Di Perpustakaan Awam Daerah Bera, melalui 'Sistem pengurusan Kaunter Berkomputer' buku-buku yang dipinjam oleh pelajar akan direkodkan dalam komputer. Setiap tahun Perpustakaan Awam Daerah Bera akan keluarkan senarai sekolah menengah yang paling banyak membuat pinjaman buku.
Berikut adalah senarai Ahli Belia Yang Paling Banyak Meminjam Buku Tahun 2008:
1. SM Seri Bera = 255
2. SM Mengkarak = 240
3. SM Purun = 36
4. SM Bera = 35
5. SMK Bandar Kerayong = 30
6. SMK Triang = 19
Guru-guru kelas boleh membuat keahlian perpustakaan berkelompok dan seterusnya meminjam buku secara berkelompok. Kalau satu kelas seramai 20 orang menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera, kelas tersebut boleh meminjam sebanyak 40 buah buku. Guru kelas boleh memilih beberapa orang untuk menjadi wakil bagi meminjam buku. Pinjaman dan pemulangan dilakukan setiap bulan. Jika 1 bulan meminjam 40 buah buku, 10 bulan kelas tersebut telah meminjam sebanyak 400 buah buku. Jumlah ini telah melebihi jumlah Juara Meminjam Buku Bagi Kategori Sekolah Menengah iaitu SM Seri Bera yang telah meminjam sebanyak 255 buah buku.
[29.01.09] [17.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera















