Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20090112

Bangkel Awet & Jilid: Peserta

KUANTAN. Pada 15hb. hingga 18hb Disember 2008, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan Bangkel Pengawetan dan Penjilidan Siri Lanjutan di dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Bangkel ini telah dihadiri oleh 20 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dari negeri dan daerah. Tiga orang kakitangan yang berpengalaman dari Arkib Negara Malaysia telah datang memberikan tunjuk ajar. Berikut adalah dua set gambar peserta kursus bersama 'cikgu' dan Pegawai Tadbir. Kepada sesiapa yang berminat boleh 'download' gambar yang menjadi pilihan hati.

GAMBAR SET B

Foto B4 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto B3 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto B2 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto B1 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)

GAMBAR SET A

Foto A4 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto A3 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto A2 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
Foto A1 (DIKELUARKAN pada 13.04.2009)
.
Harap klik pada 'comments' untuk menyatakan gambar yang paling anda minat.

[01.12.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera
[03.18.09]
.
Atas permintaan seseorang gambar beliau mohon 'dibuang' semua dari blog ini kerana sebab yang tidak dinyatakan. Bermula pada hari ini 18.03.2009 (Rabu) dimaklumkan bahawa perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com tidak lagi menyimpan sebarang gambar beliau. Kalau ada lagi gambar atau maklumat yang berkaitan dengan beliau yang masih disimpan dan tidak 'dibuang' harap dimaklumkan.
.
Maklumlah sehingga kini terdapat 139 tajuk dalam blog perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com. Blog ini telah mula merakamkan sejarah berkaitan dengan Perpustakaan Awam Daerah Bera dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula 5hb. Disember, 2008 iaitu setelah mengikuti kursus USP di Flamingo di Ampang. Kadang-kadang tak ingat semua bahan-bahan yang telah dimasukkan.
.
Akhir sekali saya mohon maaf kepada beliau kerana keluarkan gambar yang timbulkan rasa tidak seronok kepada beliau.
[13.04.2009]
Semua foto dalam "Bangkel Awet & Jilid: Peserta" perlu dikeluarkan kerana masih menimbulkan rasa tidak seronok dihati sesorang.
.
Jika ada sesiapa lagi yang tidak mahu menjadi sebahagian dari sejarah yang dilakarkan melalui perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com harap maklumkan segera.

20081212

Kursus Jahit Manik: Makanan

Bila ada kursus tentu ada makan. Inilah resepi yang di sediakan pada hari terakhir kursus. Resepi yang sedap dan lazat ini disediakan oleh Ibu Katering. Pada asalnya Jabatan Pembangunan Wanita telah menempah makanan untuk 40 orang peserta. Namun sambutan luar dugaan telah menyebabkan Nadwa bt Abd Hamid (wakil Jabatan Pembangunan Wanita) terpaksa memohon tambahan 15 orang lagi menjadi 50 orang. Dengan pantas dalam tempoh satu jam Ibu Katering telah dapat membeli bahan dan memasak untuk 15 orang lagi.

6 Limau

5 Sambal

4 Ikan Masin

3 Ulam

2 Sayur

1 Gulai Daging
Kalau sesiapa yang berminat untuk membuat tempah bolehlah mencari Ibu Katering.

[12.30.08] [01.07.09] [01.12.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Kursus Jahit Manik: Wartawan Sinar Harian

Kursus jahit manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang telah mendapat perhatian Wartawan Sinar Harian Bera, Puan Azizah Shafie . Beliau sendiri amat berminat dengan kerja-kerja menjahit. Siapa sangka wartawan Sinar Harian Bera boleh menjahit baju kurung. Kalau dan minat jahit baju tentulah minat jahit manik. Kalau dah minat jahit manik, pegang jarum dan pegang manik terus tak jadi kerja lain. Jadi beliau tengok ajalah orang menjahit, dapat juga ilmu. Nak cuba-cuba jahit manik dirumah tak ada kesempatan. Anak yang masih kecil perlukan lebih perhatian. Suami yang dan besar pun nak juga perhatian. Keluarga dikampung sekali sekala perlu juga diberi perhatian. Itulah cabaran menjadi wartawan.

