Sedang berlangsung di Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD - Continuous Contractor Development) CIDB Malaysia. Kursus ni berlangsung selama 4 hari iaitu Isnin(14.12.2009) hingga Khamis(17.12.2009) bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang.
Kursus ini adalah anjuran CIDB Malaysia dengan kerjasama CENFED dan Universisti Malaysia Pahang (UMP) serta rakan kerjasama korporat HR Syabas Consultancy.
Kursus ini amat penting kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Bermula pada 1hb Januari 2010, tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD. Kursus Modul Bisnes yang sedang dijalankan di Perpustakaan Awam Daerah Bera sekarang menawarkan 16 mata point CCD.
Jika ada kontraktor yang gagal mengumpul mata, mereka akan diberikan kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun. Jika mata CCD masah gagal dikumpul dalam tempoh tersebut permohonan, pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.
Tempoh pembaharuan boleh dipohon antara satu tahun hingga tiga tahun.
Gred G1/G2 : 1 tahun (10 mata) - 2 tahun (20 mata) - 3 tahun (30 mata)
Gred G3/G4 : 1 tahun (20 mata) - 2 tahun (40 mata) - 3 tahun (60 mata)
Gred G5/G6 : 1 tahun (30 mata) - 2 tahun (60 mata) - 3 tahun (60 mata)
Gred G7 : 1 tahun (40 mata) - 2 tahun (80 mata) - 3 tahun (120 mata)
Skima mata CCD sebenarnya tidak barasaskan kursus sebegini sahaja. Ada banyak lagi acara yang boleh memberikan markah. Ada markah berdasarkan acara dan ada markah tahunan. Tujuh aktiviti CCD yang boleh memberi markah CCD adalah:
1. Konvensyen, Forum, Seminar, Bengkel, Syarahan, Lawatan teknikal, Kursus, latihan
_a. Menghadiri konvensyen, persidangan, forum, seminar, bengkel, kursus pendek dan program yang berkaitan sebagai peserta yang dianjurkan oleh CIDB dan agensi kerajaan yang berkaitan
_b. Menghadiri konvensyen, persidangan, forum, seminar,bengkel, kursus pendek dan program yang berkaitan sebagai peserta yang dianjurkan oleh pihak lain yang diiktiraf oleh CIDB
_c. Lawatan teknikal / Misi Pelaburan Antarabangsa yang
dianjurkan oleh CIDB atau pihak lain yang berkaitan
yang diiktiraf oleh CIDB
_d. Latihan kemahiran pembinaan yang dianjurkan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau pusat latihan yang diiktiraf oleh CIDB (Belia & Personel Binaan)
- Kursus Business
- Kursus Teknikal
2. Terlibat di dalam Program-program Pembangunan CIDB
_a. Ahli Lembaga Pengarah CIDB
_b. Jawatankuasa CIDB (kumpulan; pakar/khas/gerak kerja dan sebagainya) -(Kehadiran mesyuarat minima sebanyak 60%)
_c. CIDB's Mediator, Adjudicator, etc
_d. Penyertaan di dalam pertandingan MCIEA
3. Persembahan ucaptama, kertas kerja dan sebagainya
_a. Penceramah, Pengerusi atau ahli panel terlibat di dalam penyediaan dan persembahan ucaptama atau kertas kerja bagi persidangan, konvensyen, forum, seminar, bengkel, kursus dan sebagainya. Dianjurkan oleh CIDB atau pihak lain yang diiktiraf oleh CIDB
4. Berkhidmat kepada profesion
_a. Pemilik berdaftar kepada syarikat pembinaan yang berkhidmat dengan persatuan/pertubuhan pembinaan yang diiktiraf oleh CIDB; samada di peringkat kebangsaan atau negeri
_b. Mewakili persatuan ke mana-mana acara rasmi
5. Penerbitan buku atau artikel
_a. Penerbitan buku berkait dengan profesion > 100 muka surat
_b. Penerbitan buku berkait dengan profesion
6. Sumbangan kepada aktiviti persatuan berkaitan pembinaan
_a. Menghadiri mesyuarat agong persatuan pada peringkat kebangsaan, negeri dan cawangan
7. Lain-lain
_a. Anugerah dan pengiktirafan berkaitan dengan aktiviti pembinaan oleh badan / institusi yang diiktiraf oleh CIDB
b. Penglibatan dan sumbangan yang berkaitan dengan aktiviti pembinaan serta diiktiraf oleh CIDB
LINKS KELUAR: