. Malah warna bahagian luar juga seperti warna bahagian luar Perpustakaan Awam Daerah Bera.

20090810

Temerloh - Bengkel Bercerita (05) Pinggan

Pada sesi seterusnya Cikgu Saki Sasamori telah mengajak kami berkreatif dengan pinggan kertas.Pinggan kertas boleh digunakan sebagai daya penarik untuk kita bercerita kepada kanak-kanak.
05
Setiap peserta diberikan tiga keping pinggan kertas untuk dilukiskan tiga gambar.
04
Setiap satu gambar yang diwakili oleh sekeping pinggan kertas akan mempunyai satu cerita. Kalau tiga keping pinggan, bermakna ada tiga cerita. Cerita tersebut harus bersambung antara satu sama lain.
03
Seterusnya Cikgu Saki Sasamori menunjukkan cara mengunting ketiga-tiga keping pinggan kertas tersebut. Jika silap gunting pinggan kertas tersebut tak boleh berpusing.
02
Belajar untuk memusingkan pingan kertas tersebut tak la susah sangat. Tetapi bukan juga senang juga untuk mereka yang keras tangan. Maklumlah nak hasilkan keraftangan perlukan orang yang lembut tangan, kalau orang yang keras tangan tak berapa menjadi. Bakat semua orang tak sama.
01
Akhir sekali peserta perlu membuat persembahan menggunakan gambar dan punggan kertas masing-masing. Antara cerita yang menarik adalah:
"Adik-adik tau tak. Ada sebuah kampung yang dinamakan Batu Sawar. Kampung ini terletak jauh dari bandar tetapi berhampiran dengan Gunung Senyum."
"Adik-adik pandai tak senyum. Cuba semua orang senyum. Senyum. Senyum. Senyum. Semua pandai senyum. Ada yang nampak gigi ada yang tak nampak gigi."
"Pasal apa tak nampak gigi? Haaa. Pasal apa tak nampak gigi? Gigi dah rongok, banyak makan gula-gula. Gigi siapa yang rongok. Jangan tutup mulut. Jangan tutup mulut."
"Eh! tak ada pulak gigi yang rongok, tadi ada sekarang dan tak ada. tentu semua orang dah berus gigi tiap-tiap hari"
"Bagus"
"Nak dengar cerita tak?"
"Ada sebuah kampung yang dinamakan Batu Sawar. Kampung ini terletak jauh dari bandar tetapi berhampiran dengan Gunung Senyum."
"Di kampung tersebut ada sebuah ............? Cuba teka, ada sebuah apa? Yaaa betul. Ada sebuah bangunan. Jeng-jeng ini dia gambar bangunan tersebut"
Dalam banguna tersebut ada sebuah ...............? Cuba teka, siapa tau!" Kerusi, bukan. Rak, buka. Buku, bukan. Ayam ... ayam seekor bukan sebuah. Meja, .... yaaaaa ada sebuah meeeeeejaaaaaaaa"
"Jeng-jeng ini dia gambar mejanya." "Pakcik tak pandai lukis meja, kalau ada sesiapa yang pandai nanti boleh tolong pakcik lukis"
"Okkkkk"
"Tetapi dibawah meja itu ada pula sesuatu dan seekor .........? Cepat siapa dapat teka. Ha Ha Ha Ha. Ayam, bukan. Anak kucing, bukan. Cacing ... bukan tapi dekat-dekat. Ular hitam yang suka makan tikus! Yaaaaa betul. Jeng-jeng ini dia gambar ularnya."
"Kalau kena gigit oleh sang ular hitam ni, kita akan ........ akan ....... Yaaa betul. Kalau kena gigit kita akan pening dan keluar bintang. Ini dia gambarnya, keluar lah sekarang satu bintang warna kuning."
"Habis cerita"
"Pastikan bawah meja kita tak ada ularrrrrrrrr"
"TENGOK BAWAH MEJA MASING-MASING SEKARANG"

20090808

Temerloh - Bengkel Bercerita (04) Kad lagi

Permainan menggunakan kad dilanjutkan lagi oleh Cikgu Saki Sasamori. Masing-masing sudah hampir bertukar kepada kanak-kanak. Kanak-kank boleh mencari pasangan menggunakan gambar dan warna. Kad juga boleh dibuat menara dan macam-macam lagi, yang penting kreatif.
10
Dapat kad ais krim kuning. Terus teringat betapa sedapnya jika dapat menjilat aiskrim sekarang. Sampai senget-senget bibir bila terbayangkan nikmatnya aiskrim. Balik rumah nanti boleh buat sendiri, ini resipinya: [aiskrim goreng] [aiskrim vanilla] selamat mencuba.
Tetapi siapa pulak yang intai kat belakang sampai nampak sebelah mata.
09
Kad ini ada empat bahagian. Dua bahagian untuk diletakkan gambar (contohnya gambar ikan) dan dua bahagian lagi untuk dilekatkan tulisan. Bahagian tengahnya ada getah. Sebab tu kad ini boleh terbang jika dilepaskan.
08
Kumpulan kad biru. Dua pandang ke kanan. Dua lagi toleh ke kiri. Dimana sebenarnya Cikgu Saki Sasamori? Atau ambil kesempatan tengok abang Cikgu Saki Sasamori.
07
Tak tau nak dapat apa. Ada yang ketawa, ada yang tersenyum, ada yang masam dan ada yang selamba. Semua sifat-sifat itu memang ada pada budak-budak tadika.
06
Salah seorang peserta sedang menunjukkan kad kucingnya kepada Cikgu Saki Sasamori. Mungkin beliau amat bimbang nasib yang bakal menimpa dirinya dengan memeggang kad kucing. Mungkin kena tangkap atau kena cubit. Kalau kena cubit tempat-tempat yang dah biasa kena cubit , tak apa juga. Bimbang kena cubit tempat-tempat bahaya.
05
Saya dapat kad kucing? Siapa lagi ada kad kucing. Tak kisah kucing jantan atau betina. Mengaku aja, sila rapat sementara saya tengah tidur ni.
04
Dah dapat tangkap dah. Jangan tunggu dia datang. Kita tangkap dia. Nasib pemegang kad kucing setelah ditangkap. Lepas kena tangkap, kena cubit-cubitan pula. Ada yang cubit lengan, cubit bahu, cubit belakang dan cubit ...
03
Tuan puteri kena kurung dalam bulatan kad. Kalau tak dikurung dia akan mencubit orang atau kucing. Tetapi, siapakah tuan puteri ini. Tengok semua semua gambar, siapa yang pakai kain hitam?
02
Kad juga boleh dibuat menara. Setakat tiga tingkat mungkin boleh. Kalau nak tengok pertandingan bina menara dengan kayu klik DISINI.
01
Masih belum penat, cuma duduk sekejap. Betulkan tudung, betulkan butang dan betulkan leher. Ingatan kepada yang belum kawin, masa bersanding kena duduk tegak-tegak. Jangan nak betulkan macam-macam benda semasa atas pelamin. Semua kerja tu serah pada pengapit. Juga diingatkan jangan suka makan leher ayam dan gunakan syampo untuk wanita bertudung. Akhir sekali, mungkin elok kalau Encik Hazairi duduk di tengah-tengah. Baru seimbang, dua dikanan dan dua di kiri (dan lagi satu dirumah).

20090807

Kg Asli Temuan Sg Tuang


Semalam iaitu 6.8.2009 (Khamis) sepatutnya saya bersama Lizune menghadiri
Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Dakwah dan Pemantapan Akidah Masyarakat Orang Asli Daerah Bera 2009 [link ke Laman Kerayong]
Disebabkan Amrul tidak sihat dan diberikan MC oleh HA Klinik Triang jadi kami tak pergi. Tak boleh tinggalkan Nani seorang. Kesian dia.

Program ini sebenarnya telah berlangsung pada 4 dan 5 Ogos 2009. Pada 6 Ogos 2009 adalah penutupnya. Perpustakaan Awam Daerah Bera telah diminta membuat pengisian dalam tempoh program ini. Saya bersama Lizune telah menjalankan program Kenali Perpustakaan di Kampung Asli Temuan Sungai Tuang ini pada 4.8.2009. Kami tiba disana jam 4.00 petang setelah tersesat. Rupanya kami sampai lebih awal daripada kumpulan penggerak JAKIM dan Pejabat Agama Islam Daerah Bera (PAID Bera).

