Kursus jahit manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang telah mendapat perhatian Wartawan
Sinar Harian Bera, Puan Azizah Shafie . Beliau sendiri amat berminat dengan kerja-kerja menjahit. Siapa sangka wartawan
Sinar Harian Bera boleh menjahit baju kurung. Kalau dan minat jahit baju tentulah minat jahit manik. Kalau dah minat jahit manik, pegang jarum dan pegang manik terus tak jadi kerja lain. Jadi beliau tengok ajalah orang menjahit, dapat juga ilmu. Nak cuba-cuba jahit manik dirumah tak ada kesempatan. Anak yang masih kecil perlukan lebih perhatian. Suami yang dan besar pun nak juga perhatian. Keluarga dikampung sekali sekala perlu juga diberi perhatian. Itulah cabaran menjadi
wartawan.
Perpustakaan Awam Daerah Bera ucapkan jutaan terima kasih pada Pn. Azizah Shafie wartawan Sinar Harian Bera kerana sudi melapangkan sedikit masa untuk mengutip cerita mengenai aktiviti yang berlaku di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sesunggunnya Sinar Harian Bera telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu membina budaya membaca dikalangan penduduk di Daerah Bera. Seterusnya dapat menggalakkan ahli masyarakat menjadi ahli perpustakaan. Menggalakkan ahli masyarakat meminjam buku di Perpustakaan Awam Daerah Bera atau di perpustakaan desa [PD Mengkarak] [PD Bandar 32] [PD Batu Papan] [PD Seri Hamzah] [PD Seri Buntar]. Maka dengan cara ini Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat mengumpul statistik seperti, mengenai siapa yang minat membaca atau organisasi mana yang paling banyak meminjam buku. Seterusnya kita dapat mengesan pertumbuhan minat membaca masyarakat Daerah Bera. [Statistik Buku Popular 2007] [Statistik Ahli Paling Banyak Meminjam Buku 2007] [Statistik Organisasi Yang Paling Banyak Meminjam Buku 2007] [Statistik Organisasi Paling Banyak Meminjam Buku 2006] [Statistik Ahli Paling Banyak Meminjam Buku 2006] [Statistik Buku Paling Popular 2006]
Besar harapan Perpustakaan Awam Daerah Bera agar
SIDANG REDAKSI SINAR HARIAN dapat suntikkan sedikit demi sedikit budaya membaca dan budaya ilmu kepada masyarakat di Daerah Bera melalui berita-berita yang dilaporkan. Betulkan mana-mana yang keliru. Terangkan mana-mana yang gelap. Selitkan mana-mana yang ringkas. Jernihkan mana-mana yang berkelodak. Ingatkan mana-mana yang lupa. Timbangkan dengan mana-mana
dacing yang seimbang. Salurkan mana-mana maklumat yang boleh menjadi Penggerak Minda masyarakat. Sesungguhnya
Sinar Harian Bera adalah Khazanah Ilmu untuk masyarakat Daerah Bera, kerana:
Apa Yang Masyarakat Kita Baca Boleh Tentukan Apa Yang Mereka Fikir.Apa Yang Masyarakat Kita Fikir Boleh Tentukan Apa Yang Mereka Akan Buat.Apa Yang Masyarakat Kita Akan Buat Boleh Tentukan Apa Yang Akan Terjadi.Apa Yang Akan Terjadi Boleh Tentukan Apa Yang Akan Tumbuh Dalam Masyarakat atauApa Yang Akan Tumbang Dalam MasyarakatBolehkah Kita Tentukan?
Apa Yang Akan Kita Tentukan Untuk Masyarakat Baca?Berikut adalah gambar-gambar beliau pada hari pertama kursus Jahit Manik

6
Wartawan Sinar Harian Bera sedang membuat temuramah dengan salah seorang peserta dari
Kampung Gau RPS Iskandar iaitu Nazeita a/p Kuntau.

5
Wartawan Sinar Harian Bera sedang memerhati
Puan Hajah Manila Haji Latif , Ketua Wanita UMNO Bahagian Bera yang sedang menjahit manik. Beliau ada bertanya "kenapa buat di perpustakaan?" Kalau ada sesiapa yang ingin memberikan pendapat sila klik pada
'Post a Comment ' dibahagian bawah.

4
Wartawan Sinar Harian Bera bersama Nadwa bt Abdul Hamid dan Mohd Asarie Noorman b Fatahaman yang mewakili Jabatan Pambangunan Wanita Pahang.

3
Wartawan Sinar Harian Bara sedang menulis sesuatu di buku pelawat Perpustakaan Awam Daerah Bera.

2
Wartwan Sinar Harian Bera sedang merakamkan ketekunan peserta kursus jahit manik.

1
Wartawan Sinar Harian Bera sedang melihat salah seorang tenaga pengajar dari
Maz Design yang sedang membantu peserta kursus jahit manik.
.
Sinar Harian Unit Bera
Puan Azizah Shafie 019-9886466 atau 019-9886226.
.
Anda mahu jadi wartawan? Anda mempunyai maklumat yang ingin dilaporkan kepada Sinar Harian? Klik pada
Anda Laporkan.
[12.07.2009]