Perpustakaan Awam Daerah Bera ucapkan jutaan terima kasih pada Pn. Azizah Shafie wartawan Sinar Harian Bera kerana sudi melapangkan sedikit masa untuk mengutip cerita mengenai aktiviti yang berlaku di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sesunggunnya Sinar Harian Bera telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu membina budaya membaca dikalangan penduduk di Daerah Bera. Seterusnya dapat menggalakkan ahli masyarakat menjadi ahli perpustakaan. Menggalakkan ahli masyarakat meminjam buku di Perpustakaan Awam Daerah Bera atau di perpustakaan desa [PD Mengkarak] [PD Bandar 32] [PD Batu Papan] [PD Seri Hamzah] [PD Seri Buntar]. Maka dengan cara ini Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat mengumpul statistik seperti, mengenai siapa yang minat membaca atau organisasi mana yang paling banyak meminjam buku. Seterusnya kita dapat mengesan pertumbuhan minat membaca masyarakat Daerah Bera. [Statistik Buku Popular 2007] [Statistik Ahli Paling Banyak Meminjam Buku 2007] [Statistik Organisasi Yang Paling Banyak Meminjam Buku 2007] [Statistik Organisasi Paling Banyak Meminjam Buku 2006] [Statistik Ahli Paling Banyak Meminjam Buku 2006] [Statistik Buku Paling Popular 2006]

Besar harapan Perpustakaan Awam Daerah Bera agar SIDANG REDAKSI SINAR HARIAN dapat suntikkan sedikit demi sedikit budaya membaca dan budaya ilmu kepada masyarakat di Daerah Bera melalui berita-berita yang dilaporkan. Betulkan mana-mana yang keliru. Terangkan mana-mana yang gelap. Selitkan mana-mana yang ringkas. Jernihkan mana-mana yang berkelodak. Ingatkan mana-mana yang lupa. Timbangkan dengan mana-mana dacing yang seimbang. Salurkan mana-mana maklumat yang boleh menjadi Penggerak Minda masyarakat. Sesungguhnya Sinar Harian Bera adalah Khazanah Ilmu untuk masyarakat Daerah Bera, kerana:

Apa Yang Masyarakat Kita Baca
Boleh Tentukan Apa Yang Mereka Fikir.
Apa Yang Masyarakat Kita Fikir
Boleh Tentukan Apa Yang Mereka Akan Buat.
Apa Yang Masyarakat Kita Akan Buat
Boleh Tentukan Apa Yang Akan Terjadi.
Apa Yang Akan Terjadi
Boleh Tentukan
Apa Yang Akan Tumbuh Dalam Masyarakat atau
Apa Yang Akan Tumbang Dalam Masyarakat
Bolehkah Kita Tentukan?
Apa Yang Akan Kita Tentukan Untuk Masyarakat Baca?

Berikut adalah gambar-gambar beliau pada hari pertama kursus Jahit Manik

6
Wartawan Sinar Harian Bera sedang membuat temuramah dengan salah seorang peserta dari Kampung Gau RPS Iskandar iaitu Nazeita a/p Kuntau.
5
Wartawan Sinar Harian Bera sedang memerhati Puan Hajah Manila Haji Latif , Ketua Wanita UMNO Bahagian Bera yang sedang menjahit manik. Beliau ada bertanya "kenapa buat di perpustakaan?" Kalau ada sesiapa yang ingin memberikan pendapat sila klik pada 'Post a Comment ' dibahagian bawah.
4
Wartawan Sinar Harian Bera bersama Nadwa bt Abdul Hamid dan Mohd Asarie Noorman b Fatahaman yang mewakili Jabatan Pambangunan Wanita Pahang.
3
Wartawan Sinar Harian Bara sedang menulis sesuatu di buku pelawat Perpustakaan Awam Daerah Bera.
2
Wartwan Sinar Harian Bera sedang merakamkan ketekunan peserta kursus jahit manik.
1
Wartawan Sinar Harian Bera sedang melihat salah seorang tenaga pengajar dari Maz Design yang sedang membantu peserta kursus jahit manik.
.
Sinar Harian Unit Bera Puan Azizah Shafie 019-9886466 atau 019-9886226.
.
Anda mahu jadi wartawan? Anda mempunyai maklumat yang ingin dilaporkan kepada Sinar Harian? Klik pada Anda Laporkan.


