Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20140403

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia oleh Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.

MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

20140401

Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014 (UTC Pahang Photo Contest 2014)

UTC Pahang bakal menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan April 2014. Pengurusan UTC Pahang akan mengadakan Pertandingan Fotografi UTC Pahang pada 1-7hb April 2014. Pertandingan terbuka kepada semua ahli dan peminat fotografi.


Peserta perlu mengambil gambar dengan cara yang menarik dan dapat nenonjolkan keberkesanan perkhidmatan UTC Pahang kepada masyarakat dengan tema "PENGUNJUNG UTC PAHANG". "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang. Peserta boleh juga menggunakan model yang ditanggung sendiri oleh peserta. Dan... yang penting Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd sahaja. Cetak ditempat lain tidak diterima.
.
Penyampaian hadiah diadakan pada 9 April 2014.
.
Hadiah pertama:
Wang tunai RM700.00 serta sijil dan 
kupon bagi penggunaan percuma bagi kemudahan berbayar di UTC Pahang.
.
Hadiah kedua:
RM350.00 serta sijil
.
Hadiah ketiga
RM200.00 serta sijil
Lima hadiah saguhati:
.
RM50 serta sijil
.
Untuk maklumat lanjut
Puan Sharifah bt Muhammad Ali
09-5124999
013-9815429
email: sharifah@mpk.gov.my
Faks: 09-5124089
.
TARIKH TUTUP
7 APRIL 2014
Download BORANG Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014
1. Tema Pertandingan Fotografi UTC Pahang adalah "Pengunjung UTC Pahang"
2. "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang.
3. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali kakitangan
Majlis Perbandaran Kuantan dan WTY Foto Sdn. Bhd.
4. Kamera digital sahaja dibenarkan.
5. Penyertaan perlu disertakan dengan gambar warna saiz (minima) 8"x12" dan disertakan dengan CD.
6. Penggunaan teknik pengambaran dan cetakan boleh dipertimbangkan.
7. Saiz minima gambar 3MB.
8. Dibelakang gambar perlu ada
- Nama penuh
- Alamat / No. Telefon
- No. KP
- Tajuk gambar
- Lokasi gambar
9. Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd.

20131202

popular Posts 2.12.2013

20121220

Popular Posts 20.12.2012

  1. Sempena sambutan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak ...
  2. Inilah gambar bangunan Perpustakaan Awam Daerah Cameroh Highlang. Bahagian hadapan adalah bangunan lama 'Rumah Rehat Cameron Highlands' dan ...
  3. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang mengiklankan jawatan kosong bagi jawatan: 1. Penolong Pegawai Perpustakaan (S27) 2. Pembantu Pe...
  4. Jika untuk pelajar sekolah rendah dan tadika diadakan Mewarna 1 Malaysia. Untuk pelajar sekolah menengah diadakan Kuiz 1 Malaysia. Soalannya...
  5. Untuk makluman PD Seri Hamzah, gambar Satu Malaysia pelajar SK Kemayan telah diletakkan dalam Blog Sinar Pintar. Harap dapat bantu pelajar y...
  6. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Fatimah Binti Muhid , Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang kerana...
  7. Berikut adalah ringkasan perjalanan KURSUS KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN DIRI anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Kursus ini telah diadakan...
  8. Karangan ini dihasilkan berdasarkan rujukan di beberapa tempat di internet. Diharap serba sedikit dapat memudahkan tugas mencari bahan oleh ...
  9. [ home ] Tarikh: 6 April 2009 (Jumaat) Tempat: SMK Seri Bera S ekali lagi pihak Guru Perpustakaan telah menjemput Perpustakaan Awam Daerah B...
  10. Pada hari ini 7.11.09 (Sabtu) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah diminta mengadakan pameran di Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Ber...

Pageviews by Countries 20.12.2012

Malaysia 115
Russia 6
Brunei 3
United States 2
France 1
Indonesia 1
Italy 1