Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20081212

Kursus Jahit Manik: Pengajar

2
Inilah tenaga pengajar yang dijemput untuk menurunkan ilmu jahit manik kepada Peserta Kursus Jahit Manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Mereka ini mewakili Maz Design yang beralamat di Kuantan, Pahang, Malaysia.

Maz Design menyediakan perkhidmatan menyediakan pakaian wanita termasuk : • baju pengantin, • baju kurung, baju kurung riau • kebaya, kebaya moden • jubah, • jahitan manik (Manik Jepun) • blaus dan lain-lain. Anda boleh hubungi MAZ di nombor 013-2357576 atau 019-2578503 untuk maklumat lanjut.
1
Perpustakaan Awam Daerah Bera ucapkan terima kasih kepada:
-Rafhan Paharal Radzi
-Muzni bt Alwi
-Fadilah Simpol
-Mardiana Mat Daud
-Noraini bt Zainul Abidin
Kalau datang kali kedua nanti bolehlah berkunjung ke Bukit Bertangga di Felda Kumai.

[12.30.08] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Kursus Jahit Manik: Hari Kedua

5hb. disember, 2008 adalah hari kedua Kursus Jahit Manik anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Selalunya kalau pergi ke Perpustakaan Awam Daerah Bera bawa buku yang hendak dipulangkan. Pada hari ni ada yang datang bawa baju-baju untuk dijahit dengan manik. Setelah belajar menjahit pada kain perca, hari ini peserta Kursus Jahit Manik perlu menjahit pada baju kurung pula. Peserta perlu membawa baju kurung yang mempunyai corak yang seakan-akan dengan warna manik yang disediakan. Atau, beli manik yang lain yang bersesuaian dengan warna baju.
13
12
11
10
9
Tumpuan amat penting pada hari kedua ini. Kali ini bukan jahit cuba-cuba atau main-main. Hari ini betul-betul jahit pada baju.
8
7
Peserta Kursus Jahit Manik berpeluang menjahit manik pada baju kesayangan masing-masing dengan bimbingan pengajar yang berpengalaman. Manik yang dijahit perlu disusun rapat-rapat supaya nampak cantik dan kemas.
6
Peserta juga belajar menjahit manik mengikut bunga yang ada pada baju. Seeloknya-eloknya bawalah baju kurung yang mempunyai corak bunga yang cantik supaya dapat melambangkan Baju Tradisional Melayu yang sejati. Selain baju kurung, baju-baju lain pun boleh juga dijahit manik.
5
Dengan minat yang mendalam, kita boleh menjadi kreatif. Kita boleh hasilkan pelbagai corak untuk dijahit pada pelbagai kain. Contohnya pada tudung, saputangan, seluar jeans, bag dan macam-macam lagi.
4
Jangan risau, kalau memang ada bakat dan kesungguhan main jahit saja. Bila siap memang nampak cantik. Kalau tak ada minat dan jahit main-main saja, baru separuh jalan dan jemu. Maklumlah bukan senang nak buat kerja jahit manik ini, tambah pula bermain dengan jarum. Kurang tumpuan boleh tercucuk jari sendiri atau terjahit kepala kawan sebelah.
3
2
1

[12.30.08] Perpustakaan Awam Daerah Bera

Kursus Jahit Manik: Hari Pertama

Makanan tengahari disediakan semasa waktu rehat. Oleh sebab peserta asal 34 orang bertambah secara mengejut, makanan tengahari juga ditambah kepada 55 orang secara ekspress dengan kebenaran Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Semua dapat makan.
24
23
Kursus bermula jam 9.30 pagi. Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan, setiap kumpulan terdapat seorang cikgu yang mengajar. Semua peserta sepatutnya diberikan seorang satu set peralatan untuk menjahit, disebabkan Wanita Bera muncul dengan sepuluh orang peserta maka ada antara peserta yang terpaksa berkongsi. Pada hari pertama peserta diajar menjahit pada sehelai kain yang diberi. Beberapa teknik asas diajar kepada peserta.
Kesian kepada peserta yang benar-benar berminat. Kerana ada antara peserta yang hanya menjadi peserta tetapi tidak benar-benar minat. Kita boleh lihat gelagat mereka yang tak minat. Asyik bercerita hal-hal yang tidak berkaitan dengan kursus. Ada yang asyik mengeluh kerana bosan dengan kerja menjahit yang sememangnya bukan minat mereka. Barang yang diberi kepada setiap peserta bernilai RM30, sayang kalau diberikan kepada orang yang tidak benar-benar minat. Motivasi pengajar juga boleh terjejas jika berhadapan dengan kelompok yang hanya ingin menjadi peserta tetapi tak ada minat. Mula la pengajar tak mampu nak senyum, orang yang nak belajar pun takut nak tanya. Saya berharap dalam kursus ini tak ada mereka yang main-main, masam-masam muka, buat hal masing-masing dan tak bertegur sapa.
22
21
20
19
18
17
16
15
14
13
12

