Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20141017

Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS - Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS -  Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

No Perolehan: 2013-03447   ISBN 978-967-5295-97-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan:

Biografi ini adalah tentang seorang tokoh Ulama dan akademik. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin adalah seorang tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan.

Dalam pembangunan pendidikan dan pengajian tinggi Islam negara nama beliau tidak asing lagi. Tan Sri telah memainkan peranan dan memberi  sumbangan yang amat signifikan dalam penubuhan dan pembangunan USIM daripada fasa conceptualization kepada fasa realisasi dan pemantapannya.

Dengan penubuhan USIM pengajian Islam dimartabatkan ke dalam arus pendidikan negara. Tokoh ini berasal dari Kampung Tebing Tinggi,Jerantut,Pahang.

Beliau telah Berjaya mencatat kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai sudut: sebagai ketua keluarga, pemimpin ,pentadbir   ulama, ahli akademik serta pemikir. Beliau telah Berjaya menongkah pelbagai arus.

Untuk mencapai kejayaan ini pada peringkat awal Tan Sri perlu menongkah arus : keadaan ekonomi keluarga yang sederhana; system pendidikan yang tidak sistematik terutama dalam pendidikanIslam ; pemikiran dam persepsi masyarakat terhadap pendidikan agama.

Beliau merupakan lulusan Madrasah Aljunied, Singapura dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum menerajui USIM beliau telah bertugas di Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai professor dan Dekan.

Pencapaian Tan Sri terlalu banyak. Diantaranya ijazah PhD dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Al-Azhar(pelajar Melayu yang pertama) ; penyampaian Syarahan Perdana( pengukuhan jawatan Profesor di UKM) ; sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa,Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia; anugerah jawatan Profesor Emeritus daripada USIM ( Majlis Kovokesyen ke-8 2010 ); Naib Canselor pertama bagi sebuah Universiti awam di Malaysia ; Ijazah Kehormat Doktor Falsafah( Pengajian Islam) dari UKM (Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke -38 ,7-10 ogos 2010) ; dan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat kebangsaan.

Judul: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS -  Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin.

Pengarang: Mohammad Haji Alias et al.
Penerbit: USIM Bandar baru Bangi,nilai Negeri Sembilan.
Tahun terbitan: 2012              Harga: RM 50.00
Mukasurat: 196ms    Rating: 

20141010

Buku : Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri oleh Fadzli Abu Bakar dan W.B.Rendra

Buku :  Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri oleh Fadzli Abu Bakar dan W.B.Rendra

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri’ karya Sdra Fadzli Abu Bakar dan W.B. Rendra terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. sesuai dibaca masyarakat umum yang inginkan motivasi dalam kehidupan.

Buku ini mengetengahkan pelbagai kisah kehidupan manusia untuk santapan rohani dan halwa jiwa untuk meningkatkan motivasi dan inspirasi dalam diri.

Warkah Alam mengajak kita memahami pelbagai perkara dalam kehidupan seperti erti kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang, kebahagiaan dan sifat-sifat lain yang diredai Allah SWT.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20141003

Buku : Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Buku :  Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Biografi Syed Mokhtar Albukhary’ ditulis oleh Premilla Mohanlall terbitan PVM Comunications Sdn. Bhd. sangat baik dibaca oleh individu yang inginkan kecemerlangan dalam kehidupan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Buku ini menceritakan seorang insan yang bernama Syed Mokhtar Albukhary merupakan anak Malaysia yang unggul dan berjaya. Beliau seorang hartawan dan dermawan yang amat pragmatik dan merendah diri, dan sentiasa meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi dalam kehidupannya.

Beliau berjaya membina empayar dalam perniagaan dan kekayaannya disalurkan dalam kepentingan pendidikan. Beliau juga Berjaya menyediakan peluang pekerjaan terjamin kepada lebih 110,000 orang dan 250,000 orang secara tidak langsung.

Biografi Syed Mokhtar Albukhary sebagai wadah dan inspirasi kepada anak anak muda yang bersemangat tinggi dan ahli korporat yang berhati mulia.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20140926

Buku : Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Buku :  Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik’ ditulis oleh Saidah Shahid terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. sangat sesuai dibaca oleh individu, kakitangan awam dan swasta yang sering terlibat tugas mengacara sesuatu majlis atau program.

Buku ini menggariskan tips untuk menjadi pengacara yang baik.

Setiap bab menghuraikan pengacaraan, pantang larang, penyediaan teks, kegugupan, analisis, penyampaian dan contoh teks ucapan. Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan pedoman untuk persediaan menjalankan tugas sebagai pengacara majlis. Pengacara yang baik akan menentukan keseluruhan majlis atau program itu menarik dan berkesan atau sebaliknya.

Selamat membaca semoga menjadi pengacara yang baik, disenangi dan dihormati.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20140919

Buku : Misteri Alam Rahim oleh Rizem Aizid -Diva Press

Judul Buku : Misteri Alam Rahim
No Perolehan: D 12/00025
No Panggilan: D 297.577
ISBN: 978 967 0267 548
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Perjanjian pertama yang kita lakukan adalah ketika roh pertama kali ditiupkan ke dalam jasad kita di dalam rahim.Perjanjian tersebut berkait rapat dengan pengakuan manusia bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang mencipta kita.

Didalam buku ini ,diceritakan secara terperinci tentang kehidupan alam rahim,bermula dari proses kejadian manusia ,perjanjian awal diantara Tuhan dan manusia,syahadah,fitrah manusia,mitos dan fakta mengenai kehidupan didalam alam rahim sehingga keajaiban yang berlaku didalam alam rahim.

Fahamilah isi kandungan buku ini sedalam-dalamnya,anda pasti akan dapat menebalkan lagi kusa spiritual anda,malah akan membuat fikiran dan rohani anda lebih terbuka dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Insyaallah...

Tajuk Buku: Misteri Alam Rahim
Penulis: Rizem Aizid
Penerbit: Diva Press
Tahun Terbitan: 2012
Halaman: 204
Harga: RM 15.00


Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali