Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20141010

Buku : Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri oleh Fadzli Abu Bakar dan W.B.Rendra

Buku :  Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri oleh Fadzli Abu Bakar dan W.B.Rendra

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Warkah Alam: cerita-cerita motivasi diri’ karya Sdra Fadzli Abu Bakar dan W.B. Rendra terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. sesuai dibaca masyarakat umum yang inginkan motivasi dalam kehidupan.

Buku ini mengetengahkan pelbagai kisah kehidupan manusia untuk santapan rohani dan halwa jiwa untuk meningkatkan motivasi dan inspirasi dalam diri.

Warkah Alam mengajak kita memahami pelbagai perkara dalam kehidupan seperti erti kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang, kebahagiaan dan sifat-sifat lain yang diredai Allah SWT.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20141003

Buku : Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Buku :  Biografi Syed Mokhtar Albukhary oleh Premilla Mohanlall

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Biografi Syed Mokhtar Albukhary’ ditulis oleh Premilla Mohanlall terbitan PVM Comunications Sdn. Bhd. sangat baik dibaca oleh individu yang inginkan kecemerlangan dalam kehidupan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Buku ini menceritakan seorang insan yang bernama Syed Mokhtar Albukhary merupakan anak Malaysia yang unggul dan berjaya. Beliau seorang hartawan dan dermawan yang amat pragmatik dan merendah diri, dan sentiasa meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi dalam kehidupannya.

Beliau berjaya membina empayar dalam perniagaan dan kekayaannya disalurkan dalam kepentingan pendidikan. Beliau juga Berjaya menyediakan peluang pekerjaan terjamin kepada lebih 110,000 orang dan 250,000 orang secara tidak langsung.

Biografi Syed Mokhtar Albukhary sebagai wadah dan inspirasi kepada anak anak muda yang bersemangat tinggi dan ahli korporat yang berhati mulia.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20140926

Buku : Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Buku :  Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik. oleh Saidah Shahid

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Pengucapan Awam: Tips untuk menjadi pengacara yang baik’ ditulis oleh Saidah Shahid terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. sangat sesuai dibaca oleh individu, kakitangan awam dan swasta yang sering terlibat tugas mengacara sesuatu majlis atau program.

Buku ini menggariskan tips untuk menjadi pengacara yang baik.

Setiap bab menghuraikan pengacaraan, pantang larang, penyediaan teks, kegugupan, analisis, penyampaian dan contoh teks ucapan. Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan pedoman untuk persediaan menjalankan tugas sebagai pengacara majlis. Pengacara yang baik akan menentukan keseluruhan majlis atau program itu menarik dan berkesan atau sebaliknya.

Selamat membaca semoga menjadi pengacara yang baik, disenangi dan dihormati.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

20140919

Buku : Misteri Alam Rahim oleh Rizem Aizid -Diva Press

Judul Buku : Misteri Alam Rahim
No Perolehan: D 12/00025
No Panggilan: D 297.577
ISBN: 978 967 0267 548
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Perjanjian pertama yang kita lakukan adalah ketika roh pertama kali ditiupkan ke dalam jasad kita di dalam rahim.Perjanjian tersebut berkait rapat dengan pengakuan manusia bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang mencipta kita.

Didalam buku ini ,diceritakan secara terperinci tentang kehidupan alam rahim,bermula dari proses kejadian manusia ,perjanjian awal diantara Tuhan dan manusia,syahadah,fitrah manusia,mitos dan fakta mengenai kehidupan didalam alam rahim sehingga keajaiban yang berlaku didalam alam rahim.

Fahamilah isi kandungan buku ini sedalam-dalamnya,anda pasti akan dapat menebalkan lagi kusa spiritual anda,malah akan membuat fikiran dan rohani anda lebih terbuka dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Insyaallah...

Tajuk Buku: Misteri Alam Rahim
Penulis: Rizem Aizid
Penerbit: Diva Press
Tahun Terbitan: 2012
Halaman: 204
Harga: RM 15.00


Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

20140912

Buku : Aku Terima Nikahnya {Edisi Istimewa} oleh Hasrizal Abdul Jamil



Ulasan Ringkas:
Buku ini banyak member panduan kepada remaja yang akan menempuh alam perkahwinan.Banyak isu-isu yangdiketengahkan dari hasil pengalaman penulis sendiri.

Bacalah buku Aku Terima Nikanhnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya kepad ibubapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan.

Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskah cinta gerbang perkahwinan,malah ia membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi keluarga.

Tajuk Buku: Aku Terima Nikahnya
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit    : Galeri Ilmu  Sdn.Bhd
Tahun Terbitan: 2012
Halaman    : 562
Harga: RM 55.00

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali