Telah Berpindah

Sila dapatkan info terbaru dari BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG.

20081212

Kursus Jahit Manik: Buku-buku

Semasa berlangsungnya kursus jahit manik ini, Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan pamiran buku-buku berkaitan dengan jahit manik. Melalui pameran buku-buku berkaitan dengan jahit manik, Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat membantu Jabatan Pembangunan Wanita Pahang mengembangkan ilmu berkaitan jahit manik. Kerana selepas tamat kursus peserta yang benar-benar berminat masih dapat mencari bahan rujukan.

Jika mereka yang benar-benar berminat dengan jahitan manik, mereka tidak akan berharap pada kursus semata-semata. Kursus yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Pahang cukup untuk dijadikan asas. Walau bagaimanan pun mereka diharapkan dapat semaikan minat membaca pelbagai maklumat yang berkaitan dengan jahit manik. Mereka yang benar-benar berminat tidak akan jemu untuk membaca pelbagai info berkaitan dengan jahit manik. Tidak ada tanda-tanda bosan menjelma diwajah semasa menjahit manik. Bidang ini mempunyi potensi besar untuk berkembang. Jabatan Pembangunan Wanita Pahang tentu merasa gembira jika ilmu yang diajar berjaya dikembangkan oleh peserta selepas menghadiri kursus.

10
9
8
7
6
5
4

Di Perpustakaan Awam Daerah Bera, ada buku yang boleh dipinjam dan ada buku yang tidak boleh dipinjam (hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja). Untuk meminjam peserta perlu menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pada masa ini bayarannya adalah:

Ahli Kanak-kanak RM7.00
Tukar Ahli Kanak-kanak ke Belia : RM2.00
Ahli Belia : RM9.00
Tukar Ahli Belia ke Ahli Dewasa : RM3.00
Ahli Dewasa: RM12.00
3
2
1
kemaskini 24.12.2008
Perpustakaan Awam Daerah Bera
Jabatan Pembangunan Wanita Pahang