Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090504

Project Add Math 2009 (SPM)

Kalau ada sesiapa yang nakkan contoh bagi 'Project Add Math 2009' sila klik DISINI. Ingat , untuk dibuat contoh. Penerangan perlu disusun semula mengikut kefahaman masing-masing.

Gambar bulatan yang ada perlu ditukar, yang ada dalam contoh ini adalah:
(1) Wheel of a bicycle
(2) Circles on water surface
(3) School park (4)Fish pond
(4) Round table at school compound.
Kalau ada kamera digital boleh ambil gambar bulatan yang ada di sekeliling sekolah.

Lain-lain Links:
@http://addmathsproject2009.blogspot.com/ - ada bahan untuk di 'download Question 1(boleh cuba download) dan Question 2 (jangan download).
@http://hisamudin.com/2009/02/13/add-math-project-2009-form-4-form-5-for-spm/ -ada 16 perbincangan mengenai add math project 2009. Yang terakhir adalah oleh mardi on May 3rd, 2009 11:28 am.
@http://www.kongsiproject.com/ForumQ.aspx -ada 21 perbincangan berkaitan add math bermula 1 Mei 2009 hingga 4 Mei 2009.
@http://geminigeek.com/blog/archives/2004/08/addmath-project-tips-1/ - ada 18 perbincangan bagai mana nak buat add math 2009 ini. Semua dalam Bahasa Inggeris.

Pusat Sumber SMK Seri Bera

Pada 27.03.2009 (Jumaat) SMK Seri Bera telah menjemput Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk memberi sedikit ceramah motivasi kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah mereka. Tiada tajuk yang dikhususkan. Masanya satu jam bermula 3.30 petang hingga 4.30 petang. Dalam sesi ini Perpustakaan Awam Daerah Bera perlu ceritakan sesuatu yang berkaitan dengan minat membaca dan ilmu perpustakaan. Bagi menyegarkan suasana pelajar diajak untuk menyatakan dengan sepintas lalu apa yang mereka ingat apabila di sebut tentang perpustakaan.

Seorang demi seorang bangun menyatakan apa yang terlintas dalam fikiran mereka. Kebanyakannya memulakan kenyataan mereka dengan "Perpustakaan Adalah ...". Ada yang mengambil masa yang lama untuk menyusun kata-kata. Ada yang dengan pantas dapat membayangkan perpustakaan ini sebagai apa. Ada yang tercari-cari apa ungkapan yang terbaik yang melintas dalam fikiran masing-masing. Ada juga yang terang-terang minta tolong bantuan rakan-rakan. Akhir semua berjaya membina mutiara kata masing-masing.

Daripada ungkapan tersebut banyak perkara yang dapat diceritakan semula. Ada yang dengan pantas dan yakin menyatakan ' Saya Berasa Tenang Di Perpustakaan'. Mungkin selama ini kita ingatkan orang mencari ilmu di perpustakaan. Rupanya ada juga yang mencari ketenangan di perpustakaan dan dia dapat ketenangan tersebut. Fikiran menjadi tenang apabila otak mendapat fakta atau cerita melalui pembacaan.

Selain berkeupayaan menyimpan pelbagai fakta dan cerita, otak juga perlu dilatih menganalisa dan mengeluarkan semula fakta atau cerita yang disimpan. Seelok-eloknya kita dapat berkongsi dengan orang lain tentang apa yang kita baca. Rugi la kalau kita tak dapat keluarkan apa ilmu yang telah kita baca untuk diamalkan. Amat rugi jika kita mempunyai ilmu untuk merungkaikan sesuatu masalah tetapi tidak dapat nak dilaksanakan atau nak diterangkan keadahnya atau prinsipnya atau falsafahnya supaya kita atau pihak lain dapat menggunakannya. Kadang untuk menyelesaikan sesuatu masalah kita perlu melihat kedudukan sesuatu masalah tersebut. Ada masalah yang perlukan kita faham keadahnya. Ada masalah perlukan kita faham prinsip atau falsafahnya. Ada masalah yang sebenarnya bukan masalah dan tak perlu diselesaikan. Banyak juga ilmu yang dapat dipelajari ketika bersama dengan pengawas-pengawas Pusat Sumber SMK Seri Bera.