[12.07.2009]

Kursus Jahit Manik: Pengajar

2
Inilah tenaga pengajar yang dijemput untuk menurunkan ilmu jahit manik kepada Peserta Kursus Jahit Manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Mereka ini mewakili Maz Design yang beralamat di Kuantan, Pahang, Malaysia.

Maz Design menyediakan perkhidmatan menyediakan pakaian wanita termasuk : • baju pengantin, • baju kurung, baju kurung riau • kebaya, kebaya moden • jubah, • jahitan manik (Manik Jepun) • blaus dan lain-lain. Anda boleh hubungi MAZ di nombor 013-2357576 atau 019-2578503 untuk maklumat lanjut.
1
Perpustakaan Awam Daerah Bera ucapkan terima kasih kepada:
-Rafhan Paharal Radzi
-Muzni bt Alwi
-Fadilah Simpol
-Mardiana Mat Daud
-Noraini bt Zainul Abidin
Kalau datang kali kedua nanti bolehlah berkunjung ke Bukit Bertangga di Felda Kumai.

[12.30.08] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Kursus Jahit Manik: Hari Kedua

5hb. disember, 2008 adalah hari kedua Kursus Jahit Manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Selalunya kalau pergi ke Perpustakaan Awam Daerah Bera bawa buku yang hendak dipulangkan. Pada hari ni ada yang datang bawa baju-baju untuk dijahit dengan manik. Setelah belajar menjahit pada kain perca, hari ini peserta Kursus Jahit Manik perlu menjahit pada baju kurung pula. Peserta perlu membawa baju kurung yang mempunyai corak yang seakan-akan dengan warna manik yang disediakan. Atau, beli manik yang lain yang bersesuaian dengan warna baju.
13
12
11
10
9
Tumpuan amat penting pada hari kedua ini. Kali ini bukan jahit cuba-cuba atau main-main. Hari ini betul-betul jahit pada baju.
8
7
Peserta Kursus Jahit Manik berpeluang menjahit manik pada baju kesayangan masing-masing dengan bimbingan pengajar yang berpengalaman. Manik yang dijahit perlu disusun rapat-rapat supaya nampak cantik dan kemas.
6
Peserta juga belajar menjahit manik mengikut bunga yang ada pada baju. Seeloknya-eloknya bawalah baju kurung yang mempunyai corak bunga yang cantik supaya dapat melambangkan Baju Tradisional Melayu yang sejati. Selain baju kurung, baju-baju lain pun boleh juga dijahit manik.
5
Dengan minat yang mendalam, kita boleh menjadi kreatif. Kita boleh hasilkan pelbagai corak untuk dijahit pada pelbagai kain. Contohnya pada tudung, saputangan, seluar jeans, bag dan macam-macam lagi.
4
Jangan risau, kalau memang ada bakat dan kesungguhan main jahit saja. Bila siap memang nampak cantik. Kalau tak ada minat dan jahit main-main saja, baru separuh jalan dan jemu. Maklumlah bukan senang nak buat kerja jahit manik ini, tambah pula bermain dengan jarum. Kurang tumpuan boleh tercucuk jari sendiri atau terjahit kepala kawan sebelah.
3
2
1

[12.30.08] Perpustakaan Awam Daerah Bera