Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
20081212
Kursus Jahit Manik: Makanan
Kursus Jahit Manik: Wartawan Sinar Harian
Perpustakaan Awam Daerah Bera ucapkan jutaan terima kasih pada Pn. Azizah Shafie wartawan Sinar Harian Bera kerana sudi melapangkan sedikit masa untuk mengutip cerita mengenai aktiviti yang berlaku di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sesunggunnya Sinar Harian Bera telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu membina budaya membaca dikalangan penduduk di Daerah Bera. Seterusnya dapat menggalakkan ahli masyarakat menjadi ahli perpustakaan. Menggalakkan ahli masyarakat meminjam buku di Perpustakaan Awam Daerah Bera atau di perpustakaan desa [PD Mengkarak] [PD Bandar 32] [PD Batu Papan] [PD Seri Hamzah] [PD Seri Buntar]. Maka dengan cara ini Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat mengumpul statistik seperti, mengenai siapa yang minat membaca atau organisasi mana yang paling banyak meminjam buku. Seterusnya kita dapat mengesan pertumbuhan minat membaca masyarakat Daerah Bera. [Statistik Buku Popular 2007] [Statistik Ahli Paling Banyak Meminjam Buku 2007] [Statistik Organisasi Yang Paling Banyak Meminjam Buku 2007] [Statistik Organisasi Paling Banyak Meminjam Buku 2006] [Statistik Ahli Paling Banyak Meminjam Buku 2006] [Statistik Buku Paling Popular 2006]
Besar harapan Perpustakaan Awam Daerah Bera agar SIDANG REDAKSI SINAR HARIAN dapat suntikkan sedikit demi sedikit budaya membaca dan budaya ilmu kepada masyarakat di Daerah Bera melalui berita-berita yang dilaporkan. Betulkan mana-mana yang keliru. Terangkan mana-mana yang gelap. Selitkan mana-mana yang ringkas. Jernihkan mana-mana yang berkelodak. Ingatkan mana-mana yang lupa. Timbangkan dengan mana-mana dacing yang seimbang. Salurkan mana-mana maklumat yang boleh menjadi Penggerak Minda masyarakat. Sesungguhnya Sinar Harian Bera adalah Khazanah Ilmu untuk masyarakat Daerah Bera, kerana:Apa Yang Masyarakat Kita Baca
Boleh Tentukan Apa Yang Mereka Fikir.
Apa Yang Masyarakat Kita Fikir
Boleh Tentukan Apa Yang Mereka Akan Buat.
Apa Yang Masyarakat Kita Akan Buat
Boleh Tentukan Apa Yang Akan Terjadi.
Apa Yang Akan Terjadi
Boleh Tentukan
Apa Yang Akan Tumbuh Dalam Masyarakat atau
Apa Yang Akan Tumbang Dalam Masyarakat
Bolehkah Kita Tentukan?
Apa Yang Akan Kita Tentukan Untuk Masyarakat Baca?
Berikut adalah gambar-gambar beliau pada hari pertama kursus Jahit Manik
Wartawan Sinar Harian Bera sedang membuat temuramah dengan salah seorang peserta dari Kampung Gau RPS Iskandar iaitu Nazeita a/p Kuntau.
Wartawan Sinar Harian Bera sedang memerhati Puan Hajah Manila Haji Latif , Ketua Wanita UMNO Bahagian Bera yang sedang menjahit manik. Beliau ada bertanya "kenapa buat di perpustakaan?" Kalau ada sesiapa yang ingin memberikan pendapat sila klik pada 'Post a Comment ' dibahagian bawah.
Wartawan Sinar Harian Bera bersama Nadwa bt Abdul Hamid dan Mohd Asarie Noorman b Fatahaman yang mewakili Jabatan Pambangunan Wanita Pahang.
Wartawan Sinar Harian Bara sedang menulis sesuatu di buku pelawat Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Wartwan Sinar Harian Bera sedang merakamkan ketekunan peserta kursus jahit manik.
Wartawan Sinar Harian Bera sedang melihat salah seorang tenaga pengajar dari Maz Design yang sedang membantu peserta kursus jahit manik.
.
Sinar Harian Unit Bera Puan Azizah Shafie 019-9886466 atau 019-9886226.
.
Anda mahu jadi wartawan? Anda mempunyai maklumat yang ingin dilaporkan kepada Sinar Harian? Klik pada Anda Laporkan.
Kursus Jahit Manik: Pengajar
Inilah tenaga pengajar yang dijemput untuk menurunkan ilmu jahit manik kepada Peserta Kursus Jahit Manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Mereka ini mewakili Maz Design yang beralamat di Kuantan, Pahang, Malaysia.
Maz Design menyediakan perkhidmatan menyediakan pakaian wanita termasuk : • baju pengantin, • baju kurung, baju kurung riau • kebaya, kebaya moden • jubah, • jahitan manik (Manik Jepun) • blaus dan lain-lain. Anda boleh hubungi MAZ di nombor 013-2357576 atau 019-2578503 untuk maklumat lanjut.
Perpustakaan Awam Daerah Bera ucapkan terima kasih kepada:
-Rafhan Paharal Radzi
-Muzni bt Alwi
-Fadilah Simpol
-Mardiana Mat Daud
-Noraini bt Zainul Abidin
Kalau datang kali kedua nanti bolehlah berkunjung ke Bukit Bertangga di Felda Kumai.
[12.30.08] Perpustakaan Awam Daerah Bera
Kursus Jahit Manik: Hari Kedua
Dengan minat yang mendalam, kita boleh menjadi kreatif. Kita boleh hasilkan pelbagai corak untuk dijahit pada pelbagai kain. Contohnya pada tudung, saputangan, seluar jeans, bag dan macam-macam lagi.
Kursus Jahit Manik: Hari Pertama
Terdapat juga kaum lelaki yang tompang belajar secara tak rasmi kerana isteri beliau tak dapat menyertai kursus ini. Maka diwakilkan suaminya untuk belajar, bila balik rumah nanti bolehlah beliau belajar dengan suami tersayang.
Jahit manik berjaya menarik minat orang lama dan ...
orang muda.