5 Pelajar SMK Seri Bera bersama guru perpustakaan sedang bergambar kenangan di hadapan Pusat Sumber SMK Seri Bera.

4 Ruang membaca.

3 Ruang santai, membaca sambil bersila.

2 Kaunter peminjaman dan pemulangan buku.

1 Rak majalah.
Buku Wasiat Cinta & Bahagia oleh Dr. Aidh Al-Qarni.
Antara perkara yang menarik dalam buku ini adalah 'Menghindari Buku-buku Yang Berbahaya' yang terdapat di halaman 148. Petikannya adalah seperti berikut: "Seorang muslim hendaklah menghindari karya-karya sastera yang berlebihan dalam mengekspos kecabulan, hawa nafsu, kisah kecintaan, kerinduan, kemesuman, keengganan untuk taat kepada Allah SWT, pacaran, dan sebagainya. Sebab, hal-hal semacam ini bisa merusak hati dan sulit untuk disembuhkan." Buku ini boleh diperolehi di Perpustakaan Awam Daerah Bera.


20090428

Agensi Nuklear Malaysia

2 April 2009
Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2009
Hotel Cititel, Kuala Lumpur
21-22 julai 2009

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mahu mendedahkan kepada masyarakat tentang dunia penulisan dan penerbitan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti penulisan sainstifik. Kepada sesiapa yang ingin menyertai Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2009, mereka perlu membayar RM780.00 seorang. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertama seminar jika terdapat kekosongan.

Seminar ini akan membincangkan:
-Cabaran penulisan dan penebitan sainstifik
-Hak cipta penulisan dan penerbitan saintifik
-Keselamatan maklumat
-Pengurusan editorial dan penyuntingan
-Masa depan penulisan dan penerbitan saintifik
-Aspek bahasa dan gaya dalam penulisan dan penerbitan
-Penulis dan penerbitan elektronik
-Undang-undang dan akta dalam penulisan dan penerbitan
-Pemasaran penulisan dan penerbitan saintifik

Menurut iklan seminar ini, penulis dan penerbit bahan saintifik adalah kunci dalam pembentukan dan penyebaran ilmu. Ia adalah nadi kepada sistem pendidikan dan pembentukan budaya bangsa. Kemajuan sesebuah negara dan masyarakat biasanya dilandas oleh khazanah penulisan dan penerbitan yang kukuh. Sejarah kebudayaan dan tamadun manusia membuktikan bahawa tanpa penulisan dan penerbitan yang aktif, kemajuan masyarakat tidak akan berkekalan.

Menurut iklan seminar ini lagi, prinsip penerbitan adalah mendukung aspirasi budaya, intelektual, sosial dan moral dalam menyampaikan ilmu. Penerbitan saintifik perlu diperkasakan dan dihidangkan dalam gaya yang menarik agar sampai kepada khalayak sasaran sejajar dengan saranan kerajaan untuk menjadikan membaca sabagai budaya di dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.

Kita perlu sedar bahawa dunia penulisan dan penerbitan saintifik berdepan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi. Lambakan penulisan dan penerbitan bahan hiburan telah memberikan saingan hebat kepada bahan saintifik. Penulis dan penerbit akan fokus pada bahan hiburan kerana mereka berpendapat itu minat masyarakat. Mungkin ada juga kebenarannya. Jika dilihat senarai Buku Popular 2008 di Perpustakaan Awam Daerah Bera, kesemuanya adalah buku novel. Bukan nak kata tak bagus baca novel, bagus. Cuma statistiknya begitu. Kerana fokus minatnya begitu. Keseronokan membacanya ada disitu.

Sebab itu ada usaha untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat rekreasi dan infomasi. Mahu disediakan cafe di dalam perpustakaan. Tetapi susah nak jumpa orang yang menganggap membaca bahan saintifik sebagai aktiviti rekreasi yang dapat tenangkan fikiran. Ramai yang menganggap jika membaca bahan saintifik akan kusutkan fikiran yang dan sedia kusut. Fikiran menjadi tidak tenang jika mengetahui data-data yang terperinci mengenai perkara yang kita minat.

Lembaga Muzium Negeri Pahang

22 April 2009
SEMINAR ANTARABANGSA TENUN NUSANTARA:
Kesinambungan Tradisi dan Budaya

Seminar ini adalah anjuran bersama Muzium Negeri Pahang, Jabatan Muzium Malaysia dan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaysa. Seminar Antarabangsa Tenun Nusantara ini akan diadakan pada:

Tarikh: 13-14 Mei 2009
Tempat: Hotel Vistana, kuantan
Pendaftaran: 12 mei 2009 (Selasa) 2.30 ptg - 6.00 ptg

Seminar ini akan menghimpunkan beberapa tokoh akademik dan pengkaji dari dalam dan luar negara untuk bertukar fikiran serta pandangan berkaitan seni tenunan terutamanya di nusantara. yuran penyertaan adalah sebanyak RM200.00 seorang. Bagi pelajar IPT mereka hanya perlu membayar RM150.00 seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah SEMINGGU sebelum tarikh pendaftaran.

