Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090827

Tukar Wajah


Sempena Bulan Puasa dan Bulan Merdeka 2009 ini kini kami bertukar wajah sekali lagi. Ini adalah perubahan bagi kali ketiga. Perubahan ini mengingatkan kita semua bahawa banyak perkara yang sentiasa berubah. Masyarakat kita dan pengguna perpustakaan juga sentiasa berubah. Ada perubahan yang dapat dijangka tetapi ada juga perubahan yang mengejut.

Dengan semangat Satu Malaysia dan semangat SATU HATI saya berharap bulan puasa kali ini membawa perubahan yang lebih nyata kepada kita semua. Bukan semua perkara boleh kita selesaikan dalam satu saat, satu minit, satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu abad. Sekurang-kurangnya kita semua SATU HATI dalam mencari penyelesaian terbaik untuk setiap perkara. Dengan izin Allah SWT serta semangat SATU HATI sesama kita, jalan penyelesaiannya yang terbaik pasti akan muncul. Kejayaan yang lebih cemerlang pasti akan dijulang.

Sempena dibulan Ramahan yang penuh berkat ini kita semua berusahalah untuk SATU HATI. Khususnya kepada warga PPAP yang berada diseluruh Negeri Pahang. Jangan 'PPAP' dan 'PNM' menjadi penghalang untuk kita SATU HATI. Jangan jadikan diri kita penghalang kepada pemimpin-pemimpin kita untuk SATU HATI. Jangan jadikan emosi kita penghalang untuk orang lain SATU HATI. Jangan jadikan orang lain penghalang kepada keluarga kita untuk SATU HATI.

Sekian.

20090826

Temerloh - Bengkel Bercerita (13) Penutup

Akhirnya jam 5.00 petang sampailah kepada acara penutup program. Terima kasih kepada Puan Murni kerana berkesempatan untuk bersama kami semasa Bengkel Teknik Bercerita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.
05
Puan Murni sedang menyampaikan cenderahati kepada Puan Saki.
04
Puan Murni sedang memberikan ucapan penutup.
03
Puan Saki Sasamori dilahirkan pada bulan Disember 1957. Beliau bertugas sebagai Pengarah Eksekutif dengan Education Kanak-kanak Orgaization. Puan Saki Sasamori telah mendapat pendidikan di:
Tokyo Kasei University - mendapat ijazah dalam 'Early Childhood Education'
Tokyo Kasei University Graduate School - mendapat sarjana dalam 'Early Childhood Education'
Tokya Kasei University Graduate School - mendapat Ph.D dalam 'Early Childhood eduacation'

Tokya Kasei University adalah salah sebuah 'private university' di Jepun. Pada tahun 2007 sahaja di Jepun terdapat 568 'private universities', 87 'national universities' dan 89 'public universities'.
02
Puan Murni Wizana bt Abdul Ghani. Pegawai Tadbir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
01
Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak, Pengarah DBP Wilayah Timur.

20090825

Puan Azizah Wartawan Sinar


Gembira rasanya pada hari ini kerana Puan Azizah Wartawan Sinar Daerah Bera ada sedikit kelapangan masa untuk singgah di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Apa yang kami ada pada hari ini adalah Pameran Buku-buku Tun Razak dan Sejarah Malaysia untuk dilaporkan dalam Sinar Harian. Pameran ini baru saja diadakan bagi menggantikan Pameran Buku-buku Dakwah yang diadakan Sempena Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera.

Kebetulan pula pada masa itu ada ramai budak-budak sekolah rendah yang baru tamat aktivit mewarna 1Malaysia dan Kuiz 1Malaysia. Mereka inilah yang digunakan untuk bergambar.

Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera memang amat menghargai usaha Puan Azizah ini. Kerana ini adalah usaha besar Sinar Harian untuk menyemai budaya membaca di daerah Bera dan seterusnya menggalakkan masyarakat Bera berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kadang-kadang usaha sebegini mengambil masa yang lama untuk memberikan kesan yang besar kepada masyarakat Bera. Sesungguhnya gabungan usaha Perpustakaan Awam Daerah Bera dan Sinar Harian Bera akan dapat membina masyarakat yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu. Terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih Sinar Harian.

Anda juga boleh membaca:

Pertandingan Tak Jadi


Ini adalah iklan Pertandingan Foto 1Malaysia peringkat Daerah Bera. Tetapi pertandingan ini tak jadi. Nasib baik iklan ini tak sempat diedarkan (walaupun dah ada yang telefon kami bertanyakan tentang pertandingan ini). Memang pada awalnya Perpustakaan Awam Daerah Bera diminta untuk mengadakan Pertandingan Foto 1Malaysia. Disebabkan tiada duit untuk mengadakannya maka tak jadilah pertandingan ini. (kami baru sahaja menerima makluman tentang ketiadaan duit untuk mengadakan pertandingan ini).

Kalau ada yang dah bersedia dengan foto yang nak dipertandingkan, boleh la hantar pada kami. Boleh disiarkan dalam blog untuk dikongsi bersama. Setakat cenderamata kecil-kecil atau sijil penyertaan boleh kami berikan. Hadiah tak ada.

Untuk melihat pemenang pertandingan Foto 1Malaysia anjuran 1malaysia.com.my klik DISINI.

20090824

Temerloh - Bengkel Bercerita (12) Pemerhati

Patutlah Cikgu Saki Sasamori kelihatan bersungguh-sungguh menunjukkan kita pelbagai cara untuk menarik perhatian kanak-kanak. Rupanya ada seorang pemerhati yang ditugaskan untuk menetukan tahap kerja beliau. Bagi sesetengah kita pula, bila ada orang perhati sepanjang masa terus tak boleh buat kerja.

Bagi orang Jepun pula bila ada orang perhati kerja kita terus bertambah semangat untuk menunjukkan prestasi kerja yang lebih baik. Dalam pada itu Cikgu Saki Sasamori sempat juga bergurau dan bermain dengan pemerhati beliau.

Pihak pemerhati pula tentu akan melaporkan yang sebenar-benarnya. Tak ada nak tambah, nak kurang atau nak masukkan penilaian berdasarkan 'mood' peribadi. Pemerhati Cikgu Saki Sasamori turut terhibur dengan persembahan Cikgu Saki Sasamori. Walaupun kami diberitahu kononnya pemerhati ini tak tahu langsung Bahasa Melayu.
05
Ketawa.
04
Senget ke kiri, mungkin dah lengoh.
03
Ketawa lagi. Gaya-gayanya faham Bahasa Melayu.
02
Encik Azizul dan pemerhati Jepun. Macam ...
01
Encik Zul dan pemerhati Jepun. Macam dah biasa dengan orang Jepun.