Cadangan PAID Bera meminta kami membuat pertandingan mewarna. Tetapi di kampung Sungai Tuang ini tak ada tadika. Penduduk disini bersekolah di Felda Bukit Puchong. Lebih kurang 3 km dari kampung Sungai Tuang. (Untuk sampai ke Kampung Sungai Tuang ini pun perlu melalui Felda Bukit Puchong.)

Berdasarkan maklumat pihak JHEOA Bera, terdapat 36 orang pelajar Orang Asli Temuan Sg. Tuang bersekolah di SK Felda Bukit Puchong. Lelaki 15 orang dan perempuan 21 orang. Pecahan lebih tepat adalah: Pra - 0 orang, Tahun 1 - 5 orang, Tahun 2 - 8 orang, Tahun 3 - 4 orang, Tahun 4 - 9 orang, Tahun 5 - 3 orang dan Tahun 6 - 7 orang. Pelajar Orang Asli yang paling ramai adalah di SK Bukit Rok (203 orang) seterusnya adalah SK Iskandar (213) dan SK Bukit Gemuruh (150 orang). Lain-lain sekolah yang mempunyai pelajar orang asli adalah SK LKTP Triang 2 (24 orang), SK Mayam (16 orang), SK LKTP Rentam (4 orang), SK LKTP Kumai (1 orang), SK LKTP Tembangau 6 (75 orang) dan SK Sebertak (1 orang).

Tugas kami di Sungai Tuang adalah untuk menyelitkan budaya membaca disamping beramah mesra dengan penduduk kampung Sungai Tuang ini. Kalau Penggerak Jakim dan PAID Bera melakukan ziarah untuk berdakwah supaya Penduduk Kampung ini tertarik untuk masuk Islam. Kami pula berkempen untuk menyedarkan penduduk kampung ini tentang peranan membaca dan perpustakaan awam.

Kami hanya berjaya mendekati kumpulan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita mereka. Kanak-kanak lelaki dan kaum bapa sukar sikit untuk didekati. Memang ada juga dikalangan kanak-kanak mereka yang tak tau membaca. Namu begitu, apabila diberikan hadiah buku mereka amat gembira. Kumpulan yang takut-takutkan kami sibuk bertanya dari jauh tentang hadiah yang diterima. Bila dipanggil dekat mereka masih juga malu-malu.

Kumpulan yang dah mesra dengan kami ini pun hampir-hampir terlepas. Ketika kami mula-mula sampai, mereka segera hendak menjauhkan diri dari kami. Setelah berjaya menyakinkan mereka bahawa kami adalah kawan, barulah mereka menjadi mesra. Seterusnya kami dibawa ke kawasan rumah mereka den bertemu dengan mak dan kakak mereka.

Kumpulan ini juga telah membawa kami ke sekitar kampung mereka. Kalau siapa yang takutkan anjing jangan cuba-cuba datang ke kawasan perkampungan Orang Asli. Malah, bila kami dan 'pemandu pelancong' sampai di satu-satu rumah, anjing-anjing semuanya menyalak dan berlari meluru kearah kami. Gementar juga mulanya. Kumpulan 'pemandu pelancong' kami buat tau tau aja kat anjing tu. Rupanya itulah cara anjing-anjing tersebut menunjukkan kegembiraan mereka bila ada tetamu datang berkunjung (agaknya).

Sebelum balik kami berusaha mendapatkan seorang yang telah bersekolah menengah. Katanya ada seorang yang bersekolah sampai tingkatan satu. Kami bercadang nak berikan buku Peribahasa PMR yang diberikan oleh Puan Rohaida. Bila diminta untuk berjumpa dengan pelajar tersebut kata 'pemandu pelancong', "Dia tak ada, pergi tangkap ikan." Kami bertanya lagi, "Dia sekolah tak?". Terus dijawab, "Sekolah. Tetapi, dah lama tak pergi sekolah". Maknanya dah berhenti sekolah la tu.

Pada masa akan datang, kami berharap akan dapat membantu kanak-kanak disini membina budaya membaca. Mungkin Bengkel Teknik Bercerita boleh digunakan disini.

Akhir sekali, apa yang boleh kami katakan adalah Kampung Sungai Tuang ini kelihatan sungguh bersih. Jika berpeluang mungkin kami nak buat kembara ilmu di tempat mereka bersama PD yang ada di Daerah Bera.

Sekian.