Buku: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad
No Perolehan: 2013-03470
ISBN 978-967-5415-16-6
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa
Ringkasan/ Ulasan
Kebanyakan
perniagaan kecil tidak mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang menyeluruh. Kemalangan sering berlaku ke atas
para pekerja di sektor-sektor perniagaan .Dengan mengambil kira isu-isu
keselamat dan kesihatan yang sering wujud,majikan perlu mengambil berat
tentang aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja.
Bertitik
tolak daripada isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan ,buku ini
mengetengahkan beberapa aspekyang dapat membantu perniagaan kecil untuk
mewujudkan suasana kerja yang selamat dan sihat. Ia akan membawa para
pembaca dan sesiapa yang terlibat dalam sektor perniagaan kecil untuk
mengenali Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Sistem
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja dan
kaedah Pengurusan Risiko di tempat kerja.
Buku ini juga sesuai
sebagai panduan kepada para pengusaha perniagaan kecil, para pelajar
institusi pengajian tinggi dan juga ia dapat memenuhi keperluan
pekerja dan majikan, terutama kepada mereka yang terlibat dalam
pengurusan keselamatan.
Judul: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil oleh Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad
Pengarang : Azudin Bahari, Hanum Hassan dan Tunku Salha Tunku Ahmad
Penerbit:. Universiti Malaysia Perlis,Kangar, Perlis.
Tahun terbitan: 2010 Harga: RM 40.00
Mukasurat: 146 ms Rating: