Tumpuan amat penting pada hari kedua ini. Kali ini bukan jahit cuba-cuba atau main-main. Hari ini betul-betul jahit pada baju.
Peserta Kursus Jahit Manik berpeluang menjahit manik pada baju kesayangan masing-masing dengan bimbingan pengajar yang berpengalaman. Manik yang dijahit perlu disusun rapat-rapat supaya nampak cantik dan kemas.
Peserta juga belajar menjahit manik mengikut bunga yang ada pada baju. Seeloknya-eloknya bawalah baju kurung yang mempunyai corak bunga yang cantik supaya dapat melambangkan Baju Tradisional Melayu yang sejati. Selain baju kurung, baju-baju lain pun boleh juga dijahit manik.
Dengan minat yang mendalam, kita boleh menjadi kreatif. Kita boleh hasilkan pelbagai corak untuk dijahit pada pelbagai kain. Contohnya pada tudung, saputangan, seluar jeans, bag dan macam-macam lagi.
Jangan risau, kalau memang ada bakat dan kesungguhan main jahit saja. Bila siap memang nampak cantik. Kalau tak ada minat dan jahit main-main saja, baru separuh jalan dan jemu. Maklumlah bukan senang nak buat kerja jahit manik ini, tambah pula bermain dengan jarum. Kurang tumpuan boleh tercucuk jari sendiri atau terjahit kepala kawan sebelah.