Terdapat juga kaum lelaki yang tompang belajar secara tak rasmi kerana isteri beliau tak dapat menyertai kursus ini. Maka diwakilkan suaminya untuk belajar, bila balik rumah nanti bolehlah beliau belajar dengan suami tersayang.
11
10
9

Jahit manik berjaya menarik minat orang lama dan ...
8

orang muda.
7
6
5
Setelah menyemak nama dan membuat pendaftaran, peserta dipersilakan makan sementara menunggu pengajar datang dari Kuantan. Walaubagaimana pun makanan tidak mencukupi kerana terdapat 10 orang peserta Wanita Bera yang tiba-tiba muncul tanpa senarai nama. Ada la yang tak makan pagi ini.
Bagi menjaga nama baik Perpustakaan Awam Daerah Bera, pihak kami telah menyediakan lebih awal makanan untuk Pn. Azizah wartawan Sinar Harian Bera.
4
3
2
Semua peserta perlu mengesahkan kehadiran. Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera telah fax senarai nama 28 orang peserta. Pada saat akhir Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera menghantar 6 nama. Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera telah menghantar melalui fax kesemua 34 nama peserta. Semasa pendaftaran sedang berlangsung pihak Wanita Bera telah muncul bersama 10 peserta. Peralatan dan makanan disediakan untuk 35 orang sahaja.
1
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera

Kursus Jahit Manik: Buku-buku

Semasa berlangsungnya kursus jahit manik ini, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan pamiran buku-buku berkaitan dengan jahit manik. Melalui pameran buku-buku berkaitan dengan jahit manik, Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat membantu Jabatan Pembangunan Wanita Pahang mengembangkan ilmu berkaitan jahit manik. Kerana selepas tamat kursus peserta yang benar-benar berminat masih dapat mencari bahan rujukan.

Jika mereka yang benar-benar berminat dengan jahitan manik, mereka tidak akan berharap pada kursus semata-semata. Kursus yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Pahang cukup untuk dijadikan asas. Walau bagaimanan pun mereka diharapkan dapat semaikan minat membaca pelbagai maklumat yang berkaitan dengan jahit manik. Mereka yang benar-benar berminat tidak akan jemu untuk membaca pelbagai info berkaitan dengan jahit manik. Tidak ada tanda-tanda bosan menjelma diwajah semasa menjahit manik. Bidang ini mempunyi potensi besar untuk berkembang. Jabatan Pembangunan Wanita Pahang tentu merasa gembira jika ilmu yang diajar berjaya dikembangkan oleh peserta selepas menghadiri kursus.

10
9
8
7
6
5
4

Di Perpustakaan Awam Daerah Bera, ada buku yang boleh dipinjam dan ada buku yang tidak boleh dipinjam (hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja). Untuk meminjam peserta perlu menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pada masa ini bayarannya adalah:

Ahli Kanak-kanak RM7.00
Tukar Ahli Kanak-kanak ke Belia : RM2.00
Ahli Belia : RM9.00
Tukar Ahli Belia ke Ahli Dewasa : RM3.00
Ahli Dewasa: RM12.00
3
2
1
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera
Jabatan Pembangunan Wanita Pahang

