Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090120

Ahli Belia 2008

Senarai Ahli Belia Yang Paling Banyak Meminjam Buku Dalam Tempoh Januari-Disember 2008 di Perpustakaan Awam Daerah Bera:

1. Nur Izzati Bt Mohd Sabri (SMK Seri Bera) B0522 =83
2. Nurul Suhaiza Izzati Bt Mohd Yusof (SMK Seri Bera) B0500 =44
3. Najwa Bt Ahmad Khaidir (SMK Mengkarak) B0537 =42
4. Siti Nur Ain Syuhada Bt Mohd Nor (SMK Bera, Bandar 32) B0455 =35
5. Nur Fatihah Ain Bt Mohd Nazil (SMK Mengkarak) B0533 =31
6. Nor Nazihah Bt Jamaludin (SMK Mengkarak) B0516 =29
7. Mohamad Fahmi B Kamaruzaman (SMK Purun) B0518 =25
8. Neny Sartika Bt Mohd Ali (SMK Seri Bera) B0496 =25
9. Shahrien Farhanah Bt Shamsol Arifin (SMK Mengkarak) B0532 =24
10. Ummi Shafiqah Bt Abdullah (SMK Mengkarak) B0534 =22
11. Nur Shahira Bt Tuwot (SMK Mengkarak) B0513 = 19
12. Nurul Ifrah Bt Muhammad Shakir (SMK Seri Bera) B0381 =18

Links: 2007, 2006
[18.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Ahli Dewasa 2008

Senarai Ahli Dewasa Yang Paling Banyak Meminjam Buku Dalam Tempoh Januari-Disember 2008 di Perpustakaan Awam Daerah Bera:

1. Suborudin B Jaafar D0347 =57
2. Norlida Bt Abd Wahab D0482 =40
3. Halimaton Saadiah Bt Aziz D0346 =40
4. Norzam Bt Mohd Nor (SK Kumai) D0494 =34
5. Siti Fatimah Bt Aripin D0432 =32
6. Hidzir B Mohd Isa (PKG SK Durian Tawar) D0622 =31
7. Zainordin B Mohd Akhir (SMK Bukit Mendi) D0287 =29
8. Nurul Natasya Alia Bt Zulkarnain D0569 =24
9. Siti Hawa Bt Mohamad Sohaimay (MARA Daerah Bera) D0585 =24
10. Intan Maisarah Bt Md Husin D0437 =24
11. Nur Hafiza Bt Hamzah D0550 =22
12. Siti Solehah Bt Abdullah D0551 =20
13. Suzana Bt Tahir D0447 =20
14. Nurimah Bt Mohd Arifin (SMK Seri Bera) D0280 =20
15. Nor Zainatul Malia Bt Borhanuddin (JKR Bera- Jabatan Kerja Raya) D0266 =18

Statistik Pinjam Ahli: 2007 , 2006


[18.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Organisasi Ahli Kanak-kanak 2008

Dalam SURAT PEKELILING IKSTISAS Bil. 13/1998 (Program Membina Tabiat Membaca) yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ada menyatakan Kajian Literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kadar membaca dua buah buku setahun adalah amat rendah. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah menyediakan bahan bacaan yang boleh diperolehi di luar sekolah.

Pembacaan menggunakan buku-buku luar dapat meluaskan pemikiran pelajar. Buku-buku yang ada di Perpustakaan Awam Daerah Bera boleh menambahkan jumlah buku-buku yang boleh dibaca oleh pelajar sekolah. Untuk meminjam buku di Perpustakaan Awam Daerah Bera, pelajar perlu menjadi ahli dengan bayaran RM7.00. Kalau tak mampu nak bayar RM7.00 kerana terlalu mahal, pelajar boleh membaca di Perpustakaan Awam Daerah Bera tetapi tak boleh dibawa balik. Elok juga, buku tak rosak dan tak hilang.

