Blog ini sudah tidak aktif. Kandungan yang ada hanya untuk simpan peribadi.
20081128
Pertukaran Nombor Telefon
TM Retail Pahang telah memaklumkan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera secara bersurat bahawa Pertukaran Nombor Telefon Di Kawasan Triang akan melibatkan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Bermula pada 18hb. Disember, 2008 nombor telefon kami adalah 09-2506541 (asal 09-2557541). Perbezaannya adalah pada nombor asal 57 ditukar kepada 06.
Pokok Jambu Berbuah Lebat
Di Perpustakaan Awam Daerah Bera ada dua batang Pokok jambu. Yang satu berbuah lebat dan yang satu lagi berbuah tak lebat. kedua-duanya di tanam oleh En Amizan (kakitangan-kami.html) semasa beliau bertugas di Perpustakaan Awam Daerah Bera.
03
Yang berbuah lebat tu pokok tua, besar, rendang dan tinggi. Yang berbuah tak lebat tu pula, masih muda perwatakannyanya, rendah dan kurang rendang tetapi banyak daun. Kata orang tua pokok muda yang mabuk daun. Keduanya mempunyai buah yang berwarna hijau bukan merah.
02
Yang berbuah lebat ni, memang rajin berbuah. Budak-budak nakal tak minat nak kacau-kacau pokok yang nak berbuah lebat ni. Budak-budak nakal takut pada kerenga yang menjadi sistem pertahanan dan antibodi semula jadi. Sistem pertahanan sebegini biasanya ada pada pokok-pokok yang tua dan banyak buah. Kalau la pokok tua ni tak ada kerenga pada dirinya dan tentu kena sakat oleh budak-budak nakal atau golongan yang anti pokok tua. Habis kena panjat, kena patah, buah pun tak sempat nak berbunga atau jadi pokok yang nyawa-nyawa ikan.
01
Yang berbuah lebat tu pokok tua, besar, rendang dan tinggi. Yang berbuah tak lebat tu pula, masih muda perwatakannyanya, rendah dan kurang rendang tetapi banyak daun. Kata orang tua pokok muda yang mabuk daun. Keduanya mempunyai buah yang berwarna hijau bukan merah.
Yang berbuah lebat ni, memang rajin berbuah. Budak-budak nakal tak minat nak kacau-kacau pokok yang nak berbuah lebat ni. Budak-budak nakal takut pada kerenga yang menjadi sistem pertahanan dan antibodi semula jadi. Sistem pertahanan sebegini biasanya ada pada pokok-pokok yang tua dan banyak buah. Kalau la pokok tua ni tak ada kerenga pada dirinya dan tentu kena sakat oleh budak-budak nakal atau golongan yang anti pokok tua. Habis kena panjat, kena patah, buah pun tak sempat nak berbunga atau jadi pokok yang nyawa-nyawa ikan.
Dengan kerjasama yang erat antara pokot tua yang berbuah lebat dengan Pasukan_elit kerenga yang bersungguh-sungguh menjaga tempat tinggal mereka, maka kakitangan dan pengunjung Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat menikmati buah jambu yang amat lazat jika dimakan sewaktu benar-benar lapar dan dahaga.
.Sebagai pokok yang tua dan dah banyak makan garam, pokok tua iklas membantu pokok muda yang berbuah tak lebat kerana asyik mabuk daun sahaja. Beberapa kelompok kerenga telah di hantar bertugas di pokok muda. Hasilnya pokok muda bebas dari ganguan budak-budak nakal yang ingin memanjat dan merosakkan putik muda.
.Kini pokok tua yang berbuah lebat bersama pokok muda yang mabuk daun merasa amat gembira dangan buah yang dihasilkan. Lebih terasa kegembiraan tersebut kerana buah tersebut dihasilkan atas daya juang mereka tanpa sumbangan apa-apa baja oleh Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pokok tua dan muda amat mengalukan-alukan sesiapa yang ingin memetik dan merasa hasil usaha mereka. Kalau rasanya nak sesedap buah di hotel atau buah yang diimport, tak mampu lagi mereka nak hasilkan pada masa ini.
.Kepada sesiapa yang ingin memetik diingatkan supaya jangan marah dengan tindakan Kerengga yang berusaha menghalang sesiapa sahaja yang mendekati pokok mereka. Ambil lah dengan elok-elok dan bersopan jangan sampai kerengga rasa anda berniat jahat kepada pokok jambu mereka.
.Pokok jambu tua berbuah lebat tidak salahkan Perpustakaan Awam Daerah Bera kerana tidak salurkan sumbangan Baja kepada mereka. Mungkin pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera telah serahkan tugas tersebut kepada pihak lain dan pihak tersebut terlalu sibuk. Lagi pun pokok jambu tua tak pernah memohon sebarang sumbangan. Tak tau macam mana nak buat. Di Perpustakaan Awam Daerah Bera ada disediakan perkhidmatan komputer dan internet secara percuma melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat USP Fasa V. Siap ada printer dan scaner lagi. Tapi ... pokok mana tau guna komputer. Namun begitu pokok jambu tua merasa berbangga kerana Perpustakaan Awam Daerah Bera telah menerima Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat USP Fasa V. Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
.
