Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20140516

06 Bird Count 2014 -Burung Cekup, Cenderawasih, Cenok, Cinenen, Cok, daun, dendang, enggang gagak, dan hantu

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Ada banyak lagi jenis-jenis burung cekup contohnya adalah 1.Burung Cekup Layang
2.Burung Cekup Mahkota Coklat 3.Burung Cekup Padi 4.Burung Cekup Paya Besar 5.Burung Cekup Paya Kecil 6.Burung Cekup Perepat 7.Burung Cekup Perut Kuning 8.Burung Cekup Ranting
9.Burung Cekup Rasam 10.Burung Cekup Rumput
2.Burung yang amat susah nak jumpa adalah Burung Cenderawasih. Burung Cendrawasih dikenali juga sebagai Burung Surga atau Bird of Paradise. Cendrawasih ini bisa dijumpai di Indonesia bagian timur, pulau-pulau selat Torres, Papua Nugini, dan juga Australia timur.
3.Maung juga ramai yang tidak pernah mendengar nama burung cenok. Burung ini ada banyak jenis iaitu: 1.Burung Cenok 2Burung Cenok Api 3.Burung Cenok Birah 4.Burung Cenok Kecil 5.Burung Cenok Kera
6.Burung Cenok Kerak 7.Burung Cenok Perut Hitam
4.Tidak seperti nama burung cenok, nama burung ciak adalah nama burung yang biasa kita dengan. Sebenar nya ada banyak jenis burung ciak iaitu: 1.Burung Ciak 2.2urung Ciak Arnab 3.Burung Ciak Jawa 4.Burung Ciak Leher Merah 5.Burung Ciak Padang 6.Burung Ciak Tempua 7.Burung Ciak Urasia
5.Ada dua nama burung yang pelik iaitu Cinenen  dan Cok, bolehlah kita cuba mencari burung Burung Cinenen Belukar, Burung Cinenen Kelabu, Burung Cinenen Merah dan Burung Cok Padang.
6.Antara burung yang dikawal dan tidak boleh dipelihara adalah burung daun. Burung daun dilindungi sepenuhnya. Kata Encik Ismail Mamat (Ketua kumpulan mutiara) boleh kena denda sampai RM50,000. Jenis-jenis burung daun adalah seperti berikut: Burung Daun Bakau, Burung Daun Besar, Burung Daun Kecil, Burung Daun Paruh Oren, Burung Daun Sayap Biru
7.Burung juga pandai berdendang. terdapat banyak nama burung dendang kadang ianya adalah burung yang sama tetapi nama berlainan. Jensi-jenis burung dendang: Burung Dendang Air, Burung Dendang Selayang, Burung Dendang Gajah, Burung Dendang Nilai, Burung Dendang Kaki Merah, Burung Dendang Kecil, Burung Dendang Laut dan Burung Dendang Muka Hitam
8.Burung enggang adalah antara burung yang bersaiz besar. Terdapat banyak jenis burung enggang, berikut adalah senarai burung-burung enggang:
 1.Burung Enggang Badak
2.Burung Enggang Belantara
3.Burung Enggang Belukar
4.Burung Enggang Belulang
5.Burung Enggang Berkedut
6.Burung Enggang Bukit
7.Burung Enggang Buluh
8.Burung Enggang Gatal Birah
9.Burung Enggang Gunung
10.Burung Enggang Jambul Hitam
11.Burung Enggang Jambul Putih
12.Burung Enggang Jawa
13.Burung Enggang Kedut
14.Burung Enggang Kelingking
15.Burung Enggang Mengilai
16.Burung Enggang Merantau
17.Burung Enggang Papan
18.Burung Enggang Paruh Merah
19.Burung Enggang Tangling
20.Burung Enggang Tebang Mentua
9.Burung Gagak dikaitkan dengan sesuatu hal yang buruk. Di Eropa, Gagak dianggap sebagai burung peliharaan Tukang Sihir. Di kawasan kita ada yang anggap kehadiran Gagak Hitam dikatakan sebagai penjemput ajal. Bila Burung Gagak berputar putar di atas rumah, konon akan ada penghuni rumah yang segera meninggal. Bila ada orang sedang sakit lalu terdengar bunyi burung Gagak Hitam itu dikononkan orang yang sakit akan meninggal dunia. Dongeng ini dikatakan berpunca dari keupayaan burung gagak yang dikatakan dapat menghidu bau bangkai dari jarak yang jauh. Itu semua adalh kepercayaan berkaitan gagak hitam, ada banyak jenis gagak antaranya adalah:
1. Burung Gagak Gunung
2. Burung Gagak Kambing
3. Burung Gagak Paruh Besar
4. Burung Gagak Rumah
10.Ada juga burung yang telah dijadikan hamba iaitu hamba kepada kera. nama burung ini adalah Burung Hamba Kera atau Drongo Cuckoo. Ada juga yang memanggil burung hamba kera ini dengan nama burung Sewah Sawai, Sewah Cecawi, atau Sawai.
11.Burung juga ada yang berhantu. Terdapat 216 spesies burung hantu di seluruh dunia tetapi hanya terdapat 17 jenis sahaja di Malaysia. burung hantu makan katak, serangga, ulat dan haiwan kecil seperti tikus, ikan, cicak dan tupai. Burung hantu meniru bunyi ular tidak boleh mendengar bunyi sendiri.
1.Burung Hantu Bersiul
2.Burung Hantu Bertanduk
3.Burung Hantu Betemak
4.Burung Hantu Bubu
5.Burung Hantu Carik Kafan
6.Burung Hantu Coklat (phodilus Badius)
7.Burung Hantu Gunung
8.Burung Hantu Ikan
9.Burung Hantu Kalung
10.Burung Hantu Kecil
11.Burung Hantu Kuning
12.Burung Hantu Mantanani
13.Burung hantu jalur
14.Burung ketampi rimba,
15.Burung ketampi kelabu,
16.Burung berbintik dan
17.Burung pungguk kerdil.

