Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090521

Pak Kob Tukang Gunting

Orang lelaki yang pernah bertugas di Bandar Bera mungkin pernah gunting rambut dengan Pak Kob atau Yaakob bin Harun. Penduduk Kampung Kerayong dan Kampung Paya Pagar tentu lebih lagi mengenali Pak Kob. Kedai gunting rambut beliau bersebelahan dengan rumah kediaman beliau di Kampung Paya Pagar. Memang jelas untuk kita perasan kepada mereka yang selalu ulang alik menggunakan jalan Temerloh-Bera.

Pak Kob telah meninggal dunia pada 19 hb Mei 2009 pada jam lebih kurang 12.00 tengah malam. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada esoknya jam 10 pagi. Pak Kob adalah golongan awal yang meninggalkan Negeri Kelantan untuk menetap di Daerah Bera. Banyak kemajuan dan pembangunan telah disaksikan oleh Pak Kob.

Sebelum ini Haji Mohamed Shahdan telah kembali menemui Allah swt. Haji Mohamed Shahdan pernah bertugas sebagai anggota polis semasa zaman sebelum Merdeka. Serba sedikit cerita mengenai Haji Mohamed Shahdan sempat saya tulis. Klik DISINI untuk membacanya. Kini hanya tinggal gambar beliau dan empat anak-anak beliau yang masih kecil ada di pamirkan di Galeri Foto Sejarah Daerah Bera. Gambar tersebut dirakam semasa Haji Mohamed Shahdan bertugas di Balai Polis Mengkarak. [Galeri Foto Sejarah Daerah Bera ] [Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu ]

Sebelum Haji Mohamed Shahdan meninggal dunia, Haji Latif ayah kepada Hajjah Manila telah meninggal dunia. Rumah Haji Latif yang terletak jauh di Kampung Batu Papan menyebabkan usaha mencatatkan pengalaman beliau sering ditangguhkan. Akhirnya tiada sebarang maklumat sempat ditulis tentang Haji Latif.

Kejadian yang sama telah berulang kepada Pak Kob. Tiada sebarang cerita sempat ditulis tentang Pak Kob. Untuk melihat gambar kedai Pak Kob sila klik DISINI.

Sering terlepas peluang, adakalanya disebabkan usaha sendiri, kadang-kadang disebabkan oleh usaha orang lain. Sentiasa berdoa supaya dikurniakan peluang yang lebih baik dengan limpah rezeki dan rahmat Allah swt. Amin.

20090515

Perhimpunan Pelajar SMK Seri Bera

Tarikh: 6 April 2009 (Jumaat)
Tempat: SMK Seri Bera
Sekali lagi pihak Guru Perpustakaan telah menjemput Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk hadir ke sekolah mereka. Pada kali ini diminta memberikan sedikit ucapan motivasi kepada semua pelajar SMK Seri Bera. Ketika dijemput pada 27.03.2009 (Jumaat) kumpulan sasaran adalah petugas pusat sumber sahaja. Pada kali ini dihadapan semua pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Seri Bera. Waktunya pula adalah tengahari. Selepas berucap di SMK Seri Bera perlu ke Kuantan pula untuk menghadiri kursus KMK atau KIK.

Dalam perjalanan ke SMK Seri Bera, saya masih fikirkan macam mana nak menarik perhatian pelajar-pelajar dalam perhimpunan. Kalau dalam kumpulan yang kecil kita senang untuk membuat komunikasi dua hala antara penceramah dengan pendengar. Senang untuk mendapatkan 'respon' daripada pendengar dan senang untuk bertanyakan reaksi mereka.

Bila bercakap untuk kumpulan yang ramai kita akan mendapatkan komunikasi dua hala setelah mereka suka dengan 'respon' kita dan tertanya-tanya dengan reaksi kita. Untuk itu saya memulakan inti ucapan dengan mengajak semua pelajar untuk tidur. Tetapi bukan nak ajak tidur sekarang. Tidur malam nanti. Kerana tidur adalah alat yang penting untuk seorang pelajar yang cemerlang. Jangan ingat tidur boleh buat lebih kurang sahaja. Tak cukup makan kita kurang tenaga. Tak cukup tidur kita akan kurang tumpuan. Tak cukup tumpuan akan menyebabkan kita matlamat kita sering melencong.

Sekolah Menangah Seri Bera adalah sekolah cemerlang dalam akademik. Pelajar diterima masuk di SMK Seri Bera adalah pelajar yang bagus-bagus dalam akademik. Bukan dalam sukan. Kalau semasa MSSD Bera, SMK Seri Bera dapat tiga pingat emas, apa nak dirisaukan. Semasa mula-mula masuk ke SMK Seri Bera dulu bukan nak dapat pingat emas dalam sukan. Biarkanlah jika ada sekolah yang dapat tiga belas pingat emas.

Tetapi lingkungan pelajar SMK Seri Bera tidak sama dengan lingkungan pelajar SMK Bandar Kerayong. Di SMK Seri Bera pelajarnya bersaing dengan pelajar-pelajar yang setaraf taraf akademiknya. Boleh dikatakan kebanyakannya 5A UPSR. Sementara pelajar-pelajar SMK Bandar Kerayong adalah pelajar yang tidak layak belajar di SMK Seri Bera dan tidak layak untuk bersaing dengan pelajar yang dapat 5A UPSR.


Masuklah mereka ini di sekolah yang sepatutnya iaitu SMK Bandar Kerayong. Dapat 3A atau 4A UPSR tentu dapat masuk kelas A di SMK Bandar Kerayong. Dalam kelas A tersebut ada pula 7 atau 8 atau 9 orang pelajar yang dapat 7A UPSR (SRJKC). Pelajar 3A atau 4A UPSR (SK) ini terpaksa bersaing dengan pelajar 7A UPSR (SRJKC).

