Inilah gaya ketika Puan Azizah menjalankan tugas. Sungguh bersungguh-bersungguh. Bukan boleh main-main. Silap cakap akan menyebabkan silap dengar. Silap dengar akan menyebabkan silap tulis. Silap tulis akan menyebabkan kecil hati. Bukan senang tugas wartawan.
Kali ini siapa pula yang ditemuramah oleh Puan Aziziah ni. Kata orang besar dan hebat tentang jejaka hebat ini adalah:
1. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah: "Melihat pada bulan kelahiran Sdr Hafizal Ramli, sememangnya beliau mempunyai komitmen dan “passion” yang amat tinggi ..."
2. Prof Madya Dr Hj Kasim Hj Md Mansur: "... dan mempunyai kebolehan berkomunikasi yang baik."
3. Prof. Madya Dr. Hamzah Samat: "... saya yakin dan percaya beliau mampu melaksana ..."
"Hafizal Ramli merupakan anak jati Pahang kelahiran Felda Chemomoi yang terletak di daerah Bentong. Beliau mendapat didikan formal di Tabika Kemas Felda Chemomoi dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Kebangsaan Karak. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sek. Menengah Agama Simpang Pelangai, Bentong sehingga tingkatan tiga dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang."
"Kecemerlangan di dalam SPM membuka jalan kepadanya untuk melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. ketika itu, beliau dan rakan-rakan merupakan generasi perintis kolej matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau dan rakan-rakan berpindah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, kementerian Pelajaran Malaysia dan juga merupakan generasi pertama di kolej tersebut."
"Beliau meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan) dengan kepujian di Universiti Malaysia Sabah. Setelah menimba pengalaman bekerja di HR Department, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Oscar Villa Sdn Bhd, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Ekonomi (Perancangan dan Pembangunan) di universiti yang sama."
"Pernah berkhidmat sebagai tenaga pensyarah dan pensyarah jemputan di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Terbuka Malaysia. Kini beliau meneruskan legasi kecemerlangan akademiknya dengan menyambung pengajian ke peringkat Ph.D (Ekonomi Pembangunan) di sebuah universiti tempatan."
"Berpengalaman sebagai penceramah bebas dan fasilitator di pelbagai program motivasi antaranya dibawah kelolaan HR Syabas Consultancy dan Biro Tatanegara. Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dan seminar berkaitan pariotisma di seluruh negara. Berpengalaman mengendalikan bengkel, kursus dan ceramah motivasi serta program bina insan, program bina pasukan kepada pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS, usahawan, kakitangan kerajaan termasuklah persatuan dan juga kelab."
Inilah Encik Hafizal Ramli yang telah menubuhkan HR Syabas Consultancy pada tahun 2006. Encik Hafizal Ramli adalah penyelaras Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD CIDB) yang telah dilantik oleh CENFED, Universisti Malaysia Pahang (UMP).
LINKS KELUAR
o Siapa Saya [http://phd.hafizalramli.com/siapa-saya]
o Hubungi Saya [http://phd.hafizalramli.com/hubungi-saya]
o Testimoni Saya [http://phd.hafizalramli.com/testimoni]
o Program Saya [http://phd.hafizalramli.com/program]
Sehingga saat ini telah:
19,894 pengunjung telah singgah di phd.hafizalramli.com. Semoga lebih ramai lagi akan muncul.