Kursus Jahit Manik: Senarai Peserta

Secara rasminya Perpustakaan Awam Daerah Bera telah menghantar melalui fak ke Jabatan Pembangunan Wanita Pahang seramai 34 orang peserta. Senarai tersebut lengkap dengan nama, alamat dan nombor telefon peserta. Mereka terdiri daripada 28 orang yang berdaftar dengan Perpustakaan Awam Daerah Bera dan 6 orang melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera. Pada hari kursus ramai lagi telah hadir tanpa dijangkakan. Untuk tidak menghampakan mereka yang kelihatannya benar-benar berminat maka diterima kesemuanya. Risau juga pada mulanya kerana peralatan yang dibawa oleh pengajar hanya 35 unit dan makanan hanya untuk 40 orang sahaja. Bersyukur kerana akhirnya semuanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua peserta berikut:
1. AFZAINANI BINTI SHAMSUDIN -Tmn Kerayong Makmur
2. AINANI BINTI ABD. RASHID -Klinik Kesihatan Bdr 32
3. AMILAH BINTI MOHD
4. ASMA BINTI AWANG -Felda Tementi
5. ATIKAH BINTI NORHASIM -Rumah Kedai Bandar Bera
6. CHE PORA BINTI AWANG -Felda Mengkuang
7. HAJAH MANILA BINTI LATIF -Kampung Batu Papan
8. HALILAH BINTI LIAS -Kg. Kerayong
9. IBANI MASITAH BINTI ARSHAD -Felda Kumai
10. KANIAMAL A/P BALAKRISHNAN -Taman Triang Maju
11. MAHANI BINTI PIGI -Kampung Chuat
12. MURNI BINTI YUSOF -Kg.Padang Luas
13. NAZ ASKIRAH BINTI ROSLI -Kampung Kuala Triang
14. NAZEITA A/P KUNTAU -Kg.Gau, RPS Pos Iskandar
15. NOOR ZARINA BINTI SIDEK -Kg.Kerayong
16. NOOR BARIYAH BINTI MOHD ASRI -Tmn Kerayong Indah
17. NOORUL AMILIN BINTI ABD.SAMAT -Kg.Batu Papan
18. NOR FARIZA BINTI AZMI -Felda Tementi
19. NOR HASHIMAH BINTI MAT NOH -Tmn Kerayong Indah
20. NORIZAM BINTI AHMAD -Felda Tementi
21. NORLIDA BINTI A.WAHAB -Kg.Mengkarak
22. NORSUIADA BINTI JAMALUDDIN -Felda Tementi,28300 Triang.
23. NORZITA BINTI ABDUL SAMAT -Felda Tementi
24. NORZULAIHA BINTI MOHD BAHARI -Felda Tementi
25. NURUL DIANA BINTI MD NOR -Felda Sebertak
26. NURUL FARAH BINTI RAMLI
27. RABIATUL ADAWIYIA BINTI SALLEH -Felda Triang 03
28. RASIMAH BINTI ISMAIL -Felda Rentam
29. ROJANA BINTI YUSEH -Kampung Bongkok
30. ROMADIAH BINTI AHMAD -Jln Kerayong 4
31. ROSAIDAH BINTI MOHAMED -Kampung Lubuk Lian
32. ROSLIZA BINTI AB.LATIF -KIP Sebertak
33. ROSNAH BINTI RAMLI -Taman Sri Buntar
34. ROSNATI BINTI SIDIN -Kg. Kerayong
35. SALMIAH BINTI AB MAJID -Tmn Seri Bera
36. SARIHAT BINTI ABDULLAH -Taman Triang Maju
37. SITA AMINAH BINTI MAHMUD -Felda Tementi
38. SITI ANITA BINTI JAILANI -Felda Tementi
39. SITI JELIHAR BINTI MD.LELA Kampung Bukit Imam Sulong
40. SITI KHADIJAH BINTI MOHD KHAIR Rumah Kedai Bandar Kerayong
41. SITI MARIAM BINTI KADIR Felda Mayam
42. SITI NOOR RAHIMAH BINTI HJ UJANG Kampung Jelam
43. SITI NOORHASNITA BINTI BASRI Felda Rentam
44. SITI NORSAMSINAR BINTI SOBRI Felda Rentam
45. SUHAIZAH BT YAHYA Tmn Kerayong Jaya, 28200 Bera.
46. SURIAWATI BINTI ABU SEMAN Kg.Kerayong
47. SUZILAWATI BINTI ROZALI Taman Triang Maju,
48. YUSNI BT HARUN SHAH Felda Bkt Puchong
49. ZAINI BINTI RAIB Kuarter Kerajaan Daerah Bera
50. ZURAIHA BINTI SHARUDIN Rumah Kakitangan Felda Tementi