
Sempena Bulan Puasa dan Bulan Merdeka 2009 ini kini kami bertukar wajah sekali lagi. Ini adalah perubahan bagi kali ketiga. Perubahan ini mengingatkan kita semua bahawa banyak perkara yang sentiasa berubah. Masyarakat kita dan pengguna perpustakaan juga sentiasa berubah. Ada perubahan yang dapat dijangka tetapi ada juga perubahan yang mengejut.
Dengan semangat Satu Malaysia dan semangat SATU HATI saya berharap bulan puasa kali ini membawa perubahan yang lebih nyata kepada kita semua. Bukan semua perkara boleh kita selesaikan dalam satu saat, satu minit, satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun atau satu abad. Sekurang-kurangnya kita semua SATU HATI dalam mencari penyelesaian terbaik untuk setiap perkara. Dengan izin Allah SWT serta semangat SATU HATI sesama kita, jalan penyelesaiannya yang terbaik pasti akan muncul. Kejayaan yang lebih cemerlang pasti akan dijulang.
Sempena dibulan Ramahan yang penuh berkat ini kita semua berusahalah untuk SATU HATI. Khususnya kepada warga PPAP yang berada diseluruh Negeri Pahang. Jangan 'PPAP' dan 'PNM' menjadi penghalang untuk kita SATU HATI. Jangan jadikan diri kita penghalang kepada pemimpin-pemimpin kita untuk SATU HATI. Jangan jadikan emosi kita penghalang untuk orang lain SATU HATI. Jangan jadikan orang lain penghalang kepada keluarga kita untuk SATU HATI.
Sekian.