Berikut adalah Senarai Sekolah Yang Paling Banyak Meminjam Buku Pada Januari-Disember 2008 bagi Kategori Ahli Kanak-kanak

1. SK Kerayong = 1,266
2. SK Durian Tawar = 154
3. Pasti Al-Huda = 104
4. Belum Sekolah = 96
5. SRJK (C) Kerayong = 60
6. SK (F) Kumai = 47
7. SRJK (C) Triang = 36
8. SK Seri Buntar = 28
9. SK (F) Bukit Kepayang = 26
10. Pra Sk Kerayong = 25
11. Pasti Al-Ihsan =24
12. Tadika Kemas Kerayong = 24
13. Tadika Dunia Kecil = 24
14. Tadika Cina Triang = 20



Links: #statistik-organisasi-2007 #statistik-organisasi-2006 #

[29.01.09][18.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Organisasi Ahli Belia 2008

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina budaya membaca di kalangan pelajar. Bagi menjayakan program NILAM ini, setiap pelajar perlu rekodkan buku yang mereka baca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Guru akan mengesahkan rekod bacaan pelajar. Akhir sekali pengiktirafan akan diberi kepada pelajar yang paling banyak merekodkan buku yang mereka baca.

Di Perpustakaan Awam Daerah Bera, melalui 'Sistem pengurusan Kaunter Berkomputer' buku-buku yang dipinjam oleh pelajar akan direkodkan dalam komputer. Setiap tahun Perpustakaan Awam Daerah Bera akan keluarkan senarai sekolah menengah yang paling banyak membuat pinjaman buku.

Berikut adalah senarai Ahli Belia Yang Paling Banyak Meminjam Buku Tahun 2008:
1. SM Seri Bera = 255
2. SM Mengkarak = 240
3. SM Purun = 36
4. SM Bera = 35
5. SMK Bandar Kerayong = 30
6. SMK Triang = 19

Guru-guru kelas boleh membuat keahlian perpustakaan berkelompok dan seterusnya meminjam buku secara berkelompok. Kalau satu kelas seramai 20 orang menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera, kelas tersebut boleh meminjam sebanyak 40 buah buku. Guru kelas boleh memilih beberapa orang untuk menjadi wakil bagi meminjam buku. Pinjaman dan pemulangan dilakukan setiap bulan. Jika 1 bulan meminjam 40 buah buku, 10 bulan kelas tersebut telah meminjam sebanyak 400 buah buku. Jumlah ini telah melebihi jumlah Juara Meminjam Buku Bagi Kategori Sekolah Menengah iaitu SM Seri Bera yang telah meminjam sebanyak 255 buah buku.
[29.01.09] [17.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Organisasi Ahli Dewasa 2008

Pada tahun 2008, mereka yang bekerja sendiri/surirumah telah meminjam sebanyak 547 buah buku. Tempat kedua adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bera. Kakitangan JKR telah meminjam sebanyak 46 buah buku pada tahun 2008. Dengan ini boleh kita katakan bahawa di Daerah Bera ini, orang JKR paling banyak membaca. Tempat ketiga adalah ahli dewasa yang bertugas di Sekolah Kebangasaan Kerayong (SK Kerayong) kerana telah meminjam sebanyak 41 buah buku.

Jangan salah faham pula, organisasi lain mungkin membaca lebih banyak lagi. Tetapi bila mereka tidak menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera tak dapat kami rekodkan buku yang mereka pinjam. Mungkin ada ketua jabatan atau pemimpin organisasi di Daerah Bera yang merasakan amat penting budaya membaca dikalangan kakitangan mereka. Kalau ada kami di Perpustakaan Awam Daerah Bera sedia membantu. Diharap mereka dapat aturkan supaya dua orang sahaja yang menjadi ahli dan dan mereka berdua meminjam sebulan sekali (sekali pinjam 2 buah buku). Dalam tempoh sebulan 'Sistem Pengurusan Kaunter Berkomputer' akan merekodkan pinjaman sebanyak 4 buah buku. Kalau 10 bulan 40 buah buku. Sudah boleh bersaing dengan dengan jumlah buku yang dipinjam oleh mereka yang bekerja di SK Kerayong.

Berikut adalah senarai 'Top Ten':
1. Kerja sendiri / Surirumah = 547
2. Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR)= 46
3. SK Kerayong (guru) = 41
4. SK (F) Kumai (guru) = 34
5. Pejabat Kesihatan Bera= 29
6. SMK Bukit Mendi (guru)= 29
7. SMK Seri Bera (kakitangan) = 25
8. Pejabat Mara Daerah Bera = 24
9. SRJK (C) Kerayong (guru)= 23
10. Majlis Daerah Bera (MDB)= 9

Tahniah diucapkan kepada JKR, SK Kerayong , SK (F) Kumai, Pejabat Kesihatan Bera, SMK Bukit Mendi, SMK Seri Bera, Pejabat Mara Daerah Bera, SRJK (C) Kerayong, Majlis Daerah Bera dan mereka yang bekerja sendiri / sururumah.
[29.01.09] [17.02.09]