Sekian. Lain kali kita akan membaca cerita pokok yang lain pula.
20081029
Galeri Foto Sejarah Daerah Bera: Lampu
Pada hari semalam, 28hb. Ogos, 2008 hari Selasa, kontraktor telah datang semula untuk kerja-kerja pemasangan lampu. Mereka telah berjaya sampai lebih kurang pukul tujuh malam, terpaksalah saya tunggu dari jam lima petang sampai tujuh setengah malam. Dalam masa menunggu tersebut saya sempat kemaskini blog Kelab ICT Pahang, siapa yang nak tengok gambar masa kursus portal ICT klik http://kelabictpahang.blogspot.com/ . Siap 'upload' gambar dalam blog Kelab ICT Pahang saya tinggalkan mereka bertiga untuk siapkan kerja-kerja pemasangan lampu.
.
Inilah lampunya yang akan menceriakan galeri foto Perpustakaan Awam Daerah Bera. Lampu asal bilik serbaguna dinyalakan, lampu galeri tidak dinyalakan.
1
2
3
4
5
6
7
8
Kalau ada yang 'tertanya' lampu tu nyala ke tidak. Buat pamiran macam gambar aja ke? Berikut adalah keindahan lampu tersebut apabila dinyalakan.
Berkesan ke pada foto yang dipamirkan? Seterusnya kita lihatlah betapa cantiknya pencahayaan yang dihasilkan oleh lampu tersebut. Lampu asal tidak dinyalakan supaya kita dapat nikmati kesan lampu galeri.
Kalau nak bagi kongsi ilham, boleh la klik pada 'comments'. Bagi la tip macam mana nak bagi orang ramai suka datang. Kena ada buku pelawat ke, perlu ada cenderamata ke atau apa-apa ilham yang mustajab dan mujarab.
20081020
Galeri Foto Sejarah Daerah Bera
Pembinaan Galeri Foto-Foto Bersejarah Daerah Bera masih lagi dalam pembinaan di peringkat akhir. Terlebih dahulu Perustakaan Awam Daerah Bera mengucapakan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana telah menyediakan peruntukan untuk membina satu galeri foto di daerah Bera. Adalah diharapkan geleri ini menjadi tempat rujukan mengenai:
1. Perkara bersejarah di daerah Bera.
2. Tokoh bersejarah di daerah Bera.
3. Tempat bersejarah di daerah Bera.
4. Tarikh Bersejarah di daerah Bera.
5. Peristiwa Bersejarah di daerah Bera.
1. Perkara bersejarah di daerah Bera.
2. Tokoh bersejarah di daerah Bera.
3. Tempat bersejarah di daerah Bera.
4. Tarikh Bersejarah di daerah Bera.
5. Peristiwa Bersejarah di daerah Bera.
Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera juga akan berusaha mengumpul foto-foto bersejarah Daerah Bera yang berada di Daerah Bera atau pun yang berada di luar Daerah Bera. Galeri ini akan dibuka kepada orang ramai setelah sempurna pembinaannya. 1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
20081007
ONLINE: Kuiz Jawi 4
Aktiviti Online Bagi:

CARA MEMILIH JAWAPAN:

Terbuka kepada Ahli Kanak-kanak, Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar dan Ahli Kelab ICT Negeri Pahang di: Perpustakaan Awam Daerah Bera, Perpustakaan Desa Mengkarak, Perpustakaan Desa Batu Papan, Perpustakaan Desa Bandar 32, Perpustakaan Desa Seri Buntar dan Perpustakaan Desa Seri Hamzah sahaja.
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 4. Pilih jawapan yang BETUL sahaja.
CARA MEMILIH JAWAPAN:
1. Cari titik atau susunan huruf yang salah.
2. Huruf diterbalikkan tetapi masih betul.
3. Periksa susunan semua huruf dan titik
4. Tiada huruf yang diubah bentuknya.
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------
A
------------------------------------------------------------------------------
Untuk menjawab Ahli Kanak-kanak, Ahli Kelab Membaca Sinar Pintar dan Ahli Kelab ICT Negeri Pahang perlu tuliskan:
(1) Nama Perpustakaan (2) Nama Ahli (3) No Ahli Perpustakaan (4) Nama Sekolah (5) Jawapan
------------------------------------------------------------------------------
contoh:
(1)PD Mengkarak (2)Abdullah (3)K1234 (4)SK Durian Tawar (5)ABCD
------------------------------------------------------------------------------
Sila klik pada 'Post a Comment' untuk menjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)