Pelajar SMK Seri Bera amat beruntung. Dapat belajar bersama-sama dan bersaing dengan kawan-kawan yang setaraf. Tidak sesusah pelajar SMK Bandar Kerayong. Sudahlah tidak layak belajar di sekolah terpilih, terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar SRJKC yang jauh lebih cerdik. Dalam masa yang sama terpaksa menghadapi gangguan daripada pelajar-pelajar yang agak kurang minat untuk belajar yang berada di kelas bukan A.

Apa yang membezakan pelajar di sekolah yang terpilih dan pelajar di sekolah yang tak terpilih adalah fokus masing-masing. Tumpuan pelajar-pelajar ini berbeza. Pelajar di kelas A fokusnya jelas. Masuk kelas B fokusnya 'sedang-sedang' dan masuk kelas C fokusnya 'lebih kurang'. Bagi pelajar yang belajar di sekolah tak terpilih atau berada di kelas B atau kelas C, apa yang anda perlu lakukan adalah membetulkan fokus anda. Jangan biarkan fokus terganggu oleh main sms, berkekasih, ponteng, lawat masuk kelas, tak buat kerja sekolah, melawan guru dan macam-macam yang biasa didengar. Jika mereka ini berjaya mengawal fokus masing-masing tidak mustahil mereka akan dapat mengalahkan pelajar sekolah terpilih atau pelajar kelas A.

Bagi pelajar yang berada di sekolah budak-budak terpilih atau berada di kelas A, ingat anda jangan jadi pelajar yang tak berapa cerdik dikalangan pelajar yang cerdik. Jangan berasa selesa dengan kedudukan sekarang. Sentiasa menjaga tumpuan masing-masing.

Macam mana nak jaga tumpuan? Senang atau susah terserah kepada diri masing-masing. Yang pertama dengar cakap ibubapa dan yang kedua dengar cakap guru. Akhir sekali yang ketiga berhati-berhati kalau nak ikut cakap kawan. Rujuk dengan ibubapa atau guru. (lain kali cerita pasal ibubapa kena berkawan dengan anak-anak yang dah sekolah menengah).
06
05
04 Guru-guru bergambar bersama jurugambar sekolah.
03 Petugas perpustakaan dalam kelas.
02 Semasa perhimpunan di SMK seri Bera.
01 Pelajar SMK Seri Bera membaca ikra.

20090512

Links Jelajah Malaysia 2009

Links ini berada di blog Laman Kerayong (Laman Foto & Info Orang Bera):
@Jelajah Malaysia 2009: Kesibukan (01)
@Jelajah Malaysia 2009: Penonton Lelaki (02)
@Jelajah Malaysia 2009: Penonton Perempuan (03)
@Jelajah Malaysia 2009: Pamiran (04)
@Jelajah Malaysia 2009: Tarian (05)
@Jelajah Malaysia 2009: Temuramah (07)
@Jelajah Malaysia 2009: Cantiknya (08)

Links Lawatan Ke Melaka

Links ini berada di blog Laman Kerayong (Laman Foto & Info Orang Bera):
@Restoran Melaka Raya (05)
@Bandar Hilir Melaka (06)
@Naik Menara Taming Sari (07)
@Menara Taming Sari (08)

Hari Keluarga PPAP 2009

Jujur
...diakui bahawa tiada siapa sangka perginya akan bermula disini. Kita bukan nujun pak belalang yang kononnya boleh meramalkan sesuatu yang akan berlaku. Yang disangka milik kita akan tiba-tiba dikongsi dengan orang lain. Yang disangka rezeki kita tiba-tiba dikerat ditengah jalan. Yang disangka kesayangan kita boleh pergi meninggalkan kita.
.
Ungkapan
...bahawa 'dunia ini hanya pinjaman' memang benar. Betapa hebatnya darjat dan pangkat kita, ia boleh hilang tiba-tiba. Betapa besarnya rumah dan kereta kita, ia boleh bertukar hakmilik sekelip mata. Betapa sihat dan cergasnya kita, kita masih boleh jatuh sakit tanpa berita.
.
Nyawa
...dan nafas kita juga bukan milik kita. Kita boleh arahkan paru-paru kita menghirup udara segar. Kita boleh tumpukan akal kita untuk berfikir dan merancang yang gegar-gegar. Kita boleh melangkah beribu-ribu kilometer dan masih merasa segar. Tetapi kita tak boleh kawal pergerakan jantung kita sendiri. Kita juga tak dapat kawal perjalanan darah dalam badan kita. Kita tak boleh paksa buah pinggang kita terus bertugas.
.
Impian
...dan cita-cita mungkin milik kita. Yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri. Ada masanya muncul insan yang sentiasa dengki dan menyekat rezeki kita. Adakalanya pula sudah suratan takdir impian dan cita-cita kita milik orang lain.
.
Zaman
...berubah kita pun boleh berubah. Peluang sentiasa ada, ruang sentiasa datang. Kerasnya hati kita tak dapat menahan supaya zaman jangan berubah. Kadang-kadang lembutnya hati kita, juga tidak memberi ruang untuk peluang sentiasa datang.
.
Akhirnya
...kita sama-sama menanti tempoh pinjaman kita tamat. Tinggalkan semua yang kita banggakan. Dosa dengan Allah swt kita mohon dengan Allah swt. Dosa dengan manusia kita mohon dengan manusia. Jika ada hak yang tertangguh kita kembalikan. Jika yang dikembalikan tidak sampai kita berserah sahaja. Kita bertaubat dan berusaha untuk benar-benar bertaubat.