Bagi memperlihatkan kesungguhan, minat dan tanggungjawab sosial Telekom Pahang dalam menjadikan masyarakat berilmu, bermaklumat dan berbudaya membaca, Telekom Pahang telah mengadakan Kempen Kenali Perpustakaan dan Budaya Membaca. Kempen ini telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Pihak Telekom Pahang telah menjemput pelanggan-pelanggan mereka di sekitar Daerah Bera untuk melawat Perpustakaan Awam Daerah Bera. Ramai yang menerima jemputan tersebut menghargainya kerana berpeluang mengunjungi Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kebanyakannya tidak pernah terfikir untuk melapangkan masa bagi mengunjungi perpustakaan.
Semasa program tersebut, turut diadakan penerangan dan jualan barang-barang serta perkhidmatan yang disediakan oleh Telekom Malaysia.
Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera berterima kasih kepada Telekom Pahang kerana turut menyediakan jamuan makan tengahari untuk peserta yang datang. Turut sudi melapangkan masa untuk hadir pada program ini adalah Pengurus Besar, TM Negeri Pahang, Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim.

Kami di Perpustakaan Awam Daerah Bera amat terharu dengan minat dan usaha yang ditunjukkan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim dalam usaha menyemai budaya membaca di peringkat daerah. Bera.
Kesungguhan Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim untuk mempromosikan Perpustakaan Awam Daerah Bera, seharusnya menjadi dorongan kepada masyarakat dan pemimpin di daerah Bera untuk menggunakan perkhidmatan yang ada disediakan oleh kerajaan di Perpustakaan Awam Daerah Bera .
-------------------------------------------------------------------------------
Bagi menghargai jasa Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim berikut kami carikan links internet yang berkaitan dengan nama Y. Bhg. Dato' Hj. Wan Danial Bin Wan Ibrahim:
-------------------------------------------------------------------------------
(1)
tm.com.my - GURU MENANGI PAKEJ PERCUTIAN KE ENGLAND DARIPADA TM
(2)
bakit.com.my -Senarai Ahli Jawatankuasa
BAKTI (Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia) Pusat dan Perwakilan Negeri Bagi Sesi 2007-2009
(3)
thestar.com.my -Telekom Malaysia Berhad (TM) will hold its second road tour carnival in Jerantut on Saturday.
(5)
sccyberworld.blogspot.com - TM Signs Agreement With Universiti Malaysia Pahang To Upgrade Its Internet Leased Line Capacity.
(6)
archive.wn.com -This page was originally published on Thursday 24 April, 2008 at
World News Network 'Telekom Malaysia Berhad (TM) will hold its second road tour carnival in Jerantut on Saturday'.
(7)
oscc.org.my - SEMINAR CABARAN IMPLIMENTASI ICT KEPADA KETUA-KETUA JABATAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR