Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090830

PD Batu Papan 9.8.09 - Pemantauan

Pada 9.8.2009 (Sabtu) saya telah membuat tinjauan ke PD Batu Papan sambil melihat satu program sukan yang diadakan dipadang. Saya dimaklumkan tentang program ini kerana ada 'orang basikal' di Temerloh mencari basikal yang mahal-mahal untuk digunakan pada hari tersebut. Selain acara basikal ada macam-macam acara pada hari tersebut untuk disertai oleh penduduk Kampung Batu Papan dan sekitarnya.
03
Acara pagi tersebut dimulakan dengan senaman.
02
Sebelum ke padang saya sempat meninjau di PPIK Batu Papan. Tutup. Mungkin telah berada di padang.
01
Sebelum ke padang juga saya telah singgah di PD Batu Papan. Tutup. Saya agak kedua-dua kakitangan PD Batu Papan telah berada di padang. Ini adalah antara cabarannya bertugas di kampung-kampung. Petugas PD mesti menyokong dan menyertai apa-apa program yang dijalankan di kampung. Kalau petugas PD tak berikan kerjasama, nanti susah nak dapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau jawatan kuasa setempat.

Kalau di buka juga PD Batu Papan pada hari ini, nanti akan ada yang tidak hadir ke padang untuk meramaikan orang. Nampak sangat pulak program mereka tidak mendapat sokongan penduduk kampung. Lagi pun, bukan senang nak dapatkan kerjasama penduduk kampung. Kena ada caranya. Kadang-kadang siap bagi makan dan minum sampai petang, pun, tak ramai orang datang. PD Batu Papan sendiri pernah bertungkul-lumus untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung ketika menjalankan program di PD Batu Papan.

Sampai di padang Batu Papan, saya lihat ramai orang. Ada pihak menganggarkan lebih kurang 150 ke 200 orang. Ada juga gerai-gerai pameran (tapi tak ada gerai perpustakaan) untuk menambahkan ilmu penduduk. Antara gerai yang ada adalah polis, ADK, SPR, MARA dan Pertanian.

Semasa di padang saya telah dimaklumkan oleh En Takzir bahawa kedua petugas PD Batu Papan perlu ada di padang Batu Papan untuk menyokong program yang ada.

14.8.2009

20090828

Kakitangan Berhenti

Pada awal bulan Julai 2009 Pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak telah mengakhiri zaman bekerjanya dengan perpustakaan. Kini Puan Rafidah bt Ismail telah bersama dengan Klinik Kesihatan Purun. Pakai baju serba putih. Nampak makin cantik.
02 Rafidah binti Ismail. Bekas pembantu Perpustakaan Desa Mengkarak(PPAP).

Semoga tempat baru akan memberi harapan baru dalam mengejar impian lama (mendapat jawatan tetap). Tidak dinafikan impian mendapatkan jawatan tetap adalah usaha berterusan bagi kakitangan berjawatan sambilan atau kontrak.

Puan Rafidah binti Ismail mula berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 8hb April 2002.

Pada akhir bulan Ogos pula seorang lagi telah berhenti. Tiba-tiba sahaja sebelum sembahyang Jumaat hari ini (28.08.2009) saya dikejutkan dengan kehadiran Cik Noorul Amilin Bt Abd Samat Pembantu Perpustakaan Desa Batu Papan. Dia menyatakan bahawa semalam adalah hari terakhir dia berkhidmat dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Surat berhenti katanya telah dihantar ke Kuantan.

Katanya lagi dapat tugas Pembantu Kewangan di Pejabat Daerah Bentong. Lapur diri pada 1hb September 2009. Dah dapat pun rumah sewa di Bentong. Tak apalah, itu cara kakitangan PNM berhenti, terus hantar surat berhenti ke Kuantan. Kawan-kawan di didaerah dapat tau pun secara kebetulan sahaja. Pernah juga kakitangan Perpustakaan Desa Seri Buntar terus hantar surat berhenti ke PNM. Kita yang di daerah dan negeri dapat tau daripada PNM. Tiba-tiba PNM tanya senarai calon kakitangan pengganti.
01 Noorul Amilin Bt Abd Samat. Bekas Pembantu Perpustakaan Desa Batu Papan (PNM).

Noorul Amilin Bt Abd Samat mula berkhidmat dibawah penyeliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 1hb Oktober 2005.

Tak salahkan mereka. Kadang-kadang apabila dapat jawatan yang menjadi impian terasa seronok sangat. Sampai tak ingat nak beri tahu kawan-kawan di daerah. Mungkin selepas ini akan ada lagi yang berhenti. Sama-samalah kita tengok cara mereka berhenti dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Kita harap mereka dapat menjaga nama baik sebagai 'bekas kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang'.

Walaupun kakitangan Perpustakaan Desa batu Papan ada dua orang. Seorang telah berhenti tiba-tiba seorang lagi kena selsema H1N1. Terpaksalah Perpustakaan Desa Batu Papan tutup hari ini (Jumaat), Sabtu dan Ahad. Kalau ada yang 'komplin' kena mintak bantuan pada Encik Takhzir SU Umno Bahagian Bera) atau Puan Hajjah Manila (Ketu Wanita Bahagian Bera) untuk berikan penjelasan sebenar.

PD Seri Buntar 5.8.2009 - Pemantauan

Pada 5hb Ogos 2009 saya telah melawat PD Seri Buntar. Kebiasaannya jika kita pergi ke mana-mana perpustakaan desa kita akan bertemu dengan pelajar Melayu. Tetapi masa lawatan di PD Seri Buntar terdapat tiga orang pelajar Tamil sedang meminjam dan memulangkan buku. serta seorang sedang menggunakan komputer. Diharapkan pada lawatan akan datang saya akan bertemu pula dengan pelajar sekolah Cina pula. Itulah uniknya PD Seri Buntar.
02
Ketua Kampung ini adalah Tok Empat Zul. Beliau pernah bersama kakitangan perpustakaan Pahang ke Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor.
01

20090827

Tukar Wajah


Sempena Bulan Puasa dan Bulan Merdeka 2009 ini kini kami bertukar wajah sekali lagi. Ini adalah perubahan bagi kali ketiga. Perubahan ini mengingatkan kita semua bahawa banyak perkara yang sentiasa berubah. Masyarakat kita dan pengguna perpustakaan juga sentiasa berubah. Ada perubahan yang dapat dijangka tetapi ada juga perubahan yang mengejut.

Dengan semangat Satu Malaysia dan semangat SATU HATI saya berharap bulan puasa kali ini membawa perubahan yang lebih nyata kepada kita semua. Bukan semua perkara boleh kita selesaikan dalam satu saat, satu minit, satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu abad. Sekurang-kurangnya kita semua SATU HATI dalam mencari penyelesaian terbaik untuk setiap perkara. Dengan izin Allah SWT serta semangat SATU HATI sesama kita, jalan penyelesaiannya yang terbaik pasti akan muncul. Kejayaan yang lebih cemerlang pasti akan dijulang.

Sempena dibulan Ramahan yang penuh berkat ini kita semua berusahalah untuk SATU HATI. Khususnya kepada warga PPAP yang berada diseluruh Negeri Pahang. Jangan 'PPAP' dan 'PNM' menjadi penghalang untuk kita SATU HATI. Jangan jadikan diri kita penghalang kepada pemimpin-pemimpin kita untuk SATU HATI. Jangan jadikan emosi kita penghalang untuk orang lain SATU HATI. Jangan jadikan orang lain penghalang kepada keluarga kita untuk SATU HATI.

Sekian.

20090826

Temerloh - Bengkel Bercerita (13) Penutup

Akhirnya jam 5.00 petang sampailah kepada acara penutup program. Terima kasih kepada Puan Murni kerana berkesempatan untuk bersama kami semasa Bengkel Teknik Bercerita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
05
Puan Murni sedang menyampaikan cenderahati kepada Puan Saki.
04
Puan Murni sedang memberikan ucapan penutup.
03
Puan Saki Sasamori dilahirkan pada bulan Disember 1957. Beliau bertugas sebagai Pengarah Eksekutif dengan Education Kanak-kanak Orgaization. Puan Saki Sasamori telah mendapat pendidikan di:
Tokyo Kasei University - mendapat ijazah dalam 'Early Childhood Education'
Tokyo Kasei University Graduate School - mendapat sarjana dalam 'Early Childhood Education'
Tokya Kasei University Graduate School - mendapat Ph.D dalam 'Early Childhood eduacation'

Tokya Kasei University adalah salah sebuah 'private university' di Jepun. Pada tahun 2007 sahaja di Jepun terdapat 568 'private universities', 87 'national universities' dan 89 'public universities'.
02
Puan Murni Wizana bt Abdul Ghani. Pegawai Tadbir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
01
Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak, Pengarah DBP Wilayah Timur.