Kalau tak sanggup bayar RM200.00 boleh bayar RM12.00 sahaja. Caranya datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) bayar RM12.00 untuk jadi ahli dan boleh dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan tenunan.

Jika tak cukup duit, anda boleh lihat foto-foto berkaitan dengan Tenun Pahang, sila klik DISINI. Ada 68 keping gambar berkaitan tenunan. kebanyakannya dihasilkan oleh@Rejim (Pahang's Tenun Centre), @House of Royal Silk (Tenun Raja Pahang) dan @Elaine Ikran (Butik Sutera Sulaman).

Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa SEMINAR ANTARABANGSA TENUN NUSANTARA:

13 mei 2009 (Rabu)
1. Falsafah Tradisi Tenun Alam Melayu
2. Kain Tenun Pahang.
3. Falsafah Di Sebalik Motif-motif Songket Melayu Terengganu.
4. Songket Palembang: Sejarah, Filosofi Dan Perkembangannya.

5. Kain Songket Sambas Corak - Insang Pontianak
6. Tenun Ketapang: Warisan Budaya dan Potensi Ekonomi Nasional Berbasis Kerakyatan
7. Pakaian Adat Jambi Yang Pernah terlupakan
8. Tekstil Koleksi Muzium Negeri Terengganu
9. Kain Tenun & Songket Koleksi Muzium Seni Asia
10. Cara Pakai Melayu

11. Sejarah dan Perkembangan Songket Melayu Riau
12. Tenun Melayu Pattani
13. Songket Melayu Batu Bara: Satu Kajian Struktur Dan Fungsional
14. Songket Minangkabau: mengikut Perkembangan Songket-songket Nusantara

14 Mei 2009 (Khamis)
15. Ragam Dan Motif Tenun Melayu

Pengerusi: En. Abd Aziz Abdul Rashid
16. Tenun Kain Pua Dalam Budaya Iban Di Sarawak
17. Ulos Dan Sejenisnya Dalam Budaya Batak Di Sumatera Utara: Makna, Fungsi dan Teknologi
18. Kaligrafi Dalam Tenun Melayu

Pengerusi: YH Dato' Yaakub Isa
19. Motif Tenun Melayu: Perubahan Dan Kesinambungan
20. Tenun Melayu: Kreativiti & Inovasi
21. "Contemporary Malaysian Handwoven Textile for Export Market"
22. "Tenun Pahang: Traditional and Modern Usage"

Pengerusi: En. Ahmad Farid Abd. Jalal
23. Forum Bersama Pengusaha Tenun:
(1) Legar Warisan, Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi
(2) Perniagaan Sutera Pulau Keladi
(3) Ayun Emas, Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi

Kepada mereka yang berminat sila hantar borang pengesahan penyertaan kepada:
Lembaga Muzium Negeri Pahang
Jalan Sultan Ahmad
26600 Pekan
Pahang.

20090421

KANDUNGAN: Konvensyen Perpustakaan Desa 2009

@Perjalanan Balik (31)
@Bergambar Bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (30)
@Kenangan (29)
@Mendengar (28)
@Bertanya (27)
@Bercerita (26)
@Berucap (25)
@Menunggu (24)
@Balon (23)
@Melawat (22)
@Bangunan PPAJ (21)
@Pelakon (20)
@Penyanyi (19)
@Jamuan (18)
@Tarian (17)
@Selesai (16)
@Persembahan (15)
@Perasmian (14)
@Sekitar The Zone (13)
@Forum (12)
@Perasmian (11)
@Penceramah (10)
@Pamiran (09)
@Peserta (08)
@Bersedia (07)
@Tropical Inn (06)
@Pintu Ke Pintu (05)
@LC Catering (04)
@Restoran Nusantara (03)
@Leban Condong (02)
@Peserta Pahang (01)
.
MAKLUMAN: Jika ada sesiapa lagi yang tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang dilakarkan melalui blogspot ini, harap maklumkan segera. Sila klik pada 'comments' dan nyatakan gambar nombor berapa. Gambar anda akan dikeluarkan semuanya secara berperingkat.