Masih terdapat banyak lagi burung-burung hantu dalam Bahasa Melayu, mungkin ada yang mempunyai dua nama tetapi burung yang sama. Antaranya adalah Burung Hantu Kembara, Burung Hantu Kuning, Burung Hantu Kening Putih, Burung Hantu Kerdil, Burung Hantu Ketumbuk Ketampi (ketupa Ketupu), Burung Hantu Kuang Kuik, Burung Hantu Kubur, Burung Hantu Kuning, Burung Hantu Mantanani, Burung Hantu Merah, Burung Hantu Punggor, Burung Hantu Punggur, Burung Hantu Reban, Burung Hantu Rumput, Burung Hantu Telinga Panjang, Burung Hantu Telinga Pendek burung Burung Hantu Tuli.

20140509

05 Bird Count 2014 - helang, berkek, hujan dan takau

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Ada juga burung yang bernama berkek antara mereka ini adalah Burung Berkek, Burung Berkek Besar, Burung Berkek Bintik, Burung Berkek Ekor Kipas ,Burung Berkek Malam dan Burung Berkek Tirok
2.Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia.

Jenis-jenis burung helang adalah:
Burung Helang,  Burung Helang Alap Jambul (accipiter Trivigartus),  Burung Helang Baza, Burung Helang Berjambul,  Burung Helang Hitam, Burung Helang Kangok, Burung Helang Kembara Hitam,   Burung Helang Kepala Kelabu,  Burung Helang Kinabalu, Burung Helang Lebah, Burung Helang Malam,  Burung Helang Merah,  Burung Helang Pipit, Burung Helang Putih, Burung Helang Selat dan  Burung Helang Tiram
3.Burung Hupo Tunggal adalah burung pengembara yang kebiasaannya terdapat di Sumatera dan Kalimantan utara. Aktif di kawasan terbuka dan lembab, mencari makan dengan menusuk-nusukan paruh yang panjang ke permukaan tanah. Jambulnya akan menegak bila merasa ada bahaya dan bila akan hinggap. Mungkinkah ada harapan untuk burung hup tunggal ini mengembara sampai ke Taman negara Pahang.
4.Burung Hujan-hujan juga dikenali sebagai burung Takau Ekor Panjang atau Psarisomus dalhousiae. Burung Hujan-hujan adalah burung hutan yang makan serangga. Burung Hujan-hujan hidup berkumpulan dan terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan. Di Malaysia Burung Hujan-hujan merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.

20140502

04 Bird Count 2014 - ayam, bangau, barau, belatuk, belibis dan berek-berek.

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Nama-burung yang bermula dengan A adalah Angsa Kanada, Angsa Hitam, Angsa Mesir, Ayam-ayam
Ayam, Ayam Belanda, Ayam Hutan, Ayam Mata Merah, Ayam Pegar
2. Nama burung bangau yang ada di Malaysia adalah Burung Bangau,  Burung Bangau Alba, Burung Bangau Bakau,  Burung Bangau,  Batu,     Burung Bangau Besar,     Burung Bangau Cina,     Burung Bangau Kecil,     Burung Bangau Kendi,     Burung Bangau Kerbau,     Burung Bangau Keria,     Burung Bangau Leher Hitam, dan Burung Bangau Paya.
3.Burung barau ada dua iaitu Burung Barau Bukit dan Burung Barau-barau.
4.Burung bayan yang ada adalah
5.Burung belatuk adalah  Burung Belatok Belang,     Burung Belatok Biji Nangka,     Burung Belatok Gajah,     Burung Belatok Kecil,     Burung Belatuk Awan,     Burung Belatuk Bakau,     Burung Belatuk Baldu,     Burung Belatuk Belacan,     Burung Belatuk Belacan Kecil,     Burung Belatuk Belang,     Burung Belatuk Besar Tengkuk Kuning,     Burung Belatuk Biji Nangka,     Burung Belatuk Bulan,     Burung Belatuk Buluh,     Burung Belatuk Daun,     Burung Belatuk Daun Rintik,     Burung Belatuk Gunung,     Burung Belatuk Hijau,     Burung Belatuk Jati,     Burung Belatuk Kasturi,     Burung Belatuk Kecil,     Burung Belatuk Kecil Melayu,     Burung Belatuk Kecil Tengkuk Kuning,     Burung Belatuk Kelabu,     Burung Belatuk Kerdil Api,     Burung Belatuk Kerdil Bintik,     Burung Belatuk Kerdil Kening Putih,    Burung Belatuk Kuda,     Burung Belatuk Maharaja,     Burung Belatuk Mas,     Burung Belatuk Merah,     Burung Belatuk Perut Putih,     Burung Belatuk Pinang Muda,     Burung Belatuk Pinang Rimba,     Burung Belatuk Pinang Tua,     Burung Belatuk Punggur,     Burung Belatuk Ranting,     Burung Belatuk Ranum,     Burung Belatuk Rimba,     Burung Belatuk Sisik,     Burung Belatuk Sunda,     Burung Belatuk Tengkuk Kuning Besar,     Burung Belatuk Tengkuk Kuning Kecil,     Burung Belatuk Tonggek, dan Burung Belatuk Tuki-tuki

6.Ada juga burung yang namanya  Burung Belibis Kecil, Burung Belibis Kembang dan Burung Bentet Kelabu

7.Burung berek-berek juga ada banyak jenis:Burung Berek-berek Carik Dada,     Burung Berek-berek Dada Coklat,     Burung Berek-berek Janggut Merah,     Burung Berek-berek Pirus, Burung Berek-berek Rengkung Biru,     Burung Berek-berek Sawah dan Burung Berek-berek Senja.

20140425

03 Bird Count 2014 - botak, but-but, cecawi, cegar, cekup dan cekup daun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Burung pun ada juga yang botak, Ada lebih kurang 12 jenis burung botak. Berikut adalah senarai nama burung botak antaranya adalah:
1. Burung Botak Burung Botak Babi
2. Burung Botak Babi Besar
3. Burung Botak Besar
4. Burung Botak Hutan
5. Burung Botak Kecil
6. Burung Botak Leher Hitam
7. Burung Botak Padang
8. Burung Botak Padi
9. Burung Botak Siput
10. Burung Botak Storm
11. Burung Botak Upeh
12. Burung Botak Upih
2. Jenis-jenis burung but-but adalah: 1. Burung But-but Cari Anak 2. Burung But-but Carik Anak 3. Burung But-but Hutan 4. Burung But-but Jari Pendek 5. Burung But-but Kecil
3. Antara nama-nama pelik burung adalah burung carik, burung coklat dan burung caladi kalau ada yang bernasib baik mungkin berkesempatan untuk berjumpa dengan Burung Carik Kafan, Burung Cakar Coklat dan Burung Caladi Batu.
4.Ada juga burung yang dinamakan cecawi, ada 6 jenis burung cecawi antaranya adalah:1. Burung Cecawi
2. Burung Cecawi Anting-anting 3. Burung Cecawi Hamba Kera 4. Burung Cecawi Hitam 5. Burung Cecawi Paruh Tebal 6. Burung Cecawi Rantau
5.Ada tempat yang dinamakan Felda Chegar Perah di kuala Lipis Pahang. Ada pula burung dinamakan Burung Cegar Besar.
6. Terdapat juga burung yang dinamakan burung cekup iaitu Burung Cekup Alis Hitam dan Burung Cekup Belakang Perang.
7.Selain Burung Cekup Alis Hitam dan Burung Cekup Belakang Perang ada juga burung cekup daun, antaranya adalah 1. Burung Cekup Dada Kuning  2. Burung Cekup Daun Artik  3. Burung Cekup Daun Bakau  4. Burung Cekup Daun Paruh Pendek 5. Burung Cekup Daun Tongkeng Kuning

20140418

02 Bird Count 2014 - Kumpulan Mutiara Resot

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Kumpulan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dimasukkan dalam kumpulan yang akan membuat Bird Count di sekitar Mutiara Resort. Peserta dalam kumpulan ini terdiri dari UiTM dan IKIP. Nama mereka adalah seperti berikut:

IKIP
Nur Shahirah Aminena
Nur Atikah Bt Mohd Nazri
Nur Adrina bt Mohd Yassin
Sakila a/p Atan
Ahmad Qayyum b Azmi

UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don
Syaza Ulfah Ghazali
Lailatul Maghfiroh bt Ansah
Mohd Nazrin b Abd Malek
Mohammad Khidir Asri b Musta'alim
Huzuin Jan bt Abdul Hamid
Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri
Amirudin b Razhali
Rabiatul Nabilah bt Rohaizan

Kumpulan Mutiara Resot ini diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengenali burung.

Perkara yang paling penting sebelum memulakan Bird Count adalah tentang TEROPONG.

Terdapat tiga reka bentuk asas teropong moden:

Porro Prism
Mempunyai bentuk tardisional, lebih besar serta berat tetapi mempunyai 'depth perception' yang lebih baik berbanding Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang terbaik.

Roof Prism
Mempunyai bentuk lebih moden kerana mempunyai 'straight barrels'. Lebih ringan dari Porro Prism tetapi lebih mahal berbanding Porro Prism. Manakala  'depth perception' tidak sebaik Porro Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan kualiti yang baik tetapi lebih ringan.

Reverse Porro Prism
Teropong ini adalan berbentuk 'Inverted design'. Ianya kecil dan ringan. Manakala 'Depth perception' tidak sebaik Porro Prism dan Roof Prism . Harga teropong Reverse Porro Prism lebih rendah berbanding Porro Prism dan Roof Prism. Sesuai untuk mereka yang mahukan teropong yang murah dan senang dibawa.

Mono
Teropong mono mempunyai satu kanta sahaja. Ianya tidak kelihatan seperti sebuah teropong. Terdiri dari pelbagai 'depth perception' bergantung kepada harga yang sanggup. Saiznya terdiri dari segengam tangan hingga kepada sebesar peha.
1. Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland
Teropong perlu diselaraskan dengan mata kita. Mereka yang menggunakan cermin mata perlukan penyelarasan yang berbeza berbanding mereka yang tidak menggunakan cermin mata.
2. Jika teropong tidak dilaraskan dengan bentu dan tepat untuk mata masing-masing, mata kita akan cepat letih dan kita akan pening kepala. Kesudahannya aktiviti Bird Count akan menjadi aktiviti yang tidak seronok.
3. Bukan perkara yang mudah untuk kita melihat menerusi teropong dan terus jumpa burung yang kita nak lihat.
4. Baru sahaja memulakan aktiviti Bird Count, sudah ada yang rasa sakit tengkok.
5. Wakti pagi adalah waktu yang baik untuk melihat burung.
6. Tidak semestinya kita memandang ke atas untuk melihat burung. Ada juga burung yang akan turun ke tanah.
7. Paling penting adalah untuk tidak mudah putus asa untuk melihat burung.
8. Ada ketikanya kawan-kawan boleh nampak burung tersebut tetapi kita tidak nampak walaupun berulang kali (berbuih mulut) kawan menunjukkan arahnya.
9. Aktiviti Bird Count adalah aktiviti yang sesuai untuk semua golongan umur.