Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20120829

Iklan Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (S27/S17/N1)

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang mengiklankan jawatan kosong bagi jawatan:
1. Penolong Pegawai Perpustakaan (S27)
2. Pembantu Perpustakaan (S17)
3. Penbantu Am Rendah (N1)

Jawatan ini telah diiklan di akhbar Utusan Malaysia keluaran 27hb Ogos 2012. Terdapat 21 kekosongan bagi semua jawatan tersebut. Satu kekosongan bagi Penolong Pegawai Perpustakaan (S27), satu kekosongan bagi Penbantu Am Rendah (N1) dan sembilan belas kekosongan bagi Pembantu Perpustakaan (S17).

Borang permohonan boleh didapati Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Jalan Gambut Kuantan Pahang. Borang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 bagi sekeping borang.

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 4hb. September 2012.

Perpustakaan Awam Daerah Bera TIDAK mengedarkan borong permohonan.

20120828

PERTANDINGAN FOTO SEJARAH DAERAH BERA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN 2012

Perpustakaan Awam Daerah Bera menganjurkan Pertandingan Foto Sejarah Daerah Bera sempena sambutan sambutan kemerdekaan ke 55 peringkat Daerah Bera. Pertandingan ini akan berlangsung pada 28 OGOS hingga 18 SEPTEMBER 2012.

SYARAT PENYERTAAN
1.    Terbuka kepada masyarakat umum
2.    Penyertaan adalah percuma.
3.    Foto-foto  bersejarah,lama dan unik yang berkaitan dengan Daerah Bera di Negeri Pahang sahaja.
4.    Koleksi foto-foto  tersebut tidak pernah dihantar dan dipamerkan  di mana-mana jabatan seperti Muzium, Arkib Negara Malaysia dan  lain-lain.
5.    Keadaan fizikal foto perlu jelas , sempurna dan ianya adalah foto asal(salinan gambar tidak diterima).
6.    Pelbagai saiz foto diterima dan setiap foto perlu ada  keterangan gambar(caption) seperti tarikh, tempat dan sedikit keterangan gambar tersebut).


CARA PENYERTAAN
1.    Setiap peserta diminta menyerahkan foto kepada pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk dibuat salinan. Foto asal akan dipulangkan semula kepada pemiliknya.
2.    salinan foto( yang telah dinyatakan sumbernya)  akan dipertandingkan dan dipamerkan  dalam bilik Pameran Galeri Foto Sejarah Bera.
3.    Penghakiman akan dilaksanakan pada 18 September 2012
4.    Pemenang akan dihubungi melalui telefon.

HADIAH (serta sijil)
1.    Tempat pertama : RM 200.00
2.    Tempat kedua: RM 150.00
3.    Tempat ketiga: RM 100.00
4.    Saguhati: RM 50 x 10

Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada: Puan Afzainani Bt. Jamaluddin atau Amizan Bin Ramli di talian No.  09-2506541.


20110105

Berpindah ke Laman Perpustakaan


Bermula pada 4 januari 2010 saya tidak lagi menulis untuk blog perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com yang menggunakan nama Satu Hati. Lebih banyak masa ditumpukan ke lamanperpustakaan.blogspot.com yang menggunakan nama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.

Hari ini 5 Januari 2011, setelah setahun meninggalkan blog ini, saya merasakan saya benar-benar tidak dapat memberikan tumpuan kepada blog ini. Tumpuan diberikan kepada:
-http://lamanpahang.blogspot.com/
dan
-http://lamanperpustakaan.blogspot.com/

Perkara ini disebabkan saya bukan lagi Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kini saya Ketua Bahagian Rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Saya berharap Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera yang baru sudi mengambil alih tanggungjawab sebagai penulis blog Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Berikut adalah link ketua yang baru untuk Daerah Bera:
-mohdhazairi.blogspot.com
-Mohdhazairi-B-Ariffin

Dengan ini saya menjemput Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera yang baru menjadi penulis jemputan di blog ini.

20100111

Satu Hati PPA Pahang

Pada hari ini iaitu 11.01.2009, blog ini perlu bertukar wajah. Pertukaran wajah ini bersempena pertukaran nama blog ini kepada Blog Satu Hati PPA Pahang. Bukan lagi Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk tahun 2010 ini nama Perpustakaan Awam Daerah Bera tidak lagi sesuai dengan isi kandungan blog ini. Banyak bahan-bahannya telah berkisar kepada skop yang lebih luas lagi. Kalau dahulu, blog ini menjadi sumber rujukan untuk Puan Azizah Wartawan Sinar Harian Bera. Mungkin selepas ini boleh menjadi sumber rujukan untuk wartawan-wartawan Sinar Harian Pahang yang berada di daerah lain.

Sehingga kini sebanyak 342 bahan telah disiarkan dalam Blog Satu Hati PPA Pahang. Sehingga kini juga Blog Satu Hati PPA Pahang telah menerima 27 kali hits. Sementara google telah indekskan sebanyak 293 halaman daripada kandungan dalam blog ini.

Memang pada mulanya dirasakan perlu dibina satu blog lain yang tidak menggunakan nama daerah. Supaya dapat gambaran bahawa isi kandungan blog ini adalah meluas. Meliputi hal-ehwal perpustakaan yang berlaku di seluruh Pahang atau dinegeri-negeri lain. Tetapi disinilah "http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/" semuanya bermula. Saya sendiri tidak sangka ianya akan berkembang sehingga ke peringkat ini. Blog ini dibina ketika menghadiri kursus komputer USP di Flaminggo Hotel di Ampang.

Sebenarnya masih banyak gambar-gambar 2009 yang tidak sempat disimpan dalam blog ini. Antaranya adalah gambar di Gambang City Resort dan Kursus di Batu Rakit. Jika berkesempatan saya akan 'uploadkan' gambar-gambar ini.

Selain gambar-gambar terbaru, saya juga ingin berkongsi gambar-gambar lama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Rasanya ramai sangat antara kita yang tidak mengenali pengarah yang pertama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu En. Yunus. Bagi kakitangan yang baru tentu tidak akan menegur bekas pengarah yang tidak pernah mereka kenali. Jika ada kesempatan saya ingin menunjukkan koleksi gambar-gambar lama En. Yunus. Semoga En. Yunus akan merasa dihargai apabila ada kakitangan baru dan muda yang menegur beliau. Kerana kita semua mahu dihargai.

20100108

Perpustakaan Desa Sg Pelong

Blog Satu Hati PPA Pahang ucapkan terima kasih kepada blog Perpustakaan Desa Sg Pelong kerana sudi senaraikan blog kami dalam blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Harap pengunjung blog Satu Hati PPA Pahang sudi berkunjung ke blog Perpustakaan Desa Sg Pelong. Sama-sama kita bertukar info.

Untuk pergi ke blog Perpustakaan Desa Sungai Pelong sila klik link ini:
[http://pdsungaipelong.blogspot.com/]