Buku: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS - Meneraju
Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin. oleh Mohammad Haji Alias

No Perolehan: 2013-03447 ISBN 978-967-5295-97-3
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa
Ringkasan/ Ulasan:
Biografi
ini adalah tentang seorang tokoh Ulama dan akademik. Profesor Emeritus
Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin adalah seorang tokoh
yang terkenal di peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan.
Dalam
pembangunan pendidikan dan pengajian tinggi Islam negara nama beliau
tidak asing lagi. Tan Sri telah memainkan peranan dan memberi sumbangan
yang amat signifikan dalam penubuhan dan pembangunan USIM daripada fasa
conceptualization kepada fasa realisasi dan pemantapannya.
Dengan
penubuhan USIM pengajian Islam dimartabatkan ke dalam arus pendidikan
negara. Tokoh ini berasal dari Kampung Tebing Tinggi,Jerantut,Pahang.
Beliau
telah Berjaya mencatat kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai sudut:
sebagai ketua keluarga, pemimpin ,pentadbir ulama, ahli akademik serta
pemikir. Beliau telah Berjaya menongkah pelbagai arus.
Untuk
mencapai kejayaan ini pada peringkat awal Tan Sri perlu menongkah arus :
keadaan ekonomi keluarga yang sederhana; system pendidikan yang tidak
sistematik terutama dalam pendidikanIslam ; pemikiran dam persepsi
masyarakat terhadap pendidikan agama.
Beliau merupakan lulusan
Madrasah Aljunied, Singapura dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum
menerajui USIM beliau telah bertugas di Fakulti Pengajian Islam UKM
sebagai professor dan Dekan.
Pencapaian Tan Sri terlalu banyak.
Diantaranya ijazah PhD dalam bidang Usuluddin daripada Universiti
Al-Azhar(pelajar Melayu yang pertama) ; penyampaian Syarahan Perdana(
pengukuhan jawatan Profesor di UKM) ; sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa,Majlis kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia; anugerah
jawatan Profesor Emeritus daripada USIM ( Majlis Kovokesyen ke-8 2010 );
Naib Canselor pertama bagi sebuah Universiti awam di Malaysia ; Ijazah
Kehormat Doktor Falsafah( Pengajian Islam) dari UKM (Konvokesyen
Universiti Kebangsaan Malaysia ke -38 ,7-10 ogos 2010) ; dan anugerah
Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat kebangsaan.
Judul: Dari Sungai Pahang ke Sungai Nil – MENONGKAH ARUS - Meneraju Menara Gading Biografi Abdul Shukor Hj. Husin.
Pengarang: Mohammad Haji Alias et al.
Penerbit: USIM Bandar baru Bangi,nilai Negeri Sembilan.
Tahun terbitan: 2012 Harga: RM 50.00
Mukasurat: 196ms Rating: