Jangan salah faham pula, organisasi lain mungkin membaca lebih banyak lagi. Tetapi bila mereka tidak menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera tak dapat kami rekodkan buku yang mereka pinjam. Mungkin ada ketua jabatan atau pemimpin organisasi di Daerah Bera yang merasakan amat penting budaya membaca dikalangan kakitangan mereka. Kalau ada kami di Perpustakaan Awam Daerah Bera sedia membantu. Diharap mereka dapat aturkan supaya dua orang sahaja yang menjadi ahli dan dan mereka berdua meminjam sebulan sekali (sekali pinjam 2 buah buku). Dalam tempoh sebulan 'Sistem Pengurusan Kaunter Berkomputer' akan merekodkan pinjaman sebanyak 4 buah buku. Kalau 10 bulan 40 buah buku. Sudah boleh bersaing dengan dengan jumlah buku yang dipinjam oleh mereka yang bekerja di SK Kerayong.
Berikut adalah senarai 'Top Ten':
1. Kerja sendiri / Surirumah = 547
2. Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR)= 46
3. SK Kerayong (guru) = 41
4. SK (F) Kumai (guru) = 34
5. Pejabat Kesihatan Bera= 29
6. SMK Bukit Mendi (guru)= 29
7. SMK Seri Bera (kakitangan) = 25
8. Pejabat Mara Daerah Bera = 24
9. SRJK (C) Kerayong (guru)= 23
10. Majlis Daerah Bera (MDB)= 9
Tahniah diucapkan kepada JKR, SK Kerayong , SK (F) Kumai, Pejabat Kesihatan Bera, SMK Bukit Mendi, SMK Seri Bera, Pejabat Mara Daerah Bera, SRJK (C) Kerayong, Majlis Daerah Bera dan mereka yang bekerja sendiri / sururumah.
[29.01.09] [17.02.09]

















